Agak lama tak berjalan ikut rombongan dan pada minggu lepas (Jumaat-Ahad) pejabatku mengadakan lawatan ke Pulau Pinang. Kali terakhir lawatan diadakan pada 2 tahun lalu ke Perak dimana ketika itu Fatih baru berusia 1 tahun. Kini Fatih telah berusia 3 tahun dan ragamnya lebih berbanding 2 tahun yang lepas.

Lawatan ke Pulau Pinang ini bermula pada pagi Jumaat (jam 12.00 pagi). Lokasi kami berkumpul di tempat letak kereta Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). Destinasi yang perlu ditempuhi sejauh 500 kilometer pasti memenatkan. Pulau Pinang merupakan antara negeri yang terkaya di Malaysia dan pastinya Unit Perumahan mereka adalah tempat yang bagus untuk kami belajar, Pasti ada ilmu yang dapat dikaut pada sesi pertemuan yang telah diaturkan itu.

Terdapat 3 bas yang mengikuti rombongan tersebut untuk membawa penumpang (termasuk kakitangan dan keluarga). Mengikut kiraan Google Maps, masa untuk tiba ke destinasi adalah sekitara 5 jam lebih tapi mungkin sukar dengan menaiki bas.

Bila jalan jarak jauh pasti ada tempat persinggahan dan lokasi pertama adalah Rehat dan Rawat (RnR) Dengkil. Di sini kebanyakan penumpang telah nyeyak tidur jadi tiada aktiviti termasuklah aku. Lokasi kedua pula di Hentian Sebelah RTC Gopeng.Dekat situ kami solat Subuh. Sepatutnya perlu mandi dan makan sarapan pagi tapi sebab ramai orang maka hanya sempat solat sahaja. Alhamdulillah isteri dan anak sempat mandi disitu. Mungkin perlu penambahbaikan di RTC Gopeng tu dari segi kuantiti tandas kot.

Kami tiba di lokasi pertama lawatan iaitu Bukit Bendera pada jam 10.00 pagi. Agak sesak pada waktu itu. Kami hanya dapat menaiki keretapi Bukit Bendera itu sekitar jam 11.45 pagi. Tiada apa sangat yang boleh diceritakan di kawasan peranginan yang popular di Pulau Pinang itu. Hanya boleh melihat pemandangan indah di atas bukit sahaja. Tak de aktiviti yang boleh nak dikongsikan apatah lagi kami kesuntukan masa untuk ke destinasi yang seterusnya.

Pukul 12.30 kami terus turun dari bukit tersebut. Kononnya nak mengejar solat Jumaat tapi tak sempat juga. Sampai ke bawah dah hampir pukul 1.00 tengahari dan ramai belum turun lagi. Lebih kurang pukul 2.30 petang kami tiba ke Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). Bangunan yang dulunya pernah menjadi puncak tertinggi di Malaysia itu merupakan antara pusat membeli belah dan juga pusat pentadbiran Kerajaan Negeri. Kami menaiki ke tingkat 52 untuk bertemu dengan Unit Perumahan Pulau Pinang. Kami disambut mesra oleh kakitangan-kakitangan Unit Perumahan.Dalam pertemuan tersebut kami berkongsi pengetahuan tentang pengendalian perumahan bagi kerajaan masing-masing. Ada benda baru yang boleh kami masukkan dalam kaedah perumahan di Melaka nanti.

Jam 5.30 petang terus bergegas ke destinasi penginapan iaitu di Flamingo Hotel By The Beach. Bila tengok lokasi nampak macam pernah pergi. Okay, rupa-rupanya ini merupakan hotel bersebelahan ketika kami mengadakan rombongan hari Keluarga 5 tahun yang lalu. Memang tempat yang menarik berlatarbelakangkan laut.

Dari tingkat 16

Malam tu kami menjamu selera di Lan Ikan Bakar. . Makanan secara buffet dengan pelbagai juadah seafood. Aku yang ada isu kesihatan memang tak ambil udang dan ketam. Cuma ambil ikan bakar je. Itu pun rasa dah terlanggar diet.Malam tu memang nyenyak tidur di hotel Flamingo.

Esok paginya pergi ke Entopia iaitu taman rama-rama. Masuk ke bahagian Outdoor tak berapa menarik tapi bila ke dalam Indoor nampak banyak teknologi canggih yang dipaparkan. Memang pengalaman baharu di Entopia bagi mempelajari tentang rama-rama dan pelbagai spesies serangga.

Sebelum masuk ke dalam Entopia
Ulat gonggok besar pun ada

Lepas je habis ke Entopia kami ke Padang Kota. Bila sebut Padang Kota mesti ramai teringin Pasembur kan? Tapi kami tak ambil pilihan itu untuk beratur panjang. Apatah lagi dak Fatih pun tengah tidur. Maka kami sambar je Char Kuey Tiaw di Esplanade. Boleh tahan juga rasanya .

Lepas tu kami menuju ke Muzium Wonderfood . Dekat muzium ini banyak dipaparkan jenis makanan yang dijadikan sebagai replica. Memang nampak real makanan-makanan yang dipamerkan disitu. Cuma agak sesak sebab ianya di kawasan tengah bandar. Selepas itu kami pulang ke hotel sebab masing-masing pun dah penat. Balik ke hotel agak awal maka kami pun berendam di kolam renang. Apa lagi, skill kuak dada pun diasah kembali la.

Makanan paling mahal dipaparkan dalam bentuk replika

[ BELAJAR BERENANG KUAK DADA ? KLIK SINI ]

Malam tu, ada aktiviti makan malam keluarga. Macam biasa ada ucapan dari Pengarah dan upacara makan. Cuma agak kelam kabut bagi pihak hotel sebab mikrofon wireless tak berfungsi sebaiknya.

Esoknya, Ahad merupakan hari terakhir kami berada di Pulau Pinang. Selepas sarapan pagi kami turun ke pantai yang berada di belakang hotel tu. Sempat juga aku menggunakan skill kuak dada di pantai tu. Yelah, sesekali lepas gian. Seronoknya mandi laut ni lain dari mandi di kolam renang. Apatah lagi pantai di sini bebas dari batu berbanding di kampung isteriku. Kiranya selesa juga untuk berenang.

Jam 10.00 pagi kami pun mula beredar dari hotel untuk pulang ke kampung halaman. Sebelum tu singgah sebentar di kedai makan Mee Udang di Sungai Dua. Tapi kebanyakan tak order Mee Udang sebab ambil masa. Khabarnya 20 minit. Aku dan keluarga makan nasi campur sahaja.

Lepas tu singgah pula di kedai Jeruk Pak Ali di tengah-tengah lebuhraya tu. Macam-macam juga dibawa sebagai buah tangan. Tapi aku tak beli sangat berbanding isteri. Kami tiba di lokasi asal kira-kira jam 9.30 malam.

Alhamdulillah selamat sampai. Cuma Fatih agak kerap batuk. Apapun ia merupakan satu pengalaman yang mungkin tak selalu dialami. Terima kasih Lembaga Perumahan Melaka.

2 Replies to “Lawatan keluarga Ke Pulau Pinang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.