Pada hari Khamis lalu aku menghantar ibubapaku untuk berlepas bagi menunaikan haji. Alhamdulillah bapa dan ibuku mendapat tempat pada tahun ini dalam usia 73 tahun (bapa) dan 68 tahun (ibu).
Kalau ikutkan jadual asal mereka perlu mendaftar pada Jumaat, 28 Julai pada jam 1.00 pagi tapi mendapat panggilan daftar seawal jam 11.00 malam 27 Julai. Nasib baik aku telahpun apply cuti 2 hari iaitu Khamis dan Jumaat tu.
Nasib baik juga boss lepaskan sebab kalau ikutkan 27-29 tu kena pergi KL untuk Bengkel Penilaian Unit. Kira selamat juga aku sebab penolong pegawai di bawahku telah mula masuk kerja. Kenalah dia gantikan aku.
Takpelah, dia pun penolong pegawai setaraf aku cuma dia FRESH je.. Mana tau aku tetiba nak BERSARA awal ke.. Dia dah boleh jadi KETUA UNIT gantikan aku yang tak seberapa ni.
Bapaku nak bergerak dari masjid jadi aku dan adikku menemankan ibubapa berjalan kira-kira 300 meter dari rumah. Mak ku berjaya tapi bapaku hanya mampu separuh perjalanan dan terpaksa naik kereta. Takpelah. Harap-harap kat Mekah nanti ada bantuan dihulurkan oleh Allah untuk beliau melaksanakan ibadah HAJI tu.
Pukul 2.00 petang kami bergerak dari Masjid terus ke Shah Alam. Kami pergi ke Shah Alam rumah bapa saudaraku. Beliau meminta kami datang ke sana. Memang pakcikku ini seorang yang baik dan sering membantu kami. Rasa kalau tanpa dia mungkin kelam kabut juga kitorang nak setelkan . Apatah lagi tak pernah pergi ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya tu.
Malam tu ada sedikit doa sebelum kami bergerak ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.
Aku bergerak menaiki Viva comel isteriku manakala abang dan adik beradik naik Nissan Almera manakala ibubapa menaiki kereta bapa saudara, Mercedes Mata Belalang. Aku follow adik lelaki yang datang dari Klang menaiki Vios. Nasib baik kereta tak terlalu banyak jadi takdelah aku ketinggalan sangat. Aku buka juga Google Map takut terSESAT pula nanti, cuma takut bateri handphone menjadi pemisah nanti.
Pergh!! Memang ramai sungguh yang datang. Dengan ruang yang agak terbatas kami berkumpul di satu ruang yang kecil. Nampak sedikit kelam kabut dalam soal pendaftaran dan check in.
Tapi takpelah, aku tak rajin nak komplen yang penting sekarang ni ibubapa dah selamat tiba ke Madinah. Inshallah dalam beberapa hari lagi akan ke Mekah. Dijangka akan pulang pada 10 September nanti. Harap-harap ibubapa mendapat haji yang mabrur. AMIN.
Bila pula waktu ku? Lama juga lagi tapi kita tunggu juga. Tak mustahil kurang dari 10 tahun akan tiba juga waktunya. Harap-harap masa tu aku mampu untuk menunaikan haji dengan sempurna. Inshallah
Disebabkan isteri bekerja pada hari Jumaat tu, lepas je bapa check in aku dan isteri terus pulang ke rumah. Kira-kira jam 12.50 pagi kami bergerak. Gunakan Google Maps dan tiba di rumah kira-kira jam 2.05 pagi. Alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Cuma mata mengantuk dan tidur kira-kira 3 jam je. Itupun pagi Jumaat tu terpaksa masuk opis kejap sebab KONONnya ada masalah pada sistem.
Okay, nampaknya pagi Jumaat tu aku sempat membayar duit Kereta dan baki hutangku tinggal lagi RM2.262.90 je. Inshallah, kalau takde aral melintang mungkin hujung tahun ini MyVi SilverRay ku akan menjadi hakmilikku tanpa dikongsi dengan pihak bank Hong Leong.
.
aamiin dan semoga ayahanda dan bonda bro..
mendapat rahmat dan kurniaan haji mabrur.
rupa-rupanya bro adalah “ketua” ditempat kerja..
bagus sangat tu.
pernah jugak merasai pengalaman mcm ni.. nangis2 jugakla
Salam ukhuwah. Alhamdulillah semoga ibu bapa tuan zool diberi kesihatan yang baik dalam menunaikan rukun Islam yang ke-5. Semoga mendapat pahala haji yang mabrur.
Allahuakbar, semoga mendapat haji yang mabrur.. amin.. dah 73 tahun bapak bro.. semoga panjang umur kedua-duanya.. amin
harap begitu hendaknya
teringin nak pi haji.
kena sabaq tunggu turn aje nih.
huhu
kalau berkemampuan guna pakej boleh cepat..
Ini juga antara impian saya , moga sy juga smpat ntuk hantar mak ayah ke sana suatu hri nnti
amin, moga kedua ibu bapanya mendapat haji yang mabrur. Moga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang di sana.
semoga ibu bapa tuan selamat selalu dikurniakan kesihatan yang baik dan mendapat haji mabrur
semoga mendapat haji mabrur.
aminnn