Alhamdulillah pada Sabtu lepas dapat melaksanakan 3 majlis dalam satu. Majlis kenduri doa selamat sempena ibubapa yang akan berlepas menunaikan Haji pada minggu ini, Majlis Rumah Terbuka Keluarga dan juga Majlis Aqiqah anak saudaraku.
Ianya berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Macam biasa untuk majlis aqiqah aku mesti menggunakan perkhidmatan dari rakanku melalui syarikat Agro ‘Ansal Ternak’ yang beralamat di Kampung Jus, Jasin, Melaka.
Kalau ada majlis aqiqah je memang kitorang akan pergi ke lokasinya. Walaupun dengar-dengar di kawasan berhampiran ada juga perkhidmatan ini tapi selepas 3 majlis Aqiqah dilaksanakan, kami berpuas hati dengan pelaksanaannya. Kambing telah ditempah seawal 1 hari sebelum Raya.

Berselfie di lokasi penyembelihan kambing di Ansal Ternak

Menempah biri-biri. Harganya? Aku tak berani nak reveal sebab mungkin harga kawan-kawan ada sedikit lain tapi percayalah yang mereka ini berpengalaman luas dalam bidang penternakan kambing serta aqiqah. Semoga tahun depan aku dapatlah buat aqiqah lagi (setakat hari ni belum lagi).

Esoknya pada hari majlis, makanan pun tiba seawal jam 11.00 pagi. Untuk pengetahuan korang , bapaku juga menempah pakej catering makanan sekali. Kiranya tak payah lah nak masak sangat. Cuma kena siapkan air dan juga tambahan makanan lain. Majlis Aqiqah anak saudaraku dimulakan dan aku seperti biasa akan menjemput para peserta marhaban tu.

Siap ada banner untuk majlis kenduri ni

Alhamdulillah selain marhaban, diadakan juga bacaan doa untuk ibubapaku juga. Ada juga beberapa orang muda tapi kebanyakan dah berusia 50 an. Bila tengok ni terfikir ntah camna bila zaman anak kita. Adakah kita yang nak capai usia tua tu akan menyambung atau dah takde? Kena ada syarikat pula yang laksanakan? Wallahualam..
Makanan yang disediakan terus menjadi santapan ahli marhaban. Selepas Zohor barulah tetamu lelaki pula datang dan membacakan sekali lagi doa selamat untuk ibubapa ku. Memang penat juga tapi puas hati. Ooo ye, sambil tu bapaku juga mengeluarkan PA System yang dah lama tersadai kat rumah tu. Alhamdulillah masih boleh digunakan. Terfikir pula kalau nak suruh adik perempuanku untuk meneruskan perniagaan tu.
Makanan seperti kari kambing, itik rendang, jelantah, ayam rempah menjadi santapan hidangan tetamu. Sedara mara pun ramai yang datang. Majlis habis lebih kurang pukul 4.00 petang tapi ada juga pakcikku dari Bangi yang sampaii kira-kira jam 5.00 petang. Kena juga lah layan.

Roti Jala Kuah Kari Kambing. Menarik woo

Dalam gembira tu ada juga berita yang kurang. Makcik sedaraku dimasukkan ke Hospital Jasin. Diberitakan paru-paru berair. Selepas habis kenduri terus mak dan adik pergi melawatnya. Keadaannya beransur pulih dan semoga sihat kembali. AMIN

Fatih dan sepupu melayan tengok ikan peliharaan..

Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan kami juga memanjatkan kesyukuran kepadaNya. Semoga pemergian ibubapa ke Mekah untuk menunaikan haji akan mendapat keberkatan serta beroleh Haji yang mabrur. Semoga doa-doa dan impian ibubapa dan keluarga dapat dimakbulkan oleh Allah. AMIN.

3 Replies to “Majlis Rumah Terbuka, Kenduri Doa Selamat dan Majlis Aqiqah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.