Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Agak terkejut bila baca berita pasal pusat pelancongan hiburan MAPS Perak bakal menutup operasinya.
Apa taknya aku baru je singgah ke sana pada bulan lepas (rujuk artikel Jalan-jalan Perak) . Pada pandangan aku, ia adalah salah satu tempat pelancongan yang berpotensi tapi mungkin ada beberapa isu yang tidak berjaya diselesaikan oleh pihak pengurusan.

Antaranya ialah :-
1) Aku perhatikan lokasi kawasan MAPS ini dah terlalu dekat dengan kawasan perumahan. Ia pasti mengundang kesesakan kepada penduduk setempat. Jarang sekali aku tengok kawasan pelancongan sebegini dekat dengan kawasan perumahan. Mungkin efek dia tak besar tapi pasti ada kesan kepada penduduk setempat.

2) Harga. Secara jujur aku tak rasa mahal sebab ikut pada tempat yang kita masuk. Tiada bayaran kemasukan. Memang ramai yang datang tapi bila kena bayar satu-satu untuk masuk ke tempat hiburan tu pasti remeh. Kena pula topup kad di tempat tertentu. Ramai yang akan bajet (termasuk yang taip). Ini sekaligus menyebabkan banyak tempat yang tidak dikunjungi.

3) Tiada event yang gempak. Memang ada majlis yang diadakan di sana tetapi kurang promosinya. Tak ramai yang mengetahuinya..

4) Banyak tempat kosong. Kalau dilihat terdapat kekosongan pejabat di sana terutama di sebelah kiri. Memang takde tempat menarik sangat.

5) Terlalu banyak brand yang tidak dikenali. Hanya Boboiboy sahaja brand animasi yang dikenali. Sepatutnya MAPS perlu meminta animasi tempatan masuk di kawasan sana. Upin dan Ipin, Pada Zaman Dahulu, DIdi and Friends, Omar dan Hana, Ejen Ali, Chuck Chicken dan banyak lagi (boleh rujuk Remaja).
Kalau animasi tempatan dapat dikumpulkan di MAPS pasti akan menjadi lebih gempak. Mungkin pelancong luar pun akan datang.. OO ye, masa aku datang tak nampak pula pelancong asing. Yang ada pelancong tempatan sahaja..

Di hadapan MAPS Perak

Itu apa yang aku perhatikan masa lawat MAPS Perak tempohari. Alhamdulillah merasa juga pergi ke sana sebelum ditutup. Aku rasa kalau Kerajaan Negeri Perak nak bangunkan semula MAPS ni, mereka perlukan bantuan dari penggiat animasi tempatan. Mereka juga perlu mendapatkan feedback dari pelancong dalam dan luar negara apa yang perlu diperbaiki.
Mereka juga perlu mencari operator yang lebih baik berbanding sekarang ni. Kalau pada masa aku datang, pembayaran kena guna topup di dalam MAPS tu, mungkin akan datang boleh gunakan kaedah pembayaran secara e-Wallet atau lain-lain. Tanpa perlu topup pada kad sebaliknya gunakan teknologi yang lebih mudah. Bukan apa, kalau guna e-wallet pelancong mungkin akan berbelanja lebih dari sepatutnya.
Kalau guna topup akan ada had bajet. Selain itu, kenalah ada kedai cenderahati yang lebih terbuka bagi memudahkan pembelian. Apapun aku harap supaya MAPS ini dibangunkan semula supaya jadi lebih baik.
Mungkin permainan yang tidak memberikan keuntungan boleh dikeluarkan dan cari yang sesuai untuk sasaran. Samada nak sasar kanak-kanak sahaja ataupun golongan dewasa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.