Majlis Iftar, CSR Jabatan, Kursus MyMesyuarat, Anak Berjalan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia semua,

Lama juga tak menaip di papan kekunci ni. Almaklumlah, bulan Ramadhan ni, produktiviti blog sedikit berkurang apatah lagi di bulan mulia ni hari Sabtu dan Ahad pun ada aktiviti.
Maka terbengkalailah kejap blog-blog ni. Dan menambahkan lagi ALASAN apabila BATUK mula melanda diri ini. Terawih tahun ni memang di tahap teruk sebab boleh kira dengan jari je datang ke masjid terawih tahun ni.
Nak buat camne, BATUK yang teruk ni mungkin menyebabkan ketidakselesaan pada diri dan juga jemaah lain. Cubalah buat kat rumah, tu pun tak berapa nak buat sebab bila kat rumah kena ngadap Si Fatih yang semakin lasak ni.

Bercerita hal minggu lepas, pejabatku ada melaksanakan program berbuka puasa bersama warga emas dan juga anak-anak yatim. Majlis diadakan pada 18 Jun lalu yang disertai hampir 180 orang (termasuk ahli keluarga kakitangan sekali).
Majlis tersebut diadakan di Puteri Resort, Melaka. Majlis sepatutnya bermula seawal 6.15 petang dengan ada sedikit acara ucapan CEO, majlis pemberian sumbangan dan sebagainya. Aku tiba kat Puteri Resort agak lewat. Kira-kira jam 6.30 baru sampai.
Tatkala sampai, boss pun tengah beri ucapan. Hahahah. Nak buat camne, ada anak dan isteri memang selalulah lambat. Makanan yang ditempah oleh urusetia memang banyak. Lauk pauk pelbagai jenis dan hidangan khasnya adalah kambing golek. 2 ekor kambing golek tumbang untuk majlis tersebut.

Aku berada antara ramai-ramai tu. Cubalah cari kalau jumpa
Aku berada antara ramai-ramai tu. Cubalah cari kalau jumpa

Aku yang dah berusia ni tak ambil banyak manapun kambing tu. Cukup untuk merasa sahaja.

Dan pada hari tu, aku tak dapat nak merasa dengan TENANG sebab menengokkan si Fatih yang mula galak berjalan.

Almaklumlah, ‘Baru dapat Kaki‘ (perumpamaan orang tua-tua) memang penat juga nak mengekornya.
Kalau tak mengekor nanti, tak tahu mana pula peginya. Lagipun baru je lagi berjalan, takut jatuh atau terlanggar orang. Memang terasa juga kepenatan malam tu. Tapi alhamdulillah, perasaan gembira tu ada bila tengok zuriat mula ‘BERJALAN’. Insha allah Raya nanti dah mula start berlari lah tu. Lagi penat nak mengejornya.

Pada hari esoknya,iaitu Ahad 19 Jun 2016 aku terpaksa BEKERJA (SYMP) di hari minggu. Bukan kerja buat apa sangat pun sekadar menunggu ketibaan Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ir Idris bin Hj Haron untuk menyempurnakan majlis Program Khidmat Sosial (CSR) pejabatku di kampung Sungai Udang.
2 rumah menjadi lokasi majlis tersebut. Dirumah pertama memang agak daif dan dengan pembaikan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri mungkin rumah yang lebih baik akan menjadi tempat teduhan keluarga tersebut menjelang raya. Tapi yang cantiknya bila mereka juga mendapat sumbangan berbentuk barangan elektrik dan perabot.

YAB Datuk Seri Ir Idris bin Hj Haron memberikan ucapan di rumah penerima sumbangan
YAB Datuk Seri Ir Idris bin Hj Haron memberikan ucapan di rumah penerima sumbangan

Terbaik tu. Dapat tv baru, mesin basuh dan sebagainya. Alhamdulillah, rezeki mereka di bulan Ramadhan Al Mubarak ni. Bagi rumah kedua pula, ianya telah sempurna cuma dalam majlis itu diberikan sumbangan dan ada gimik mengecat rumah tersebut. Alhamdulillah majlis CSR jabatan berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Pada hari Isnin dan Selasa pula aku diarahkan untuk mengikuti kursus Train on Trainer Sistem Mymesyuarat versi 2.0. Korang tau apa itu MyMesyuarat? Boleh rujuk portal MAMPU ni. Kursus ni lebih kepada untuk menyerahkan tugas mengajar kakitangan kepada kami yang menghadiri kursus ni. Huhuhuhu. Sistem MyMesyuarat ni adalah sistem yang dibangukan oleh MAMPU untuk menguruskan mesyuarat-mesyuarat secara on-line.

Antaramuka sistem MyMesyuarat
Antaramuka sistem MyMesyuarat

Melalui penggunaan sistem ini ia dapat mengurangkan penggunaan kertas dalam kakitangan. Selain itu penggunaan sistem ini lebih efisyen berbanding menggunakan secara Manual. Ini kerana melalui sistem ini, maklumbalas,semakan minit , jemputan mesyuarat boleh dilakukan terus melalui sistem ini. Memang terbaik tapi pelaksanaannya tidak diketahui berjaya atau tidak.
Ini kerana ada beberapa isu yang remeh tapi mungkin akan menyebabkan pengguna give-up untuk menggunakan sistem itu. Apa yang aku kureng berkenan adalah mengenai penukaran password dengan kerap iaitu 3 bulan sekali dan password yang berformat campuran aksara, nombor dan simbol serta perlu melebihi 12 semuanya.
Memang akan jadi isu utama dalam hal sistem ini. Apapun selaku Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Jabatan, aku akan cuba sedaya upaya untuk memastikan penggunaan MyMesyuarat ini berjaya di peringkat jabatanku. Insha allah.

Aku rasa cukuplah untuk kali ini. Tengah buat calculation untuk duit raya dan perbelanjaan untuk berjalan-jalan di Hari Raya ni. Almaklumlah, kitorang tak dapat BONUS macam kakitangan di Selangor tu. Dapatlah RM500 bantuan khas tu. Syukurlah. Rasanya baju raya pun beli untuk isteri dan anak je. Pakai je baju Melayu dapat FREE majlis Maulidul Rasul tahun ni.

OOO ye, kereta MyViku telahpun berkhidmat denganku selama 7 tahun (berdasarkan roadtax). Pejam celik lagi 2 tahun untuk MyVi itu menjadi hakmilik aku sahaja dalam geran nanti. Semoga mampu ku langsaikan segera baki hutang keretaku ini.

Semoga bertemu lagi di artikel akan datang. Terima kasih.

11 thoughts on “Majlis Iftar, CSR Jabatan, Kursus MyMesyuarat, Anak Berjalan

  1. wahh..dah jalan dah..

    anak aku baru takat berdiri aje.

    baru setapak dua tapak..

    terus cari benda nak peluk.

    haha..

    takpe. pelan-pelan.

    tak perlu tergesa-gesa nak berlari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.