Iklan FB Ads, Berenang di Pantai Kuala Linggi, Menjejak KTM Batang Melaka

Minggu ini cuti yang panjang disebabkan cuti Hari Krismas jatuh pada hari Ahad maka Isnin secara automatik cuti. Ditambah pula cutiku banyak bakinya lagi maka aku tambah 2 hari lagi.
Tatkala artikel ini ditulis masih dalam Cuti Hari Krismas jadi kisah cuti lagi 3 hari tu aku kongsikan minggu depan.

 

Untuk minggu ini pada hari Sabtu, aku berjumpa rakan untuk membincangkan sedikit sebanyak tentang sistem yang ingin kubangunkan. Nampaknya bukan satu tugas yang mudah tapi aku akan usahakan juga.
Selain dari cerita hal coding, aku juga mendapat sedikit ilmu mengenai FB Ads. Buat masa ini aku ada juga mencuba FB Ads tapi tak berapa menjadi. Pernah juga dapat 2 sales tapi tak berbaloi dengan modal yang dikeluarkan.
Melalui perbincangan aku dapati, kesilapan adalah tidak melakukan ‘kajian pasaran’ pada iklan yang dipaparkan. Baru ku tahu bahawa untuk membuat iklan di FB perlu menumpukan pada ‘target’ yang spesifik bagi memudahkan untuk menangkap bakal pembeli sekaligus mampu menjana pendapatan.
OOO ye, sasaran aku buat masa ini adalah Affiliate Amazon dan Affiliate Klikjer.
Inshallah sekarang ni dah belajar sedikit sebanyak dan kajian lebih terperinci perlu dilakukan sebelum bermula untuk mengejar iklan yang dijangka akan dibuat pada bulan Januari nanti. Inshalllah.

Selepas berborak dan mendapat sedikit input dari rakan IM tu, aku cuba singgah ke Popular Mega Bookfair yang diadakan di MITC. Aku cuba mencari buku kewangan yang sesuai untuk ku jadikan bahan bacaan serta rujukan untuk blog niche kewanganku.

mitc-mega-bookfair-count-down-eng-01
Tapi takde pula yang berkenan di hati. Maka tak jadilah aku membeli untuk buku di sana. Secara jujurnya, aku merasakan Popular Mega Book Fair ni tak banyak buku bacaan untuk golongan sepertiku. Banyak buku sekolah dan buku berbahasa Cina (tak tau Mandarin, Kantonis..). Mungkin aku kena beli online juga kot..

Cuti Hari Krismas pada Ahad merupakan kesempatanku untuk pulang ke Kampung di Kuala Linggi. Pagi-pagi jam 7.00 pagi aku telah bergerak dari rumah di Jasin. Sebelum ke destinasi singgah ke Pasar Tani Alor Gajah. Membeli lemang beserta Rendang, Roti John BUkit Bulat serta keropok untuk dibawa sebagai bekal.
Sampai ke rumah pusaka isteri, Pak Itam(pakcik isteri) dan anaknya ada di rumah. Borak-borak sikit dan aku serta isteriku menuju ke pantai Kuala Linggi yang kurang dari 100 meter dari rumah. Aku parking di kawasan rezab berhampiran KM Chalet. Memang ramai pengunjung terutama yang membuat ‘Hari Keluarga’.
Memang riuh rendah juga di kawasan tersebut. Anakku di sentuhkan dengan air laut yang berombak. Mula-mula dia takut dan menangis tapi lama kelamaan dia mula seronok pula. Aku pula mengambil kesempatan untuk mempraktikkan renang gaya dada yang ku pelajari dari ebook Teknik Berenang.
Alhamdulillah, walaupun tak expert namun bolehlah juga aku menghayunkan tangan untuk beberapa langkah. Mungkin mampu ku kayuh dalam 10-20 meter jugalah hasil teknik tersebut. Kepada yang berminat nak belajar berenang aku sarankan cuba dapatkan ebook tu. Klik je gambar banner bawah ni

Inshallah, aku juga bercadang untuk selalu membawa anakku ke pantai dan mungkin bila dah besar dia boleh belajar di kolam renang. Almaklumlah, asal isteriku dari perkampungan nelayan. Jadi sepatutnya anakku kenalah tahu berenang juga nanti.
Korang tengoklah gambar-gambar ni.. Comelkan , si Fatih ni..

Aku,isteri dan Fatih berendam di pantai Kuala Linggi.
Aku,isteri dan Fatih berendam di pantai Kuala Linggi.
Fatih dapat lokasi yang menarik untuk berendam
Fatih dapat lokasi yang menarik untuk berendam

Habis berenang, pukul 12.00 menuju rumah orang kahwin di Taman Sri Kelemak. Habis je makan, solat Zohor di Masjid Al-Rasyidin Alor Gajah. Si Fatih macam biasa, bila ada ruang memang berlari-larilah dia. Kenalah tukar shift dengan isteri untuk solat.
Habis je kami pergi melawat site di Taman Cheri Indah, Rumah Awam Masjid Tanah dan Taman Ayer Pasir Perdana. Saja melawat site dan aku lihat ingin mencari kalau-kalau ada peluang untuk memiliki rumah di kawasan area Kuala Linggi untuk dijadikan ‘homestay’. Lebih mudah kalau nak balik kampung nanti.
Almaklumlah rumah pusaka tu bukan namaku jadi kadang-kadang susah nak singgah situ. Habis melawat site di Taman Ayer Pasir Perdana aku melalui jalan Tebong. Dah lama juga aku tak melalui kawasan Tebong ni. Memang gerun juga dengan laluan. Macam jalan di kawasan Cameron Highland pula dengan laluan selekoh yang tajam.
Oooo,, aku juga sempat singgah ke Stesen KTM Batang Melaka. Bukan apa, selama ini aku tak pernah naik keretapi dari Batang Melaka. Dulu pun pernah naik dari Seremban ke KL Sentral je. Mungkin nanti bila si Fatih dah besar boleh cuba-cuba jalan naik keretapi tanpa hala tujuan.

ktmb
Ada tak dari korang yang pernah buat kerja gila, naik keretapi pergi balik hari? Boleh ke cerita pengalaman korang. Nak try je nanti.

Okay.. Cukuplah sikit artikel pada minggu ini. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan ‘Selamat Menyambut Tahun Baru 2017’. Semoga anda akan terus berjaya dan setia membaca blog-blog di bawah kelolaanku terutama Ligakampung.com

7 thoughts on “Iklan FB Ads, Berenang di Pantai Kuala Linggi, Menjejak KTM Batang Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *