jalan-jalan

Melawat Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka

Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka merupakan antara produk pelancongan Melaka yang agak dikenali. Pada minggu lepas aku mengambil peluang untuk pergi ke taman tersebut memandangkan ada 2 tiket free (1 dewasa dan 1 kanak-kanak) yang diberikan oleh tadika PASTI An Nahlu beberapa bulan lalu.
Memang agak lama perancangan dilakukan tetapi tiada kesempatan untuk ke sana. Pada hari Ahad lepas aku pergi bersama isteri dan anakku. Pukul 8.30 pagi kami dah terpacak di depan pagar yang belum dibuka lagi. Kiranya aku pelancong kedua (ada pelancong dari Johor tiba lagi awal) pada hari tersebut.
Selepas proses persiapan aku pun terus masuk ke perkarangan taman rama-rama itu. Nasib baik tiket free itu masih valid jadi aku hanya membayar RM22 untuk satu tiket dewasa sahaja.

ambil gambar bersama Fatih. Memang susah juga nak ambil
Parking pun luas.

Permulaan sekali melihat burung dan beberapa jenis iguana. Bila cerita pasal iguana ni teringat pasal entri binatang tumpang tidur. Kira sedara mara binatang ni la yang dipamerkan tu.
Ada juga kura-kura yang berusia lebih dari umurku ini diletakkan di dalam. Sambil-sambil tu tengok juga maklumat mengenai perkembangan rama-rama. Selain itu ada juga mentadak mentadu yang panjangnya lebih dari tapak tangan ini.

Melihat maklumat mengenai mentadak mentadu


Sebelum masuk ke lokasi utama kena tempoh dulu kedai cenderahati. Biasalah ini lokasi yang menakutkan sikit bagi aku. Hahahahaha..

Masuk ke dalam kami ditempatkan bersama kawanan rama-rama. Cuma rasanya rama-rama kali ini tak banyak dan jinak. Seingat aku, dulu siap rama-rama bertenggek kat badan tapi kali ini tiada pula.

Terpaksa dukung Fatih sebab mula-mula dia takut nak masuk
Antara bahan makanan rama-rama iaitu Nanas


Lepas tu masuk juga ke gua serangga di mana kami dapat melihat ulat gonggok yang besar. Ye lah, kalau kat kampung jumpa ulat gonggok kecik je tapi kali ni memang besar.

Kala jengking. Ni kalau sengat tak keluar hospital ni


Kemudian melalui pula lokasi kolam ikan dimana terdapat ikan koi. Teringat masa lawatan di Sabah tempohari, ada ikan koi yang jinak-jinak. Tapi kat sini tak delah jinak camtu.

Burung unta pula menjadi destinasi selepas itu. Tak silap ada 3 ekor burung unta yang bekeliaran di dalam sangkar disediakan.
Di sebelahnya pula kawasan Kampung Buaya. Kat sini memang banyak buaya yang menjadi tarikan pelancong. Pelbagai spesis buaya terutama yang di import dari luar negara.
Selepas melihat banyak buaya yang tidak banyak aksi tu kami ke kawasan taman arnab. Isteri dan anak sempat memberikan makan kepada arnab tersebut. Aku pula sempat mengambil ikan kecil di situ.
Dapat tangkap cuma ralat sebab masa balik lupa nak keluarkan dari kereta. Arwah la ikan tu sebab takde oksigen. Adoi..

Selain itu, tarikan seperti ular , kumbang dan serangga ditempatkan disitu. Cuma pada hari kejadian takde apa-apa persembahan macam di tempat tarikan lain. Mungkin aku datang terlalu awal kot. Masa tanya penjaga di depan, katanya memang tiada.
Secara keseluruhan, aku rasa tempat ini menarik untuk pengalaman kita. Banyak yang kita jarang jumpa di kawasan ini. Cumanya mungkin taman rama-rama perlu membanyakkan rama-rama supaya orang nampak fungsi utama taman ini.

Okay sekian sahaja. Tak banyak gambar sebab handphone padam masa pertengahan jalan. Bagi yang nak tahu maklumat lanjut boleh tengok entri aku di Melakacool .

Ooo ye, aku ada join pertandingan instagram Taman Rama-rama tu, mohon bantuan korang untuk like gambar di sini https://www.instagram.com/p/B6ZQLn0DUdj/

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.