Jalan-Jalan Hari Raya Aidilfitri 1440H

Assalamualaikum.

Seperti biasa, apabila tiba Hari Raya Aidilfitri aku akan menulis entri di blog ini.
Macam tahun-tahun sebelumnya ada je perjalanan ketika Hari Raya ini. Begitu juga tahun ini. Tak banyak berbeza aktiviti berbanding tahun sebelumnya tapi aku tetap juga nak berkongsi.
Tahun ini aku masih beraya bertiga. Belum nampak lagi ada tanda-tanda penambahan tapi masih berusaha. Semoga Syawal ini adalah rezeki untuk kami ye.
Tahun ini aku bersolat sunat Aidilfitri di kariah baru iaitu di Masjid Khalid Al Walid , Ayer Pasir. Tahun ini aku membawa dak Fatih bersama-sama mengerjakan solat sunat Aidilfitri ni.
Memang agak sukar sebab Fatih masih belum nak solat lagi. Walaubagaimanapun dia masih dapat dikawal dan aku dapat mengerjakan solat sunat aidilfitri tahun ini. Mungkin lepas ni solat sunat Aidiladha boleh dilakukan bersama.

[ Cara-cara Mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri ]

Selepas selesai solat sunat Aidilfitri aku pergi ke rumah mak. Ooo ye, ketika solat Aidilfitri aku perhatikan isu datang lambat juga berlaku di kariah ini. Datang ke masjid pukul 8.40 memanglah orang dah mulakan solat sunat aidilfitri.
Harap-harap tak berlaku lagi masa Solat Sunat Aidiladha nanti. Buat penat datang je tapi pahala tak dapat.
Sampai di rumah mak, kami bersalaman. Sedikit sayu tengok mak menangis bila memeluk kami. Memang timbul emosi dalam diri ini. Mesti masa ni mak terkenang juga dengan bapa walaupun dah 2 tahun bapa meninggalkan kami..

Selepas bersalaman aku , isteri dan Fatih pergi ke kampung di Kuala Linggi. Singgah di rumah jiran isteri sambil tengok rumah di kampung telah dipenuhi semak. Nampak takde orang yang nak menguruskan rumah tu.Jadi rumah tinggal tanpa penghuni.
Nak buat camne, rumah banyak nama. Nak buat renovation pun payah. Nanti ada yang menuntut. Lagipun rumah tu tepi jalan dan berdekatan dengan pantai. Memang ada nilai komersial untuk dibangunkan.
Selesai jalan-jalan hari pertama dimana memang penat juga walaupun masih di dalam Melaka.

Raya kedua memang tak boleh pergi jalan jauh sangat. Ini kerana ada satu aktiviti tahunan yang diuruskan oleh bapa saudara. Majlis Sambutah Hari Raya Keluarga belah bapa memang akan diadakan pada setiap tahun. Menariknya tahun ini kami berkongsi modal untuk majlis dan juga penajaan hamper.
Memandangkan aku ada sedikit duit lebih maka aku sponsor dua hamper yang agak besar juga tu. Oo ye, majlis ini ada satu pembaharuan dimana ada program cabutan bertuah. Macam biasa, aku memang tak pernahnya nak dapat cabutan bertuah ni. Berhuhu je la biasanya.
Ramai juga yang turun termasuklah bapa saudara dari Terengganu yang semakin uzur tapi masih boleh mengenali anak saudaranya.
Lepas habis majlis kena standby kat rumah sebab ada sedara mara datang. Malamnya pula pergi ke Merlimau melawat mak saudara. Habis raya kedua.

Raya ketiga pula aku bersama anakku ikut keluarga pergi ke Segamat. Kali ini isteriku tak ikut sebab kena kerja. Akulah yang membawa adik lelakiku dengan MyVi SilverRay. Dengan berbekalkan keberanian berjaya juga MyVi tersebut tiba ke Segamat, Felda Palong, Gemenceh dan juga Tampin.
OOO ye, dapat juga aku bereksperimen dengan Dashboard Kamera yang baru dibeli sebelum ni. Alhamdulillah dengan dashboard camera ni perjalanan lebih yakin. Sampai malam juga kat rumah sebab traffic jam di kawasan Felda Palong tu. Kena lalu jalan Felda untuk ke Gemenceh.
Tamat Raya Ketiga.

Raya keempat dan kelima kami berjalan jauh sikit. Raya keempat kami menuju ke Senawang, Bangi dan seterusnya lepak di rumah sewa adik di Bukit Raja. Esoknya pergi ke Kapar rumah mentua adik. Dekat sini ada tumbuhan yang menarik perhatian aku. Hehehehe. Siapa tau, memang tau le apa tumbuhan tu.
Sambil tu ternampak motosikal Yamaha Sport yang cukup lejen satu masa dulu. Motosikal yang menjadi tunggangan ku masa belajar di UiTM Shah Alam kira-kira 20 tahun yang lalu. Dijaga dengan lebih baik. Siap ada sport rim dan eksoz baru. Berbeza semasa aku jaga dan owner baru ni. Tak sangka boleh bertahan motosikal tu sampai sekarang.
Lepas beraya di Kapar terus ke Sungai Buaya, Rawang. Berjumpa makcik saudara yang bakal menunaikan haji pada tahun ini. Banyaklah cerita antara makcik dan mak. ALhamdulillah pulang kira-kira jam 4.00 petang dan tiba ke rumah dalam jam 7.00 malam.

Dalam perjalanan hari raya kali ini aku telah melanggar diet makan. Balik je rumah, kadar gula naik antara 8-10 . Memang kadar yang tidak bagus untuk seorang yang ada kencing manis. Lepas ni kenalah kembali semula kepada diet sihat. Nak kena mula berpuasa 6 bagi mendapat syafaat dan juga menjaga kembali diet…

Sekian… Layankan gambar-gambar ni

Solat di luar Masjid Khalid Al Walid , Ayer Pasir
Ambil gambar keluarga
Gambar keluarga besar belah bapa
Siap menyampaikan hadiah tu. Abaikan yang gelak tu. Dia gelak apa pun tak tau
Mak memeluk erat setiap anaknya..
Beraya di Segamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.