Kabinet Baharu : Apa Yang Perlu DiLakukan ?

  • by

Hari ini telah diumumkan Kabinet Baharu Malaysia. Perubahan Menteri serta Timbalan Menteri serta portfolio yang ada sebelum ini. Aku tak mahu cerita pasal hal-hal politik tapi mengharapkan perubahan kerajaan ini bukan sekadar politik sahaja.
Selaku kakitangan awam, aku perlu mengawal tulisan agar tidak terpesong dan memberikan kesan kepada tanggungjawab seharian. Meskipun begitu, aku juga rakyat yang hidup di bumi Malaysia ini. Aku juga terkesan dengan hal-hal politik yang melanda negara ini.
Bukan sahaja kisah politik yang merungsingkan, isu ekonomi negara yang memerlukan penelitian dari pemimpin tertinggi. Aku harapkan kerajaan terkini dapat membimbing kakitangan awam dengan membuat keputusan yang membantu memajukan Malaysia ini.
Aku rasa antara perkara yang perlu diperhalusi oleh pemimpin tertinggi adalah :-

1) Isu ekonomi dalam dan luar negara. Aku terlibat dalam pasaran saham dimana bulan ini aku mengalami kerugian yang agak tinggi. Ini terpaksa dilakukan dan bila dilihat kini, pasaran saham makin merudum. Aku tak tau macammana mereka nak memperbaikinya.
Yang aku tahu, institusi berkaitan kerajaan seperti Khazanah Negara, KWSP, KWAP, Tabung Haji perlu menyuntik modal dalam pasaran saham ini untuk merancakkan kembali pasaran saham ini. Kejatuhan sehingga 14++ mata amatlah teruk sekali. Masa aku masuk kira-kira 2 tahun lalu, ianya adalah sekitar 16++ mata.
Kini merudum jauh, memang sukarlah nak masuk ke dalam kolam ni.

Selain itu , institusi luar negara juga perlu diyakinkan kembali untuk melabur ke dalam pasaran saham. Ini bagi membantu meningkatkan lagi ekonomi Malaysia ni. Ye, sekarang ni ekonomi global makin merudum di seluruh dunia. Apatah lagi dengan isu coronavirus yang memberi impak besar dalam bidang perindustrian dan pelancongan.

2) Isu kesihatan. Jujurnya aku rasa, mantan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkeply telah melaksanakan tugas dengan baik. Tapi apakan daya. Sampai disini kali ini. Aku rasakan Menteri yang baharu perlu ambil berat tentang isu kesihatan dan juga pembekal ubat-ubatan ni. Jika sebelum ini pembekal tunggal akan tamat kontrak dalam beberapa tahun lagi.
Jadi perlu ada alternatif dengan SEGERA. Selain itu, isu penyakit lain juga perlu ditangani dengan baik oleh Kementerian ini. Isu pesakit mengambil gambar/video dalam bilik rawatan perlu diambil dengan serius. Tindakan samada pemberitahuan peraturan perlu dilakukan di klinik-klinik atau hospital. Ia bagi mengelakkan isu viral ini berulang kembali.

3) Isu sara hidup. Ini perlu ada penanda aras bagi membantu orang ramai terutama golongan B40 dan M40 untuk hidup selesa. Jika B40 mendapat bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup, golongan M40 juga perlu diberikan perhatian oleh kerajaan. Ramai (termasuk yang menaip) memerlukan bantuan bukan dari segi wang ringgit tetapi bantuan seperti persekolahan anak dan sebagainya.
Perbelanjaan yang membebankan golongan ini akan membuat mereka protes kepada kerajaan termasuklah kakitangan awam akan terkena tempiasnya.

4) Isu perumahan. Aku kerja di bahagian ini dan didapati bukan semua yang mampu untuk memiliki rumah hatta rumah Mampu Milik sekalipun. Mungkin pihak Kementerian perlu mendapatkan maklumbalas dari orang ramai untuk kaedah terbaik bagi memastikan isu perumahan dapat ditangani segera.

5) Isu undang-undang. Undang-undang yang telah diwartakan perlulah dikuatkuasakan dengan tegas.

Okay cukuplah serba sedikit pendapat aku. Takut nanti terbabas pula. Apapun semoga yang dilantik akan menjalankan amanah dengan baik.

Berikut merupakan senarai Menteri Kabinet Malaysia 2020

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.