Uncategorized

Review : OLike Neo, selepas hampir setahun

Okay.. Aku bukanlah blogger atau youtuber yang bercerita tentang gajet tapi kali ni aku nak kongsi review.
Biasa orang lain akan review gajet tu masa mula-mula pakai. Dan aku juga pernah review tetnatan fitness tracker Olike Neo ni (boleh rujuk artikel sini ).
Jadi selepas lebih setahun aku nak review sikit fitness tracker ni..

Adakah berbaloi ? Secara jujurnya berdasarkan pengalaman aku, ianya tidak berbaloi. Memang dari segi harga ianya adalah fitness tracker yang murah dan mempunyai GPS tracker. Kalau ikut harga pesaingnya macam Fitbit atau Garmin memang jauh berbezanya tapi….

1) Masalah caj – Aku pernah menukar 2 kali fitness tracker ini. Ia disebabkan oleh ia tidak boleh mengecaj. Aku rasa ada isu bila mana ia berada dalam amaun bateri kurang dari 10% ia sukar untuk mengecaj. Nasib baik kali ketiga ni dapat bertahan lama sikit..

2) Masalah Kualiti Getah. Aku tak tahu kenapa sebab ia mudah tercabut dan sukar dipasang semula. Tengah jalan tiba-tiba strap dia tertanggal. Memang susah aku nak buat aktiviti harian. Ia berlaku sejak beberapa bulan ni. Aku masih pakai juga tapi ada perasaan sakit hati ni.
Dan sekarang ni getah dah terkoyak sehingga sukar untuk ku pasang pada pergelangan tanganku yang comel ni. Ye, pergelangan tanganku memang kecil sehingga aku terpaksa masukkan penanda tu ke yang paling hujung sekali. Korang tengok je gambar bawah ni.

Sampai aku terpaksa gam…
Dan yang lebih menyampah lagi, tak de jual gelang getah tu kat Lazada mahupun SHoppe.. Aku cuba tanya tokei kedai tu dia pun tak pasti. Pergh!! Takkan nak beli yang baru pulak. Banyak pandai.. Kang beli baru jadi isu sama juga..

3) Aplikasi tak boleh detect larian dekat. Yang ni aku kecewa. Aku mencuba berlari di trek tapi aplikasi OLike tak boleh detect catatan masa tu. Memang tak puas hati le. Baru nak cuba belajar sprint. Memang le larian tak laju tapi kurang-kurang nak bagi semangat.

4) Aplikasi tak konsisten. Kadang-kadang dia auto detect kita dalam aktiviti berjalan kadangkala tidak. Memang pening cara dia detect aktiviti kita ni. Ia termasuk juga pengiraan langkah (steps).. Kadangkala aku berjalan dia detect dan kadangkala tidak. Pernah aku dah capai 9800 steps sehari tapi tak lepas juga sasaran 10000 steps walaupun berjalan langkah di dalam rumah.

5) Tangan aku bertanda dan gatal. AKu rasa ada isu kat gelang getah tu. Mungkin tak sesuai dengan aku. Ikutkan dulu pakai Olike Now 2 ok je. Mungkin material lain.

Okay itulah antara serba sedikit review negatif aku tentang Olike Neo. Rasanya kalau korang ada duit lebih sikit carilah fitness tracker yang lain. Aku ni tak cukup bajet. Jadi kena tunggu bila ada terlebih duit lagi untuk digunakan ke pergelangan tangan ini.
AMIN..

Sambil tu jangan lupa layan video Youtube Zoolzarizi dan subcribe channel ye..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.