santai

Ke Lembaga Hasil Dalam Negeri , Majlis Kahwin Sepupu

Minggu lepas ada beberapa kisah yang inginku kongsikan bersama. Bila mendengar tentang Lembaga Hasil Dalam Negeri memang ramai yang mula merasa cuak termasuklah aku. Apatah lagi selalu dengar berita tentang orang kena bayar amaun yang banyak sebab tak pernah buat bayaran cukai pendapatan sebelum ini. Aku adalah salah seorang individu yang tak pernah langsung membuat e-Filling yang selalu didengari dalam kaca tv dan radio. Bukan nak melarikan diri tapi entah kenapa asik bertangguh hingga akhirnya terlepas begitu sahaja.

| Lokasi Lembaga Hasil Dalam Negeri Ayer Keroh, Melaka |

Minggu lepas aku ambil keputusan untuk ke LHDN Ayer Keroh, Melaka untuk menyelesaikan isu ini. Yelah, takut juga bila dengar ada orang-orang di pejabat yang kena sampai ribu-ribu ringgit tu. Terpaksa buat potongan bulan-bulan untuk melangsaikannya. Pergi ke LHDN kena ambil nombor pin. Sambil-sambil tu terdengar juga ada apek ni tanya kepada orang hadapan bagaimana nak dapatkan borang (tak tau borang apa). Amat mengejutkan bila orang depan tu menyuruh apek tu men’download’ borang tersebut. Apek yang memang tak tau komputer tu agak terpinga-pinga dan cuba mendapatkan bantuan tapi orang hadapan tetap bertegas dengan kenyataannya. Aku selaku orang IT sendiri amat KECEWA dengan perkara tersebut. Takkanlah orang yang memang tak boleh nak hadam komputer kena juga download sendiri. Taulah nak kurangkan kertas tapi bagilah peluang pada mereka yang tidak tahu. Kot ye pun bagilah tunjuk ajar sikit. Memang rasa KEJAM sungguh mereka tu. Aku tak tau samada memang polisi LHDN ataupun orang hadapan kurang paham. Wallahualam.

Selepas mendapat nombor pin aku pun pergi ke tingkat dua. Di sana terdapat ramai yang sedang berada di komputer mengisi maklumat masing-masing. Nasib aku baik terus dapat tempat kosong. Adoi, bukan senang nak isi borang tu sebab kena isi beberapa perkara yang kita tak faham. Orang yang nak ditanya pun tak berapa ramai. Kesian pula dengan petugas LHDN yang terpaksa ke sana ke mari untuk menjawab persoalan dari orang ramai. Tapi nak buat camne, dah pengurusan buat kaedah camtu. Kenalah hadap kan?

e-filling
Antaramuka E-Filling di https://ez.hasil.gov.my/

Isi maklumat penting dan alhamdulillah aku tidak termasuk dalam mereka yang dikenakan cukai. Kiranya aku masih berada di paras yang sederhana lah kan.  Borang aku print dan kena bayar RM1 untuk cetakan. Kenalah simpan baik-baik maklumat tersebut. Mana tau nanti datang Lembaga boleh tunjuk bukti. Tapi walaubagaimanapun tahun ini aku mula menyimpan sebarang resit perbelanjaan. Untuk menyemak bajet dan juga sekiranya berlaku siasatan oleh mana-mana pihak. Bagi korang yang rajin membeli buku ilmiah atau barang-barang sukan, simpanlah sebab boleh dapat pengecualian cukai tu. Nak tau lebih lanjut kenalah pergi LHDN.

Pada minggu lepas juga bapaku sekali lagi dimasukkan ke Hospital Jasin sebab sakit dada. Alhamdulilah selepas 3 hari beliau dibenarkan keluar. Pada hari Sabtu pula, aku dan keluarga pergi ke rumah kahwin sepupu di Segamat . Bergerak dalam pukul 10.30 dan tiba kira-kira jam 12.00 tengahari menaiki kereta Almera Putih abangku. Agak lama juga aku tak melalui jalan ke Segamat ni, jalan dah mula besar tapi tak habis. Di kawasan Sagil tu jalan masih sedikit sempit lagi. Bila sampai ke Bandar Segamat sedikit jem dengan traffic light yang agak banyak juga. Sesampai di rumah kahwin jumpa sedara mara dan makan le..  Lepas Zohor acara berarak, dekat situ aku tengok ada kena Tol. Biasalah kalau kat Johor ni memang kena tol. Ada 4-5 perhentian juga kena lalui tapi nasib baik pembantu steady. Teringat zaman aku kena dulu, berpeluh nak menjawab dan nak bagi duit tu. Terasa kecewa je bila orang yang diapit tu tak nak jadi pengapit masa aku kahwin dulu. Adoi, tak leh move on lagi isu ni. Hahhahaah. Oo ye, sepupu aku ni kahwin dengan orang Sarawak. Lepas kitorang balik siap ada menari-menari lagi.

zool-fatih-aliya
Ambil Gambar dengan Fatih dan Aliya di Vespa keluarga Pak Puteh

Dalam majlis kahwin ni juga aku jumpa sepupu seusiaku, Chaa yang diberitakan akan pencen pada tahun depan. Pergh, dah pencen dalam usia 40 tahun . Ye lah, askar memanglah pencen awal. Bukan macam yang kerja pejabat. Aku ni pun ada gak cita-cita nak bersara pilihan dalam masa terdekat ni tapi masih belum ada kemampuan lagi. Tengoklah camne dalam 5 tahun lagi. Harap-harap mampu lah sebab nak merasa hidup minimalis tanpa tekanan yang macam sekarang ni. Wallahulama.

Malam tu bapaku belanja makan di sebuah Restoran Tomyam di Bemban. Rasanya tak berapa nak hebat sangat tapi yang penting bila bersama dalam keluarga. Dapat makan bersama keluarga tu yang penting sebab bukan selalu dapat sekali.

zool-keluiarga
Ambil Gambar makan di Bemban. Okay, aku tengah main handphone..

Esoknya pula pergi ke rumah kahwin anak kepada rakan sepejabat di Tangga Batu. Masa sampai pukul 12.00 tengahari dan orang tengah berarak. Memang steady sebab naik beca ‘Hello Kitty’ tu. Cuma tak steady sebab ada baling-baling mercun pula tu. Terasa macam majlis masyarakat Tiong Hua pula tu. Tapi masing-masing punya carakan.

Balik singgah ke Tesco Cheng beli barang keperluan. Pergh, agak tidak untung beli di Tesco Cheng ni. Rasa macam mahal je. Tapi nak buat camne, mungkin Cheng tu kawasan elit kot sebab tu harga lebih sikit.

Minggu ni juga aku lihat ada hujan yang agak lebat di bumi Melaka ni. Nak berlari pun tak berapa dapat apatah lagi kena jemput Dak Fatih lepas balik. Tapi takpelah, tu kan tanggungjawab.

Okay cukuplah kemengarutan aku untuk minggu ni. Selamat semua..

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

3 thoughts on “Ke Lembaga Hasil Dalam Negeri , Majlis Kahwin Sepupu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.