Alhamdulillah berdasarkan tarikh Masihi, hari ini genap usia perkahwinanku dengan isteriku. Tarikh 8.2.2014 akan terpahat dalam kad kahwin dan pasti akan menjadi kenangan dalam memoriku.
Tanggal 8.2.2014, kira-kira jam 9.30 pagi tatkala usiaku menginjak ke umur 36 tahun aku telah menikahi seorang wanita yang ketika itu berusia 30 tahun. Dengan dua kali lafaz aku sah menjadi isteri kepada wanita bernama Siti Rahmah dimana tempoh perkenalan dengannya hanya kira-kira setahun sahaja.
Kalau ikutkan, aku hanya ber’date’ kira-kira 3 kali sahaja sebelum aku mengambil keputusan untuk menyunting beliau sebagai isteri. Untuk pengetahuan korang, isteriku ini adalah dikenalkan oleh rakan sepejabat dan akhirnya menjadi isteriku dimana aku bertunang pada 31 Ogos 2013.
Nasib baik masa tu aku tak terlibat dengan Perbarisan Hari Kemerdekaan macam sekarang ni, kalau tak haru gak.. Sememangnya aku tak pernah terfikir akan berkahwin dengan penduduk Kampung Kuala Linggi, kawasan yang selalu ku singgah masa aku bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir selaku penjual rumah kos rendah Taman Kuala Permai dan Taman Rebana Jernih.
Teringat juga masa majlis kahwin tu. Ada kekecewaan bilamana rakan yang mulanya berjanji untuk jadi pengapit namun membatalkan atas sebab kerja KONONnya.
Terpaksa akhirnya menggunakan khidmat adik lelaki sebagai pengapit. Sedih woo. Nampak macam takde kawan pula. Tapi sedikit terubat bila salah seorang kawan yang sanggup follow dari rumah walaupun anak dia tak berapa sihat.
Okay, malas nak ingat kisah kecewa tu. Memang kalau nak cerita pasal masa majlis kahwin tu macam-macam cerita. Ada tu, masa hantar pengapit perempuan tetiba kereta tak boleh start. Dah malam pula tu. Sekali rupa-rupanya gear letak kat gear D, memang tak jalan le kete auto viva tu.Heheheheh..
Menariknya tidur di rumah isteri dengan sedara mara yang ramai tu. Ada sedara yang tidur di bawah khemah. Almaklumlah rumah pusaka isteri tu kecil je. Oo ye, isteri adalah anak yatim piatu dan sudah pasti tanggungjawab aku berat sedikit.
Menariknya lagi, dalam seminggu tu ada beberapa hari aku keseorangan sebab isteri kerja. Sampai minggu lagi satu barulah kami berpindah ke rumahku di Taman Maju, Jasin.
Sekarang ni dah 4 tahun kami bersama dan telah mempunyai seorang anak lelaki berusia 3 tahun (bulan Mei ni). Sambil tu juga berdoa agar dapat lagi zuriat-zuriat supaya dapat memeriahkan lagi keluarga kami ni. AMIN..Banyak suka duka yang dihadapi bersama. Ada juga sedikit selisih paham tapi masing-masing cuba untuk memperbaiki hubungan antara satu sama lain.
Okaylah SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE EMPAT UNTUK ZOOLZARIZI DAN SITI RAHMAH. Semoga kekal hingga ke Jannah.
semoga sentiasa bahagia dan berkekalan hingga ke jannah 🙂
Baru lagi usia perkahwinan tu. Selamat ulangtahun perkahwinan, semoga dirahmati Allah sentiasa
Alhamdulillah dah 4 tahun usia perkahwinan. Semoga kekal sampai ke akhirat. Insha Allah berjaya.
Tahniah bro! Semoga terus kekal sehingga ke akhir hayat.