Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Minggu ni aku berjalan ke Port Dickson. Perjalanan yang tidak dirancang tapi aku pergi sempena cuti rehat.
Bukan apa, kebiasaannya kalau cuti memang aku melepak kat rumah.
Samada buat content atau pergi rumah mak aku. Tapi kali ni aku ambil kesempatan untuk pergi ke Port Dickson.
Apatah lagi bila tengok Touch N Go berbaki RM36 maka aku teruskan perjalanan.
Aku bukanlah kaki merayap dan memang jarang-jarang aku memandu sejauh hampir 95 kilometer itu.
Tapi aku gagahkan juga. Bayaran tol kira-kira RM4.84 dari tol Simpang Ampat.
First time aku drive masuk Tol Port Dickson dalam jam 11.12 pagi (ikut masa TnG).
Agak jauh juga dari tol tu nak menuju PD. Aku hentam sahaja jalan dan first time nampak Masjid Depoh Askar Melayu .
Aku tiba dalam pukul 11.30 di situ. Mula-mula rancang nak solat Jumaat di situ tapi aku rasa elok diteruskan.
Bukan apa, handphone memang tak dibuka sebab takut bateri habis. Tak bawa charger dan handphone pun dalam 70% je..
Aku teruskan arah Melaka, supaya jadual tak tersasar. Aku kena ambil anak petang ni. Dah janji dengan dia jadi tak boleh berlambat-lambat di sini.
Jalan punya jalan aku memutuskan untuk berhenti di pantai Teluk Kemang. Wah, meskipun hari Jumaat dan waktu di jam menunjukkan pukul 12 namun masih ramai juga di sana.
Ini mesti musafir tak ke solat Jumaat ni. Memandangkan aku dah tak berkesempatan solat Jumaat minggu lepas (outstation ke Kuantan, Pahang) maka untuk hari ini mesti solat Jumaat juga.
Aku layan nasi pataya di tepi pantai Teluk Kemang tu. Cadang nak beli baju souvenier tapi teruskan balik. Mencari masjid tanpa buka handphone bukanlah satu tugas mudah namun jumpa juga masjid di Bukit Pelanduk.
Satu keistimewaan masjid ni bila AJK yang mencatat kehadiran terdiri dari kaum wanita. Memang terbaek. Bukan mudah nak cari masjid yang ada wakil dari wanita untuk bertugas. Memang terbaik.
Balik tu aku singgah ke Warung Rojak Sotong di Durian Daun, Masjid Tanah untuk cari makanan. Pergh!! Char Kuey Tiaw Sotong. Harga agak tinggi bagiku tapi memang berbaloi sebab sotong yang besar ditambah udang dan juga kerang.
Itu kisah hari Jumaat dan pada hari Ahad aku balik ke kampung Kuala Linggi. Pagi tu isteri nak ajak makan di tepi pantai di Kota Supai .
Agak ramai orang dan aku sempat berjalan ke kawasan Kota Supai ni. Boleh tengok video dekat Youtube tentang peninggalan sejarah di kawasan Kuala Linggi ni.
Singgah ke rumah sedara dan aku bawa anakku sekali ke Teluk Kemang. Cumanya dia kecewa sebab masa terhad. Ye lah, aku nak kena balik semula ke Kuala Linggi sebelum jam 1.00. Aku ke Teluk Kemang dan tiba di sana kira-kira jam 12.00. Hanya ambil masa sekitar 40 minit sahaja.
Dapatlah dia sentuh air laut tu sikit. Dan ketika aku pulang, singgah sebentar di kedai berhampiran masjid Bukit Pelanduk.
Beli tilam kekabu beb. Ikutkan memang nak beli bantal untuk homestay tapi disebabkan homestay dah jadi rumah sewa maka beli untuk diri sendiri.
Okaylah cukuplah untuk cerita hari ni. Dah lama tak menaip rasa nak bermula semula bercerita di kanvas wordpress ni.
Sambil tu boleh tengok sikit vlog kat channel Youtube aku ni..