Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Dua hari ni aku ada program di Hotel Kobemas, MITC Melaka. Aku tak boleh nak ceritakan kursus yang aku hadiri cuma nak kongsi sikit keadaan di Hotel Kobemas tu.
Aku tak ingat berapa kali singgah di Hotel ini tapi rasanya mau 5 kali kot. Dulu pernah bercita-cita nak buat meeting persatuan kat sini tapi bilamana tak dapat support dari ahli maka aku batalkan je.
Secara amnya, Hotel Kobemas ni adalah hotel yang dibangunkan atas tingkat Rumah Kedai di berhampiran MITC. Seingat aku, dulu boss lama pernah bercita-cita nak beli kedai kat sini tapi tak jadi.
Kawasan hotel ni agak strategik di kawasan berhampiran pusat pelancongan Melaka. Kawasan pentadbiran Kerajaan Negeri memang berhampiran jadi program ataupun kursus kerajaan Negeri boleh dilaksanakan disini.
Selain itu, bagi pengunjung luar juga boleh menginap disini dimana ianya mudah dicari. Bilik mesyuarat juga agak selesa bagi mereka yang nak buat program dalam lingkungan 10-20 orang. Selain kursus yang aku hadiri hari ni, aku pernah juga menghadiri kursus lain disini sebelum ni.
Makanan dia pun memang menarik selera aku.

Ok cukuplah sikit review pasal Hotel Kobemas ni. Tak boleh panjang-panjang sebab bukan review bayar pun. Hehehe. Bagi sesiapa yang tahu, aku ada buat satu lagi channel Youtube. Channel tambahan ini aku nak buat khusus tentang vlogging dimana penggunaan Eken H9R adalah medium utamanya.
Bukan apa, nak cuba tengok samada Vlogging yang aku buat boleh mendapat peminat atau tidak. Korang layan le channel baru aku ni. Kalau rajin boleh subscribe juga..

Channel yang ni aku akan lebih santai berbanding channel Zoolzarizi yang agak formal… Apapun harap korang support kedua-dua channel aku ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.