Minggu lepas ada beberapa aktiviti yang mungkin aku boleh kongsikan bersama disini. Mula-mula mengenai Kursus Microsoft Power Point yang diadakan di Kolej Komuniti Bukit Beruang.
Pada 24 dan 25 Oktober lalu aku dan kakitangan mengikuti kursus MS Power Point yang dianjurkan oleh unitku. Tenaga pengajar dari Kolej Komuniti Bukit Beruang diadakan bermula pada waktu pagi jam 9.00 pagi.
Kursus diadakan di lokasi Makmal Bahasa di Kolej Komuniti Bukit Beruang. Tenaga pengajar baharu yang terdiri dari pensyarah dari Kolej Komuniti. Menariknya,pensyarah itu bukanlah dari unit ICT tapi sebaliknya guru bahasa Inggeris dan juga guru Agama.
Kira okaylah cara pengajaran yang dilakukan oleh mereka. Cuma dalam kursus kali ini aku TERKENA. Tersilap parking kereta di kawasan yang tak dibenarkan oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Inilah akibatnya kalau malas nak parking di tempat letak kereta yang disediakan.
Kononnya nak elak dari dikenakan bayaran kupon kereta tapi sebaliknya lain pula yang kena. Kesilapan ini berharga RM50. Kenalah aku kompaun yang boleh dielakkan sepatutnya. Ye lah, sebenarnya ada je tempat letak kereta yang khas tapi nak buat camne. Dah buat silap. Hilanglah RM50 begitu saja.
Memang rugi sebab sepatutnya duit RM50 tu boleh dijimatkan kalau parking tempat yang ada. RM50 tu boleh digunakan untuk sekurang-kurangnya 4 hari duit minyak ataupun boleh digunakan untuk cover makan tengahari untuk 5 hari.
Apapun benda dah terjadi. Kenalah bayar. Kalau tak nanti kena masuk mahkamah lagi panjang ceritanya pula. Aku dengar MPHTJ ada buat diskaun 60% untuk kompaun pada bulan ni. Kalau korang kena kompaun bolehlah cuba.
Kursus Power Point yang dianjurkan berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah nampaknya dua program berjaya dianjurkan pada tahun ini. Walaupun KPI iaitu tiga kursus setahun tidak terlaksana tapi okaylah juga kan.

Dah ada pengalaman anjurkan kursus, mungkin lagi 5 tahun bolehlah buat syarikat sendiri untuk anjurkan kursus ICT ni.
Pada hari Sabtu lalu pula ada Program Taklimat Bomba dan Pendaftaran Program I-cycle dilaksanakan di PPR Tehel dan PPR Krubong. Macam biasa aku kena uruskan pemasangan peralatan ICT iaitu projektor dan komputer.

Bukan aku nak cerita pasal peralatan tapi mengenai taklimat yang dilakukan oleh Bomba. Pihak bomba menerangkan tentang risiko-risiko kebakaran dan juga kaedah awal bila berhadapan dengan api. Bila dengar taklimat ni terfikir juga yang kat rumah takde gas pemadam api.
Menurut pegawai Bomba tu pemadam api tu boleh bertahan lama sehingga 20 tahun dengan harga sekitar RM50. Nampaknya kena juga beli untuk kegunaan kecemasan di masa hadapan. Selain itu bomba juga memberikan tunjuk ajar sekiranya ada api kecil yang boleh dipadamkan dengan kain yang dibasahkan dengan air.
Beliau menasihatkan supaya mengelakkan menggunakan air secara terus kerana ia boleh menyebabkan air merebak lebih teruk lagi.
Korang tengoklah video camne pihak Bomba padam api kat dapur tu. Mungkin boleh jadi pengajaran kepada anda semua.
Alhamdulillah dapat 2 pelajaran berguna pada minggu lepas. Aku harap korang pun dapat sikit dari apa yang aku tulis ni.
kain apa yang bomba guna utk padam api tu?
kain biasa je.. tapi kena basahkan dulu..
berguna kalau kat dapur tu.. kalau ada api marak boleh guna kain yang dibasahkan dan tutup api tu.. jangan terus simbah air sebab ia boleh merebak.. ilmu baru yang saya belajar
Teringat pula demo bomba yang padamkan api pada tong gas yang menyala. Samada pekup dengan kain atau sekali kipas dengan sekuat tenaga api boleh padam.
pekup dengan kain yang tu diajar yang kipas dengan sekuat tenaga tu tak tau pula..
yang penting jangan simbah dengan air sebab api tu boleh merebak..
Pihak Bomba sekarang gigih memberikan taklimat kebakaran kepada orang awam sejak kejdaian tahfiz terbakar tu kan..bagus juga untuk peringatan diri
ia biasa dibuat secara berkala bukan sebab kejadian tu je..
tapi kita ni jarang nak ambil tau…
termasuklah yang menaip ni
Macam cerita “Abang Bomba I Love You”.
ini betul-betul bomba ..takde cintan cintun ni.hehehe
Bomba part paling best adalah demonstrasi memadam kebakaran. Seronok nak picit pemadam api.
pehh..
ada abam bomba.
hoho..
lama gak tak wat fire drill kat sekolah nih.
dah lama tak guna power point.