Agak lama aku tak menulis di blog peribadi ni. Pada Sabtu minggu lepas sepatutnya aku menghadiri majlis akikah anak buah isteriku di Seremban tapi terpaksa di batalkan sebab ada kematian jiran di kampung.
Pak Long Mat yang tinggal di hadapan rumah bapaku telah meninggal dunia pada hari Jumaat(3 November 2017) kira-kira jam 6.45 petang. Memandangkan mengenali beliau secara langsung maka adalah WAJIB untuk aku menghadiri majlis pengebumian arwah.
Pukul 9.00 pagi aku terus menuju ke rumahnya. Dalam sama menunggu, ramai saudara mara beliau yang hadir. Tengok beberapa wajah yang pernah ku kenali dulu pun sudah berubah. Dulu hensem sekarang rambut pun dah sikit sedangkan umur lebih muda dariku.
Cucu arwah pun sudah besar , dulu masa ku kenal usia belum remaja lagi. Sekarang dah ada anak. Masing-masing sudah berubah. Sambil-sambil itu ada juga yang bertanyakan keadaan kesihatan bapaku. Almaklumlah kalau dulu ada juga bapaku duduk di luar beranda tapi sekarang ni di dalam sahaja.
Pada mulanya, dijangkakan akan menghantar jenazah menggunakan van tapi ditukar dengan menghantar secara mengusung keranda tersebut. Walaupun aku tak dapat mengusungnya tapi sekali ikut bersama-sama ketika itu.
Jarak antara masjid dan rumah kira-kira 500 meter juga. Sesampainya di masjid kami melakukan solat jenazah yang diimami oleh anak lelaki bongsu arwah Pak Mat, Azam atau lebih dikenali gelaran Kajam.
Kajam ni masa zaman budak-budak kira kawan aku juga. Walaupun beza usia kira-kira 5-6 tahun tapi pernahlah main basikal dan main bola bersama-sama. Sekarang dah besar memang tak berapa berborak sangat.
| Panduan Menguruskan Jenazah oleh JAKIM |
Alhamdulillah selepas itu proses mengebumikan mayat. Mayat arwah telah dibawa ke liang lahad oleh 4 orang anak lelakinya (arwah mempunyai 4 anak lelaki manakala seorang anak perempuan telah meninggal dunia).
Ketika proses itu aku terkenang tentang bagaimana agaknya masa aku nanti. Adakah anak aku akan melakukan tanggungjawab sebegitu. Dan bagaimana pula dengan bapaku? Adakah urusan akan dilakukan oleh KAMI (4 orang adik beradik lelaki) ?
Aku berdoa supaya aku dapat melaksanakan tanggungjawab terakhir pada ibu bapaku nanti. Semoga aku diberikan kekuatan pada WAKTU itu nanti. AMIN..
Malam tu ada majlis tahlil dan bacaan Yaasin di rumah arwah. Alhamdulillah selesai. Aku bukanlah rapat sangat dengan arwah tapi teringat kembali masa buat kenduri doa selamat bapa untuk menunaikan haji. Teringat Arwah memeluk bapaku pada kenduri tersebut.
Secara tiba-tiba terasa sayu masa tu. Seingat aku arwah pada zaman mudanya merupakan pemandu lori. Selepas berhenti, beliau melakukan kerja menoreh getah untuk menampung kehidupan. Yang menariknya, beliau cukup setia pada isterinya apabila tidak lagi berkahwin selepas kematian isterinya.
Tak silap aku isterinya meninggal ketika usiaku masih di sekolah menengah. Jadi kalau ikutkan, mungkin arwah mampu untuk mencari isteri lain namun setianya tetap pada isterinya itu.
Bila pergi ke majlis kematian, selalu ku terkenang MASA yang semakin suntuk. Terlalu banyak yang tidak sempat ku buat lagi. Ooo ye, tiada gambar sebab aku memang tak ambil pun.. AL-Fatihah untuk arwah Pak Long Mat.
Minggu ini tiada apa yang menarik dilakukan cuma tiba-tiba diminta untuk bermain bola padang menentang pasukan MBMB FC. Mula-mula tu diorang kata main dengan veteran MBMB sekali lawan dengan budak-budak mudalah. Jadi korang takyah tanya berapa kena ye..
Seperti perlawanan ketika menentang PTG tempohari aku berada di bahagian pertahanan kiri. Memang tak terlarat le nak kejar apatah lagi bermain di padang rumput tiruan. Memang laju dan kena ayam-ayam je lah dengan budak-budak MBMB yang sering bermain.
Apapun ia satu pengalaman baru sebab menentang pasukan yang betul-betul BERMAIN. Cuma tak terlarat le kalau nak mengejar bebudak muda kat atas padang tu.
Okay cukuplah sedikit celotehan dariku pada minggu ini. Maaf jika tiada apa yang boleh korang sematkan dalam diri ye. Aku pun takde apa aktiviti sangat minggu lepas.. Inshallah akan cuba menulis lebih lagi pada minggu hadapan.
aku pun dah tak larat nak main dengan budak muda.
kalau main menyerang, paling maximum, 45 minit je leh main. kena pilih nak main 1st half atau 2nd half.
kalau main bertahan, ok. ni leh lagi main full time.
penat main menyerang sebab kena kutip bola dari padang walaupun purata dapat dan nak jaga bola tak sampai 5 minit pun.
biasalah umur dah meningkat.. kena budak muda lari laju .. kejau kejau tak dapat.. huhu
Salam takziah. Sudah lama tidak main bola mahu pancit saya. 🙂
biasalah tu.;.
cuba try bro
Atuk saudara saya juga meninggal baru baru ni.
takziah bro.