Sertai Larian Nak Sihat Run N Ride 2017

Hari ini aku melayan acara larian. Kalau ikutkan kali terakhir aku ikut berlari adalah pada Julai lalu ketika menyertai acara Larian Green Run 2.0 yang dianjurkan oleh budak Universiti Multimedia (not recommend).
Kira lama juga baru nak join acara larian ni. Bukan apa, kekangan masa sebab banyak aktiviti lain yang perlu diselesaikan. Ditambah pula dengan keMALASAN serta keMAHALan acara-acara larian.
Memandangkan acara larian Nak Sihat Run n Ride 2017 hanya mengenakan yuran RM35 untuk larian 5 kilometer maka aku ambil keputusan untuk mengambil bahagian. Tak de mahal sangat. Lagipun ianya dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah maka ada konfiden sikit tentang keselamatan dan kredibilitinya. Apa taknya, sekarang ni banyak penganjur acara larian membatalkan acara ‘last minute’.
Tak ke bengang kalau jadi camtu. Aku ambil RaceKit pada Jumaat (29 September 2017) di Dewan Bola Keranjang MBMB. Dalam tu ada baju T-shirt, sijil dan bib nombor. No bib aku A1202.

Pada hari kejadian, aku bergerak dari rumah selepas solat Subuh. Kira-kira jam 6.30 pagi aku sampai di Dewan Bola Keranjang MBMB tu. Tengok belum ada urusetia lagi. Kiranya awal juga lah aku datang. Jadi dapatlah parking kereta dengan tenang.
Secara peribadi rasanya ini kali pertama aku datang awal dari Urusetia dan lepas 10 minit mula mereka menyiapkan tempat. Bersungguh-sungguh mereka menyiapkan tapi berdasarkan pengamatan aku mereka mungkin kurang pengalaman. Macam parking kereta agak terhad sebab selain peserta, kawasan ini juga sering dikunjungi oleh orang yang beriadah. Jadi ada sedikit kekangan kawasan parking. Tapi alhamdulillah semuanya ok je.
Pukul 7.30 pagi memulakan sesi pemanas badan iaitu senamaerobik. Memang tak pandai le aku nak buat senamrobik ni tapi ikut je la untuk regangkan otot yang bersimpul ni.

Kira-kira jam 7.40 pagi peserta dilepaskan. Aku tak tau siapa yang lepaskan sebab penuh orang. Macam biasa, aku terpaksa membawa handphone lamaku sebagai pencatat masa dalam Runkeeper dan membawa pouch bag Nike pasar malam. Teringin satu hari nak pakai jam Fitbit .
Tapi apakan daya, tak berani nak letak bajet untuk itu. Tapi kalau korang teringin belilah kat Lazada, klik gambar bawah ni. Harga pun berbaloi dan aku pun tumpang komisen affiliate sekali..

Alhamdulillah aku berjaya menamatkan acara tersebut. Acara tersebut yang bermula di Dewan Bola Keranjang MBMB itu memasuki taman di Kampung Musai dan meneruskan kembali hingga ke Taman Rekreasi Bukit Serindit.

Berjaya menamatkan acara larian 5 kilometer. Oo ye, kali ni ada yang baik hati nak tolong ambilkan gambar.

Secara peribadi aku berpuashati dengan larian walaupun ada 5 kali aku berjalan ambil angin. Dari segi catatan masa mungkin tidak terlalu memberangsangkan dimana aku mencatat masa 42 minit 49 saat dengan anggaran kelajuan 7:46min/kilometer.
Walaupun bawah dari 8min/km dan merupakan catatan kelima terbaik ku untuk 5 kilometer tapi aku rasa kurang berpuas hati. Ini kerana laluan larian agak landai dan sepatutnya aku boleh mencatat masa yang lebih baik dari itu. Mungkin bawah 7:30min/kilometer boleh dilakukan.
Tapi aku akur sebab tiada latihan yang mencukupi (sebulan tak berlari, minggu ini aku baru memulakan larian 7km dan 3km). Jadi memang ia memberi kesan. Kasut pun masih pakai yang lama dimana ada sedikit kesan pada kaki. Teringin nak pakai larian yang best-best tapi bajet tak mengizinkan. Korang yang duit terlebih tu bolehlah tengok kat Lazada (gambar bawah). Mana tau ada yang berkenan..


Aku ada juga menegur seorang uncle yang memang hebat juga. Walaupun aku dapat memotong dia di saat akhir tapi boleh tahan juga dia lari. Ini beri inspirasi kat diriku. Ooo ye, selain acara larian ada juga fun run yang disertai keluarga dan ada juga OKU yang menyertai acara ini. Korang boleh tengok Facebook Nak Sihat Run n Ride 2017.

Sampai je ke garisan penamat aku dibekalkan dengan sarapan dan air mineral. Alhamdulillah berjaya menamatkan satu lagi acara larian. Lepas ni nak kena mula kembali latihan dan kena lebih gigih lagi. Target lepas ni nak cuba masuk acara di luar Melaka pula.

8 thoughts on “Sertai Larian Nak Sihat Run N Ride 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *