Lawatan ke MAGIC

Pada hari Khamis lepas aku dan rakan sepejabat telah melawat pejabat MAGIC di Cyberjaya. Er, korang tau ke apa itu MAGIC? MAGIC ni bukanlah tempat kumpul silap mata tau. Tapi singkatan bagi Malaysian Global Innovation and Creativy Centre atau mungkin dalam bahasa Melayunya Pusat Kreatif dan Inovasi Global Malaysia.

Aku pergi ke sana menaiki kenderaan sendiri sebab ada masalah teknikal pada kenderaan Jabatan. Yang lain dapatlah naik kenderaan jabatan tapi aku kena korbankan. 4 orang menaiki Bluwie (Saga)bapaku. Nak bawa Myvi SilverRay tak berani sebab ‘aircond’ masih tak betul-betulkan lagi. Apakan daya kereta 8 tahun ni memang selalu bermasalah dengan ‘aircond’. Aku nak beli tak terdaya-daya lagi. Inilah akibatnya tak memulakan penjagaan dari awal. Sekarang ni kalau nak betulkan mau ribu-ribu juga.

Berbalik kepada cerita asal, aku bergerak dari opis kira-kira jam 8.45 pagi. Memandangkan aku bukanlah pemandu yang laju maka aku tak menunggu kereta jabatan sebaliknya terus ke destinasi. Tapi macam biasa, perut kena isi untuk sarapan dan singgah di RnR Nilai. Masuk ke Exit Kajang dan mengikut Google Maps. Sekali kenderaan Jabatan yang gerak lambat sikit yang sampai dulu berbanding aku yang sedikit sesat. Co-pilot pun tak berapa pandai sangat lagikan si driver ni. Sampai ke pejabat MAGIC kira-kira jam 11.00 pagi. Nasib baik memang dalam jadual pun ketibaan pada jam 11.00 pagi maka takdelah lambat sangat kot.

Sesampainya aku di sana, En Farhan (senior marketing MAGIC bahagian kerajaan) memulakan bicara. Bercerita serba sedikit tentang apa itu MAGIC sendiri. Memang boleh dikatakan ramai yang tak tahu tentang MAGIC ni. Ianya sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Kerajaan bagi menjadi pusat untuk mengumpulkan kreativiti dan inovasi di Malaysia. Memang kalau ikutkan ada agensi seperti Yayasan Inovasi Malaysia tapi MAGIC lebih memfokuskan terutama pada keusahawanan. MAGIC ini telah ditubuhkan pada tahun 2014 dan dirasmikan bersama oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Razak dan President Amerika ketika itu, Barack Obama. Matlamat utama untuk mewujudkan platform inovasi dan kreativiti di kalangan ramai Malaysia dimana ianya dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Bahagian Kewangan, Tan Sri Dr Irwan.

Selepas itu, rakan beliau, En Nizam pula memberikan ceramah beliau tentang apa yang telah dilakukan di MAGIC. Banyak benda yang diceritakan termasuk mengenai STARTUP. Aku memang teramat tertarik dengan STARTUP ni sebab memang ada impian nak bangunkan ia. Kalau ikutkan banyak juga aku cerita anganku nak ada STARTUP tapi masih belum ada langkah lagi. Bila aku dengar ceramah ini, nampak sedikit sebanyak bahawa apa yang inginku laksanakan mungkin mampu direalisasikan sedikit masa lagi. AMIN.

MAGIC adalah agensi yang boleh membantu terutama kepada orang muda di luar sana untuk mengubah persepsi dari hanya makan gaji kepada membentuk perniagaan dan memberikan gaji kepada yang lain. Beliau juga menceritakan tentang beberapa syarikat yang berjaya melalui MAGIC sehingga ke peringkat antarabangsa. Malahan, Grab (STARTUP perkongsian kereta) juga mendapat bantuan dari MAGIC pada satu masa dahulu. Sedikit sebanyak memberikan semangat untuk diriku maju.

dobybox
Perkhidmatan Dobi menggunakan aplikasi dengan disediakan loker untuk meletakkan baju

Lepas habis ceramah sesi melawat ke pejabat MAGIC. Memang menarik dan membuka mata tentang rekabentuk dan persekitaran di MAGIC. Bagi anda semua, MAGIC juga menyediakan platform untuk anda mempunyai pejabat kecil di sana. Dengan ruang yang luas anda boleh berkongsi infrastruktur seperti Internet, faks, dewan, bilik mesyuarat dan sebagainya. Tempatnya memang agak selesa dan pasti memberikan ruang terbaik untuk melakukan kerja-kerja. Mungkin satu hari nanti aku boleh menyewa di sana sebab kadar sewaannya pun murah. Kira-kira bawah harga pasaran. Cuma agak jauh sikit dari orang luar tapi kira oklah tu.

Banyak juga syarikat-syarikat yang bertapak di situ termasuklah Majalah Niaga serta syarikat-syarikat dari luar negara. Memang menarik suasana pejabat di sana. Sesuatu yang menarik perhatian apabila kebanyakan dinding boleh diconteng dengan pen marker whiteboard. Macam jadual diconteng sahaja di dinding MAGIC tu.

dinding MAGIC
Dinding MAGIC yang boleh diconteng dengan pen marker whiteboard
MAGIC cyberjaya
Tempat Riadah main pingpong pun ada

Lepas habis melawat tu pergi ke kafetaria dan boleh tahan juga masakannya. Memang menyelerakan jugalah. Habis je ada sessi bergambar dan penyampaian hadiah oleh boss kepada Pengarah Eksekutif pejabat CEO MAGIC. Dalam pukul 3.00 baru bergerak pulang dari MAGIC Cyberjaya ini. Untuk keterangan lanjut korang boleh tengok website MAGIC.

gambar-magic
Bergambar Kenangan di MAGIC
zool plaq obamar
Memandang plaque tandatangan Obama dan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib

Aku harap pengalaman lawatan ini mungkin dapat dimanfaat oleh kawan-kawan opisku terutama dari rekabentuk opis yang boleh diadaptasikan. Okay cukuplah setakat tu hari ini. Dapat lepas KPI tahun ini untuk ada lawatan ke pejabat IT. Mungkin tahun depan nak cuba lawat opis Google plak.

 

4 thoughts on “Lawatan ke MAGIC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *