Macam biasa setiap 31 Ogos aku akan terlibat dalam sambutan Hari Kemerdekaan. Seperti biasa juga akan ada latihan kawad. Tahun ini kontijen agak kecil sebab ada pengurangan peserta tahun ini.
Aku tak boleh nak excuse sebab takde alasan penting. Aku terlibat ketika sesi raptai pada 29 Ogos 2019 dimana kami berkawad dari Dataran Pahlawan hingga ke Hang Tuah Mall..


Macam biasa tiada apa yang boleh ku cerita sangat. Cuma kisah bas lambat yang boleh dikongsikan bersama. Seperti tahun sebelumnya, kami akan menunggu bas tiba di Wisma SAMB di Jalan Hang Tuah.
Kali ini diberitahu bahawa bas akan hanya ambil di Wisma Hang Tuah tanpa singgah ke opis. Jadi aku terus dari rumah ke Wisma SAMB. Terjaga awal pada jam 4.45 pagi dan tak membenarkan diri untuk tidur.
Siap-siap mandi dan solat subuh pergerakan aku adalah pada jam 6.00 pagi. Sekali bawa kereta tengok lampu minyak pula berkelip-kelip. Aduhai masak ni tapi ku gagahkan juga. Tengok stesyen minyak takde pula yang buka pada pagi-pagi ni.
Alhamdulillah sempat juga tiba di Wisma SAMB jam 6.45 pagi. Tunggu bas yang dijanjikan akan menunggu dan gerak jam 7.00 pagi tapi tak jadi kenyataan. Ada seorang rakan memberanikan diri meminta simpati bas Kastam untuk menghantar.
Alhamdulillah permintaan kami ditunaikan dan tiba di Dataran Pahlawan kira-kira jam 7.30 pagi. Kali ini agak padat dan tak sempat nak bergambar. Macam biasa, aku akan berada di barisan tepi sekali sebab langkah kawadku sumbang.
Ye, selalu tersalah langkah dan elok diTEPIkan. Kalau ikutkan aku tak layak masuk tapi dah tak cukup orang maka masuk je la korum. Korang boleh tengok video dan gambar-gambar di bawah. Memang susah sikit nak cari tapi boleh jumpa kalau pandai..

Okay, itu serba sedikit tentang perarakan. Apa agaknya cerita Merdeka Tahun ini? Adakah Sayangi Negaraku sudah cukup menyentuh hati kita semua dikala perpaduan sesama kita agak goyah kini.
Perbalahan antara satu sama lain terutama dari komposisi kaum juga amat merisaukan. Adakah anak kita nanti mampu mengecap Hari Merdeka seperti sekarang? Tak mampu untuk kita katakan. Semoga Malaysia terus bersatu padu antara satu sama lain.

Jarak Perbarisan Dari Dataran Pahlawan ke Jalan Hang Tuah yang dicatatkan oleh GPS Olike Neo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.