Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Agak lama ku meninggalkan blog ini. Terlalu banyak pemikiran bersarat dalam hati ini. Dan hal Persatuan Penduduk merupakan salah satu penyebab keGAGALan aku untuk mengemaskini blog ini. Mungkin ALASAN tetapi realitinya, aku sedikit terganggu dengan hal persatuan penduduk ini. Bukan sebab isu masalah penduduk tetapi sebaliknya hal untuk menubuhkan persatuan yang masih tidak berjaya direalisasikan.
Sekiranya anda mengikuti perkembangan blog ini mungkin sudah mengetahui bahawa aku kini berada dalam AJK tertinggi persatuan penduduk . Memang bukan tugas mudah berjawatan selaku Setiausaha Persatuan Penduduk, apatah lagi selaku AJK penaja, ia akan menuntut komitmen yang tinggi. Menambah berat apabila tiada AJK yang cukup berpengalaman dalam hal berpersatuan ni. Jadi aku mengambil tanggungjawab memandangkan mempunyai sedikit pengetahuan dalam dokumentasi.
Selepas hampir empat bulan namun masih ada isu yang belum diselesaikan iaitu pelantikan AJK Tertinggi. Tahukah anda apakah AJK Tertinggi itu?AJK Tertinggi bagi persatuan adalah Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Ini merupakan jawatan yang amat penting bagi menghidupkan persatuan. Dalam kes Persatuan Taman aku ni, Bendahari agak kritikal. Sebelum ini, pelantikan secara paksa rela ditujukan kepada pomen di PUSPAKOM. Berdasarkan pemerhatian aku, ianya akan member kesulitan kerana Bendahari ini memerlukan kemampuan teknikal dari segi kewangan. Penting juga untuk mempunyai skill menggunakan spreadsheet. Sebelum ini cuba melantik seorang wanita berbangsa Cina tapi nampaknya seperti mengharapkan sesuatu yang tak pasti.
Tukar AJK Tertinggi Persatuan
Jadi aku berbincang dengan Pengerusi dan ada cadangan baru. Pertukaran dimana Pengerusi menjadi Setiausaha , aku ditukar ke Bendahari dan pelantikan Pengerusi baharu. Walaupun aku agak lemah tetapi sanggup juga untuk mencuba lagi. Aku telah pergi ke ROS Melaka pada hari Khamis sempena cuti rehat(sanggup aku korbankan cuti rehat untuk hal ni).. Aku bertanya pegawai di sana (Encik Halim). Beliau memberitahu untuk menukar Bendahari tiada masalah, perlu dapatkan persetujuan dari AJK dan boleh tukar di sistem. Kelulusan boleh dikeluarkan dalam sehari sahaja. Berbeza dengan Setiausaha kerana ada pendaftaran baharu oleh bakal Setiausaha dan memerlukan kelulusan dalam tempoh 7 hari bekerja. Sedikit leceh berbanding menukar jawatan Bendahari.
Penamaan AJK Tertinggi ini penting terutama untuk pendaftaran akaun bank. Berdasarkan Perlembagaan Persatuan (ikut Perlembagaan ROS), Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari merupakan individu yang mempunyai kuasa untuk menandatangani cek. Maksudnya, ketiga-tiga penama dalam jawatan tersebut perlu ada untuk menandatangani bagi pembukaan akaun bank. Ianya bukan satu tugas yang mudah untuk mengumpulkan mereka ini yang mempunyai komitmen lain
Walaubagaimanapun keputusan akan dilakukan dalam mesyuarat akan datang. Kita tengok dulu bagaimana keputusan AJK . Mungkin ada yang sanggup berkorban memegang jawatan tu.Untuk mendaftar Pertubuhan sila layari laman web https://www.eroses.gov.my/
Selepas selesai berbincang di ROS aku pergi sekejap berjumpa rakan berbincang tentang projek inovasi. Nampak ada yang nak dibuat tetapi eloklah dirahsiakan dahulu. Habis je aku terus pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pergi ke LHDN dapat nombor 6166 dan nombor yang sedang dilayan adalah 6116. Memang menunggu hampir sejam sebelum nombor dipanggil.
Selesai E-Filing 2018
Sebenarnya aku pernah buat e-filing pada tahun 2016 dan pada waktu itu tak dikenakan cukai. Agak risau pada tahun 2018 kerana dapat bonus yang mengakibatkan pendapatan lebih dari sebelumnya. Aku memasukkan maklumat-maklumat yang dikehendaki. Rupanya banyak rebat yang boleh kita dapat. Antaranya zakat, perbelanjaan insuran dan sebagainya. Nasihat aku, catat perbelanjaan bulanan anda semua. Mungkin sekarang ni dah boleh buat kira-kira untuk tahun hadapan. Aku rasa tahun depan boleh buat sendiri kat rumah je. Cuma sekarang dah kena bersedia untuk menyimpan bukti-bukti. Kalau beli komputer, kasut sukan pun boleh dapat rebat tapi kenalah bersedia dengan resit kalau tetiba Lembaga datang kat rumah .
Alhamdulillah untuk tahun ni pun aku tak layak untuk dikenakan cukai juga. Jadi bolehlah tenang sikit. Tapi kena bersedia juga , manalah tau tetiba ada kesilapan. Penat pula nanti nak membayarnya. Nasihat aku, daftar je e-filing ni sebab kita boleh tahu samada dikenakan cukai atau tidak. Kalau kena, bolehlah bersedia untuk bajet akan datang.
Kalau korang nak buat e-filing kat rumah cuba layari laman web ni https://ez.hasil.gov.my/CI/
Sekian
Ada tak cara pertukaran jawatan setiausaha dalam persatuan secara online
tak pasti samada boleh tukar secara online sebab pemegang akaun tu setiausaha..
saya pun nak tukar sebenarnya..
Buat secara online dlm website e roses…penukaran stiausaha
betul.. tapi kena ada persetujuan bersama.
Jika presiden Dan setiausaha suami isteri Dan bendahari abang kpd presiden KELAB bolehkah buat akaun kelab atau macmana?
Tengok perlembagaan Persatuan tuan..
kalau ikut Perlembagaan standard memang takde menyatakan tak boleh..
tapi agak kelakar, masa pemilihan AJk tak de yang tau ke?
Assalamualaikum tuan…bayaran keahlian penduduk tujuan untuk apa ye…dan setiap AJK ada elaun atau saguhati untuk mengurus persatuan…
apa=apa pun tuan kena tengok perlembagaan persatuan penduduk tuan..
tentang bayaran persatuan tu, tuan boleh tengok bila dibentangkan dalam mesyuarat agoung persatuan.
AJK ada elaun atau saguhati tu boleh diputuskan oleh AJK..
cuma pendapat saya, kalau AJK takde elaun, takde siapa nak buang masa uruskan semua ni..
kalau tuan tak berpuas hati kena maklumkan dalam mesyuarat agong dan boleh mempersoalkan tentang bayaran tersebut..
pendapat saya la kan.. jadi AJK ni kena banyak berkorban.. tenaga masa dan duit..
kalau ahli tak setuju boleh je gulingkan AJK masa mesyuarat agong atau adu pada persatuan..
tapi secara jujurnya bukan senang nak ada persatuan penduduk ni kalau tak bersatu hati..