Minggu yang mana aku tak termampu untuk mengemaskini blog-blog. Bukan sahaja blog ini, blog-blog aku yang lain pun terbengkalai dan bersawang juga. Nak naik kerja lepas cuti TAHUN BARU CINA ni aku cuba pulun sikit tulis artikel mengenai diri.
Jadi kepada yang baca ni, aku buat poin-poin supaya korang boleh pikir nak layan ke tak.

Pasang Sistem Angka Giliran di Pejabat
Bukan aku yang pasang sistem angka giliran ni tapi pembekallahkan. Tapi memandangkan aku orang IT dan biasanya orang IT kena handle barang-barang yang ada teknologi kenalah aku belajar sikit sebanyak.
Sebenarnya aku dah lama contact pembekal sistem giliran kaunter ni. Kalau ikutkan dari tahun lepas lagi dah cari tapi atas sebab lambat pada tahun lepas jadi ku bawakkan ke tahun ni.

Kalau ikutkan hati memang aku malas nak cari tapi disebabkan diminta oleh ahli tertinggi opis maka kuikutkan juga. Kalau korang pernah follow, aku pernah jumpa satu ‘STARTUP’ buat sistem giliran ni tapi banyak sangat karenah sampai aku terpaksa batalkan.
Dan akhirnya aku cari kat internet dan jumpa QUeuebee.Aku tak boleh cerita berapa harganya sebab rahsia. Dan pada hari Sabtu lepas aku singgah opis untuk setup serba sedikit sistem angka giliran ni.

Mencuba menggunakan sistem giliran di kaunter
Mencuba menggunakan sistem giliran di kaunter

Korang tau apa itu sistem angka giliran? Kalau korang pergi ke bank, pejabat pos atau sebarang opis yang memerlukan menunggu akan ada sistem sebegini. Banyak jenama berada di pasaran dan terpulang kepada korang nak pilih yang mana. Aku tak bolehlah nak bagi cadangan. Terpulanglah pada keperluan dan bajet masing-masing.

Sistem Giliran yang digunakan di pejabat.
Sistem Giliran yang digunakan di pejabat.

Alhamdulillah nampak agak mudah juga nak gunakan sistem ni. Harap-harap pihak atasan berpuas hati dan aku boleh menumpukan kepada kerja-kerja lain yang tertangguh.

Kursus Pengurusan Vot
Hari Khamis lalu pejabat aku mengadakan kursus pengurusan Vot bagi setiap unit. Korang tau apa itu Vot? Vot adalah satu rekod kewangan kerajaan yang disimpan oleh pemegang waran mengikut AP95 untuk merekod perbelanjaan, tanggungan peruntukan dan pelarasan urusniaga. Ia merupakan punca maklumat untuk menyediakan laporan berkenaan perbelanjaan, tanggungan dan baki peruntukan. (Institut Perakauan Negara).
Kiranya aku belajarlah sikit sebanyak tentang camne nak menguruskan perbelanjaan unit. Memang agak pening sebab ada kira-kira yang perlu dipelajari. Jadi aku tak nak cerita panjang pasal VOT tu nanti ada yang pening pula. Sedangkan aku yang belajar dari pakar pun pening lagikan korang pula nak baca dari aku yang tak pakar ni.

Kursus 2 hari tu diadakan di Puteri Resort, Ayer Keroh. Resort ni agak ke dalam sikit dan tak nampak dari jalan utama. Tapi landmark dia adalah ‘ Petronas Ayer Keroh’ dan ‘Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negeri Melaka‘. Secara amnya, agak selesa juga kursus diadakan di sana cuma takde wifi free. Sampai ada yang tanya kat aku camne nak connect wifi kat situ.
Makanan dia pun agak sedap juga dengan masakan ala kampung. Masa kami kursus tak ramai orang jadi memang selesa juga nak makan. Parking pun selesa juga mungkin sebab tak ramai.
Pada keseluruhannya memuaskan bagi kursus ini. Okay tutup cerita kursus ni. Mesti korang tertanya-tanya kan ? Asik-asik kursus je pejabat si ZOol ni kan. Ye, aku pun tak boleh nak jawab tapi memang banyak benau tahun ni. Sampai minggu depan pun ada kursus yang aku handle pula.

Berenang di Pantai Kuala Linggi
Hari Sabtu pula aku balik seketika ke kampung. Aku melalui lebuhraya SPA selepas mendapat maklumat di mana kawasan Alor Gajah banjir sehingga menyebabkan jalanraya digenangi air dan ditutup.Alhamdulillah perjalanan ke Kg Nelayan, Kuala Linggi dapat berjalan dengan lancar. Cuma sekarang ni aku menghadapi masalah dengan kereta. Bearing semakin kuat bunyinya. Harap-harap mampu ia bertahan sehingga gaji bulan Februari ni nanti.
Kalau tak MASAK le bajet bulan ni. Pergi ke Kuala Linggi selain melihat jiran-jiran aku juga menunggu adik dan abang yang nak bermain air laut di Kuala Linggi tu. Mula-mula aku dah layan dulu dari pukul 9.30 sampai pukul 10.30. Tapi kena tunggu adik yang datang lambat. Nasib baik masa sampai hujan rintik-rintik dah berhenti dan kami pun layan. Yang paling suka adalah anak buah perempuanku. Walaupun belum tahu berenang tapi seronok dia main air laut.

Menjadi pemerhati tatkala adik bermain dengan anaknya
Menjadi pemerhati tatkala adik bermain dengan anaknya

Aku pula berlatih berenang di kawasan tersebut. Masih belum boleh berenang sangat tapi ada sikit kemajuan dari segi apungan badan. Inilah hasil belajar dari ebook Tips Belajar Berenang. Dapat sikit mempraktikkan apa yang dipelajari.


Laut Kuala Linggi ni memang meriah bila hari-hari cuti. Time aku sampai ada dalam 4 ‘family day’ ada disana. Aku yang bersama isteri dan adik-adik datang waktu mereka sudah habis aktiviti. Jadi memang agak luas juga kawasan untuk bermain air. Cuma yang tak best sebab kawasan agak banyak batu. Memang sakit-sakit juga kaki kami.

Habis berenang dalam pukul 1.30 petang dan selepas menyalin pakaian di rumah Makcik Timah (nenek berusia 84 tahun) kami pergi cari makanan. Aku tak berapa tau kedai makan di kawasan berdekatan dan pergi kat Pengkalan Balak. Ada satu kedai ‘Asam Pedas‘ yang tak ku ingat namanya. Agak malu sebab makanan kat situ lambat dan order air pun dekat 10 minit sampai. Cuma harga boleh tahan murah tapi nampak gayanya tak singgah situ kot.
Lepak rumah sedara dan balik sampai rumah dalam pukul 7.00 malam. Tak sempat aku nak dengar ceramah kat Masjid An Nur, Taman Maju. Takpelah. Mungkin di lain kali..

Okay cukuplah serba sedikit artikel minggu ni. Sambil-sambil tu kalau ada pembaca berbangsa Cina , aku ucapkan ‘SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA ‘. Oo ye, rumah bapaku pun terlibat juga dengan banjir. Cuma tak sampai ke tahap teruk lah. Cuma dibahagian belakang rumah sahaja.

Banjir di belakang rumah. Agak kotor dan laju air disitu
Banjir di belakang rumah. Agak kotor dan laju air disitu

5 Replies to “Pasang Sistem Angka Giliran, Kursus Pengurusan Vot dan Berenang di Kuala Linggi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.