Lebih seminggu juga aku tak menaip di blog ini. Agak sibuk dan kepenatan melanda diri. Lepas habis kursus pun tak berkesempatan untuk menaip. Apatah lagi hari Sabtu pun kena kerja kemaskan fail lagilah tak terlarat aku nak mengadap laptop ni.
Ditambah pula anak aku dah merayap dan merangkak. Memang sibuk lah nak menengok dia. Kena tengok sebab kadang-kadang dia sauk je apa ada kat depan dan masuk mulut. Memang kena hati-hati. Kena juga buat dekorasi bagi mengelakkan anak kecilku menghadapi bahaya.
Sedar tak sedar dah habis sebulan tahun 2016. Macam kejap sangat je kan. Tapi inilah dia putaran hidup. Nak kejar memang tak terkejar tapi jangan tertinggal sampai nak kena hambat pula. Kalau masa di ligakampung.com dulu aku tulis panjang lebar tapi untuk blog ni aku ambil yang penting sahaja untuk dikongsikan.
Memang ada beberapa pencapaian yang aku dapat lakukan dalam bulan Januari 2016. Antaranya ialah :-
1) Aku berjaya memecah rekod jarak larianku. Azamku untuk cuba mendapatkan larian melebihi 10 km dalam tahun ini tercapai jua. Kalau ikutkan pada awal Januari aku hampir mencapai jarak 9 kilometer namun catatan tersebut berjaya kusudahkan pada 30 Januari lalu. Larian perlahanku itu mengambil masa 1 jam 44 minit untuk ditamatkan.
Aku berbangga walaupun perlahan namun konsisten hingga ke penamatnya iaitu dirumahku. Pasti ia menjadi pemangkin untukku terus berlari lagi.
2) Berkenaan larian juga. Aku telah mendaftar 2 acara iaitu pada bulan Februari dan April nanti. Satu di Merlimau iaitu PMM Colour Run dan Melaka Heritage City Half Marathon.
Satu acara 7 km dan satu lagi acara 12km. Satu cabaran yang aku perlu laksanakan. Untuk itu aku perlu melakukan latihan yang mencukupi sebelum bertarung dalam acara tersebut. Sudah pasti mustahil untuk menang yang penting aku mampu menamatkan dalam masa yang mampu untuk mengapai medal penamat. Itu yang penting.
3) Meninggalkan RM500 baki pinjaman PTPTN. Niat dihati nak selesaikan sahaja tapi ada ketentuan lain. Maka aku tahankan niat untuk tamatkan sekarang. Inshallah dalam 3-4 bulan mampu selesaikan lagi baki RM500 tu. Kalau ada rezeki terpijak dari blog mungkin mampu kot nak selesaikan lebih awal.
4) Selaku ketua unit ICT di pejabat, aku berjaya membelanja 3 orang kakitangan bawahan ku sempena pertukaran unit masing-masing. Agak sedih sebab mereka baru je berkhidmat kurang dari 3 tahun tapi apakan daya. Tapi tetap juga akan berjumpa mereka dari semasa ke semasa. Semoga kakitangan bawahku ini lebih cekap dari yang sebelumnya.
Aku melayan ikan bakar di Medan Selera MBMB di Crystal Bay di gerai Kak Ros. Bolehlah tahan HARGANYA. Nak kata murah tidaklah, terlalu mahal pun tidak. Sedang-sedang je la.
Okaylah cukup artikel singkat kali ini. Aku masih mengharapkan sinar kejayaan pada tahun 2016 ini untuk kita SEMUA. Sekarang ni tengok ekonomi agak teruk dan tempiasnya kena kat kita juga. Harap-harap akan menjadi baik tahun ini,
wow..bro dah jadi ketua unit tu..memang terbaik sangat la..
biasa je pun..
ketua Unit tapi guna diploma je
tuan jabatan it kat mana ya? kot la boleh exchange business card. nanti wasap saya 0122195919
kat melaka
oo kat melaka. jauh juga tu. anyway salam perkenalan
bayar habis la ptptn tu bulan depan.
lega sikit dada dan jantung nanti.
lagi 2 bulan kot.. bulan depan nak kena standby kete.. ada bunyi2 tu
x sangka en ni orang melaka PMM tu poli merlimau kan…adui rindu dgn melaka 7tahun berkhidmat di sana poli melaka
saya org melaka tapi bukan keje kat poli .. yup PMM tu poli merlimau.. saya masuk event lari..
bila terbaca ptptn tu alahai, banyaknye lagi hutang ptptn saya..bila nak habis ni
ala pandai-pandai bayar.. lama2 habis le
pencapaian yang bagus..wah ptptn dah tinggal rm500..tak banyak tu…gud job!smoga cepat2 dpt bebas hutang ptptn ye..