Alhamdulillah, aku baru sahaja selesai menyertai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka bagi sesi 1440H/2018M.
Tahun ini tema sambutan hari kelahiran nabi junjungan umat Islam, Nabi Muhamad iaitu ‘ Menyantuni Umat, Membawa Rahmat’. Satu tema yang menunjukkan betapa Nabi Muhamad merupakan contoh terbaik dalam menjaga umat Islam.

Tahun ini kami berpakaian baju Melayu warna biru ala-ala warna tema parti politik yang menang pilihanraya tempohari. Hehehehe. Bukan sebab tu rasanya cuma ia adalah pilihan pegawai tertinggi di jabatanku.
Agak lewat menerima baju ni. Hanya pada hari Khamis lalu baru terima pakaian. Nasib baik baju ni agak selesa dipakai. Agak risau sebab saiz badanku pada tahun ini adalah dalam lingkungan 60-62 kg berbanding pada perarakan tahun lepas iaitu sekitar 65kg.
Nasib baik sebelum itu ‘tailor’ telah membuat ukuran yang tepat. Kalau diikutkan ada beberapa orang rakan yang komplen dengan saiz yang tidak kena pada badan masing-masing.

Seperti sebelumnya, aku sampai awal sekitar jam 6.30 petang dan menunggu van yang tiba dalam jam 6.45 pagi. Tunggu penumpang lain dan kami pun bergerak kira-kira jam 7.15 pagi ke Stadium Hang Tuah. Tahun ini penyertaan kurang berbanding tahun sebelumnya.
Tapi agak malang sebab kali ini, kami di no 91 iaitu antara peserta terakhir. Selepas acara perarakan dirasmikan kami bergerak kira-kira jam 9.45 pagi iaitu agak lewat berbanding sebelum ini. Kami tiba di Masjid Al Azim kira-kira jam 11.00 pagi. Agak memenatkan berbanding tahun sebelumnya.
Mungkin sebab menunggu dan juga ada banyak berhenti-henti ketika garisan penamat. Apapun ia satu lagi kerja tahunan yang memang akan dilakukan setiap tahun. Dapatlah sepasang baju Melayu free.

Tahun ni lepas sampai dan bergambar aku terus balik. Tak pergi survey makanan kat kawasan Masjid tu.

Beramai-ramai dengan berbaju biru
Hampir sampai di Masjid Al Azim
Bergambar selepas sampai di persimpangan di Masjid Al Azim

Semoga perarakan ini sedikit sebanyak memberikan pengajaran dalam hidup kita sebagai umat Nabi Muhamad. Insyallah

3 Replies to “Perarakan Maulidur Rasul 1440 H peringkat Negeri Melaka”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.