Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selesai sudah majlis aqiqah anak keduaku pada hari Sabtu yang lalu. Memang agak penat namun kugagahi juga untuk menulis bagi mengenang kembali kisah ini.
Bukan mudah untuk melaksanakan program ini. Meskipun kecil sahaja tapi cabaran memang ada. Perancangan dah dibuat seawal sebulan lagi. Isteriku yang mengambil tarikh 30 Julai 2022 bersempena 1 Muharam 1444H.
Tarikh yang mudah diingati. Cabaran utama sudah pastilah menyediakan bajet perbelanjaan. Secara jujurnya ada kesempitan juga tapi bernasib baik duit simpanan tetap matang pada bulan Julai ni maka bolehlah gunakan.
Meskipun tidak mencukupi untuk perbelanjaan semua namun bantuan dari isteri dapat mengurangkan beban.

Mula-mula aku mencari kambing aqiqah dan seperti anakku, perkhidmatan dari Ansal Ternak menjadi pilihan hati.


Aku tak pasti dari segi harga tapi dari segi service memang telah terbukti. Untuk perkhidmatan katering pula aku menggunakan syarikat yang sering membekalkan untuk opis termasuk juga khemah dan kerusi meja.
Untuk kambing kali ini ditumbangkan 2 ekor iaitu satu biri-biri dan satu kambing biasa. Harga tak boleh bagitau sebab harga kawan-kawan. Untuk kali ini ada keistimewaan sebab aku yang menyembelih kedua-dua ekor kambing tu.
Meskipun ada sedikit risau tapi alhamdulillah berjaya juga buat dengan bimbingan rakan yang juga pengurus di bahagian Ansal Ternak Agro Farm ni.

Untuk katering ada sedikit masalah pada balai khemah yang sampai lebih awal dari sepatutnya. ALhamdulillah berjaya juga disempurnakan dan majlis diadakan pada Sabtu.
Majlis berjalan lancar namun ada beberapa perkara yang aku akan perbaiki. Antaranya :-

1) Kena ada pembahagian tugas antara keluarga. Ada sedikit kekurangan dari segi perkakasan. Nasib baik tak berapa kelam kabut pada hari kejadian bila pihak Marhaban datang awal dari jam yang sepatutnya.
Aku pun tak sempat mandi dengan sepenuhnya pada hari tersebut.

2) Jemputan. Ikutkan target pengunjung sekitar 150 keluarga tapi berdasarkan goodies, mungkin tak sampai 100 keluarga pun. Mungkin aku terlalu ikut pada para jemputan tu.
Ye lah, opis dah jemput dalam group. Sedara mara pun dalam group. Tapi lauk masih banyak berlebih. Mungkin lepas ni target hanya sekitar 100-120 sahaja dan kena buat jemputan secara private atau kad.
Kesilapan lain ialah tidak jemput semua orang dalam Taman ni.. Nampak tak popular diri ni. Ye lah, budak opis pun ramai yang tak ngam dengan aku. Kalau ikutkan dari 60 staff hanya 10 sahaja yang singgah. Kira oklah tu kan.
Mungkin sepatutnya kena ajak lebih ramai orang kampung sini. Takpelah. Mungkin belum popular lagi. Lepas ni kena perbanyakkan aktiviti kejiranan supaya ada ramai jemputan lagi.

3) Pembuangan sampah. Ye lah bila dah selesai majlis aktiviti buang sampah. Agak mencabar sebab kalau nak letak kat luar nanti dikokak anjing. Aku jumpa satu tempat di pasar tapi ia mengambil masa 20 minit untuk pergi balik.
Kena cari tong besar yang lebih dekat untuk memudahkan kerja-kerja pembuangan sampah..

Apapun itu serba sedikit yang perlu diperbaiki. Almaklumlah ini kali pertama aku buat majlis kenduri di taman ni. Akan jadi pengalaman untuk buat kenduri di masa hadapan.

Kambing yang disembelih olehku
Khemah majlis
Bergambar bersama makcik dan pakcik saudara
Watak utama dalam majlis ini

Sambil tu boleh layan-layan video di majlis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.