Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Ketika aku menaip entri ni, dah masuk 9 Syawal. Ikutkan dah tak berapa nak beraya lagi . Aku juga hampir lupa nak buat entri sedangkan sebelum-sebelum ni ada je buat entri walaupun agak busy. (Raya 2022 , Raya 2021 , Raya 2020). Tapi aku gagahkan juga menaip entri untuk Hari Raya Aidilfitri 2023 untuk tatapan dan koleksi diri. Dan kalau ada pembaca yang masih sudi membaca.
Sebelum cerita part Hari Raya , aku nak cerita hari mantai (hari sebelum Raya).. Nak dijadikan cerita, paip depan rumah mak ku patah. Tak boleh tutup la. Air pun menyembur keluar. Abangku yang memang kurang dalam pertukangan ni pun mengelabah. Aku nak keluarkan skill paip tapi main paip pun tak boleh tutup. Lagilah masalah. Dah le esok nak raya. Cubalah juga aku mendapatkan plumber berdekatan. Walaupun pada mulanya call tak berangkat, dapat call pula macam tak nak. Tapi akhirnya datang juga. Memang mencabar juga dia nak buka sebab pressure air yang kuat dan paip pecah tu kena guna peralatan dia.. Kalau harap aku memang lagi jahanamlah paip tu.
Dapatlah diselesaikan manakala untuk main paip kontraktor SAMB datang pada keesokan harinya. Yang lagi cantek bila kena beli stopcork dari kontraktor tu dengan harga RM30. Makan dua-dua belahlah kontraktor tu. Mesti SAMB pun kena bayar dia juga kan?
[ Boleh Beli Stop COrk kat sini ]
Itu cerita hari sebelum raya. Seperti yang kita tahu , tahun 2023 ni tak mengejut macam tahun 2022 . Aku takde apa-apa persediaan sangat. Alhamdulillah ada rezeki lebih juga untuk tahun ni dan belilah sedikit persiapan raya untuk anak-anak dan isteri.
Pada Hari Raya pertama, macam biasa aku ke rumah mak dan terus ke Kuala Linggi. Tiada apa yang istimewa sangat, Cumanya tahun ni, aku beraya berempat. Kalau tahun 2015-2022 bertiga, kini berempat. Untuk BERLIMA tak tahu lagi sebab masing-masing dah 4-series.
Raya kedua pula majlis family day belah arwah bapakku. Memang tetiap tahun ada. Untuk kali ni gambarku takde. ALmaklumlah aku tak popular, jadi takde gambar yang boleh dibanggakan kecuali gambar ketibaan yang tak berapa nak bersiap ni..
Hari ketiga bergerak sikit aku dari rumah. Pergi ke Palong 3 rumah sedara. Bergerak dari Tampin ke Palong 3 mengambil masa 1 1/2 jam. Agak lambat sebab masuk simpang yang salah . Jem la apa lagi. Memang berpanas juga sampai bayi usia 10 bulan terpaksa berlengeng dalam kereta. Apapun selamat juga sampai dengan jayanya. Nasib baik kereta Viva baru ganti kompressor. Adalah aircond juga cuma tinted je la takde. Berpinau juga mata ni.. Kalau sebelum ni akan pergi ke Segamat tapi tahun ni tak pergi bagi menghormati makcik yang sakit. Tak mau dia layan ramai sangat tetamu.
Hari ketiga aku dah masuk kerja. Jadi takde apa yang menarik. Masuk kerja pun mood raya .
Hari keempat lepas jalan di Alor Gajah, kereta Myviku pula buat hal. Side Mirror belah pemandu patah pula. Kalau sebelum ni belah penumpang patah sebab anak bergayut , kali ini belah pemandu pula. Ikutkan memang pernah patah masa ngajor adik bawak kereta. Tapi dapat diselamatkan di Tangkak, tapi kali ini memang kena tukar baru. Hantar ke bengkel berdekatan sebab malas nak cepat. Kenalah RM180.00.. Hehehehe. Memang cantek dia markup. Kalau ikutkan harga bawah RM100 pun ada.. Tapi nak buat camne. Dah sendiri tak boleh pasang, percaya je la ngan apek ni.
Memang cabaran juga ni. Tapi hadapkan aje.. Inilah dia bila memiliki kereta, pelbagai perlu dihadap.
Okaylah itu serba sedikit cerita Raya 2023. Malas pula nak taip panjang-panjang. Selamat Hari Raya untuk korang yang membaca entri ni
Ni videonya
Side MIrror Kereta Tercabut
Yang mana reti DIY tu boleh Beli Side Mirror Myvi kat sini. Murah tu.
Sambil tu boleh layan sikit vlog raya aku yang tak seberapa ni