Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni usiaku bertambah ke 43 dan masa untuk ku berada di bumi semakin berkurang.
Orang pertama yang wish sudah pasti isteriku. Terima kasih atas ucapan selepas solat Subuh pagi tadi.

Memang banyak perkara yang tidak dapat ku lupakan dan banyak juga yang semakin dilupakan.
Masih banyak perkara yang perlu aku langsaikan. Sedikit kerisauan tentang kesihatan diri ini jadi aku memutuskan untuk kembali memulakan diet pemakanan.
Hari ini iaitu 6 Disember 2021 aku memulakan puasa sunat. Risau sebab minggu ni ada outstation di luar dan makan tidak terjaga.
Mungkin akan memberi kesan kepada kandungan glucose dalam darah yang semakin meningkat.
Apatah lagi keadaan kondisi badan pun telah menurun. Maka aku kena istiqamah untuk terus berjaya meneruskan misi ini.
Mungkin sukar untuk menyembuhkan penyakit diabetes ini tapi aku kena kawal supaya ia tidak melarat.
Bukan apa, kesian pula dengan keluargaku kalau ia menjadi teruk. Dah le anak kecil, jadi aku kena berusaha untuk memperbaiki kesihatan diriku.

Eh, sepatutnya hari lahir di sambut dengan kegembiraan. Ini cerita sedih pula..
Kepada yang membaca artikel ini aku ucapkan terima kasih kerana sudi membacanya.
Semoga aku istiqamah untuk sentiasa menulis di blog ini. Dah terperap lama juga blog ni..
Video Youtube Sempena Hari lahir

Video TikTok sempena Hari lahir
https://www.tiktok.com/@zoolzarizi/video/7038248430736608538?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7038384835735930369

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.