Bagi yang mengikuti blog ini mungkin tahu bahawa aku merupakan seorang yang berpotensi untuk mendapat penyakit diabetes. Diabetes atau bahasa kampung ‘kencing manis’ merupakan penyakit disebabkan glukosa yang tinggi.
Jika sebelum ini Glucose aku mencecah 8.++ mol tapi berdasarkan darah terkini nampaknya Glucose aku telah menyusut ke 6.7 mol. Walaupun telah turun dengan jayanya tapi ia masih berada di paras melebihi sepatutnya. Kalau ikutkan Doktor dah kena ambil ubat tapi dia masih menyarankan aku untuk menjaga diet pemakanan dan kecergasan.
Alhamdulillah walaupun tidak konsisten sangat tapi pemakanan memang dijaga dengan lebih baik lagi. Inshallah aku akan berusaha untuk menurunkan dan agar ia sekata di bawah 6.5 mol selepas ini. Bukan mudah untuk mengawal pemakanan memandangkan aku memang suka makan tapi cuba juga ditahankan terutama makan di waktu malam.
Tips yang mungkin aku boleh kongsikan dan anda boleh praktikkan adalah :-

1) Jagalah pemakanan sehabis mungkin. Makan malam perlu dielakkan selalu. Kalau makan lepas pukul 8.00 cubalah makan yang sup sahaja. Itu pun elakkan yang banyak lemak.
2) Lupakan daging merah. Okay, ia tak berapa berkaitan dengan glucose tapi memandangkan orang diabetes berisiko tinggi dengan tahap kolesterol yang tinggi maka perlulah dielakkan.
3) Ubat doktor perlu konsisten. Setakat ini aku tak ambil ubat kencing manis tapi ada ubat kolesterol iaitu Simvastatin. Kena ikut saranan doktor supaya dapat mengurangkan sikit tahap kolesterol dalam darah.
4) Kurangkan minuman bergula dan selamat tinggal minuman bergas. Aku cuba sedaya upaya untuk elak minuman bergula tapi kadangkala terjebak terutama bila hadiri kenduri kendara. Nak buat camne kan?
5) Banyakkan bersenam. Alhamdulillah sekarang ni budak-budak opis agak rancak bermain bola sepak padang dan futsal. Ini boleh menjadi salah satu aktiviti sihat. Dan terbaharu, aku nak buat comeback main gitar. Main gitar pun boleh mengerakkan bahagian badan tu. Siapa pernah dengar lagu aku kat Youtube? Tengok channel ni. Boleh subscribe sebab tak lama lagi ada lagu baru tu.
Selain tu nak bermula semula dengan aktiviti larian yang agak kelam kelibut di masa ni.

Itu serba sedikit kisahku sebagai pesakit diabetes. Ada ke pembaca yang juga pesakit diabetes? Mungkin kita boleh kongsi serba sedikit pengalaman bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.