Assalamualaikum semua..
Sebenarnya aku masih kepenatan lagi sebab baru je balik dari Program Team Building Jabatan yang dilaksanakan di Kem Sungai Congkak , Hulu Langat Selangor. Ini merupakan Team Building keempat yang Jabatan aku anjurkan . Memang dah biasa setiap tahun akan terlibat dalam program yang mengetengahkan kesemua kakitangan Lembaga Perumahan Melaka ni. Jika sebelum ini kami gerak pada petang Jumaat tapi kali ini kami gerak seawal 8.30 pagi. Macam biasa tak semualah datang pada waktu ditetapkan. Kami gerak dari Melaka kira-kira jam 9.00 pagi.
[ Link Team Building Pertama, Kedua, Ketiga ]
Sampai ke Kem Sungai Congkak kira-kira jam 11.15 pagi. Tempat agak biasa dimana ia lebih kurang kawasan bagi team building kedua dan ketiga. Mungkin tempat ini agak dekat dan lebih banyak kemudahan dari tempat lain.
Sesampainya kami di sana, pihak urusetia memberikan sedikit pengenalan dan kami terus makan tengahari sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Lubuk Kelubi, Ulu Langat. Lepas solat Jumaat dibelanja pula cendol tepi jalan. Adoi,,, Terpaksa lah juga ganggu diet manis. Takpelah nanti nak buat aktiviti berat, mungkin boleh buang sikit sebanyak gula tu.
Lepas je solat Jumaat lebih kurang dalam 2.30 kami terus ke dewan kuliah. Memang macam dewan kuliah masa belajar dulu-dulu. Teringat kenangan 20 tahun yang lepas masa belajar dulu. Pembahagian kumpulan dilakukan. Sekali sama kumpulan pula dengan boss yang ikut serta untuk join aktiviti kumpulan. Kalau sebelum ini beliau tak masuk dalam kumpulan tapi kali ini dia nak join sekali terlibat. Mungkin sebab dijangkakan ini kali terakhir dia terlibat dalam #TeamBuilding Jabatan sebab tamat kontraknya pada hujung tahun ni. Agak kurang selesa sikit lah bila boss sekali dalam kumpulan ni.
Nama kumpulan kami ‘LAMBORGHINI’. Agak kurang catchy berbanding beberapa nama kumpulan lain. Tapi tak ,kisahlah. Janji ada nama Kumpulan kan.. Lepas habis aktiviti kira-kira jam 5.00 petang masih ada masa terluang yang agak panjang. Ada seorang rakan sepejabat ternampak bola kecil dan diambil pinjam untuk dijadikan bahan. Memang mendapat kami bermain tu di kawasan padang yang sempit. Aku pun merasa juga mencium tanah kat padang tu. Ni pun terasa sakit di lutut sebab kena tackle tu. Hahahaha. Main macam main betul-betul je. Tapi memang seronok sebab ramai terlibat sama.
OO ye, bilik kami bernombor 101 tak boleh kunci pada mulanya. Kenalah tawakkal kalau tinggal barang berharga. Lepas tu pula dapat tilam king kena kongsi tiga orang. Adoi. First time kena tidur sekali tiga orang dalam satu tilam. Kalau sebelum-sebelum ni, paling teruk duduk dorm ramai-ramai pun ada tilam dan katil double decker. Yang ni ruang terhad jadi hadap je la.
Malamnya pula kami memulakan aktiviti pertama di dewan kuliah. Mendengar ceramah dari konsultant. Agak membosankan bila dengar ceramah dalam team building ni. Pendapat aku, sesi pengenalan team building kedua dulu yang paling terbaik. Yang ni agak boring sikit. Habis je makan kudapan malam sebelum tidur. Aku lepak kat luar kejap sambil ada seorang kawan ni main gitar. Pergh !! Tetiba je terasa nak main gitar semula. Teringat lagi lagu-lagu lama ciptaanku ( Inginku Miliki, Kisah Duka ) > Chord pun dah tak ingat dah… Rasa macam nak beli je gitar ni . Patut ke?
Malam aku tidur kira-kira jam 12.00 pagi. Agak sukar nak tidur sebab aircond dan kipas sekali. Jam 5.00 pagi aku bangun dan mandi. Memang sejuk bangat sampai menggigil badan ni . Apataknya air paip ni datang dari air bukit memang cukup sejuk la. Ditambah pula dengan badan dah sejuk dengan aircond. Menggigil habis. Lepas je solat Subuh di surau yang agak usang tu kami memulakan aktiviti senaman pagi. Jarang sekali ada senaman di mulakan dengan larian pusing. Memang seronok la aku. Cuma jarak dia tak berapa nak jauh. Bukan apa , bila ada larian ni bolehlah aku tengok jam Olike Neo ni. Alhamdulillah baru je dapat lepas hantar ke kedai semula. Jam sebelum ni tak boleh ‘charging’ pula.
Habis je senaman dan minum pagi, kami memulakan aktiviti dengan membuat projek. Projek diberikan mudah iaitu anda diberikan 2.6 juta dan apa yang perlu dibuat. Memandangkan ini adalah projek berkumpulan aku mengikut sahaja. Projek kami adalah kereta AI yang mempunyai fungsi yang canggih tanpa pemandu. Petang tu ada pembentangan dan aku menjadi pemula bagi kumpulan. Sebenarnya secara jujurnya pada pendapat aku ia agak mustahil dengan bajet RM2.6juta tu tapi ini Team Building yang tak serius jadi ikutkan sahaja. Kalau ikutkan nak cari idea dalam rancangan Shark Tank tapi internet kat sana agak menyedihkan jadi susah la ..
Tapi kalau korang yang diberi tugasan ni, apa projek yang korang akan berikan? Mungkin kita boleh jadikan ianya realiti satu hari nanti. Tak mustahil kalau korang boleh masukkan idea dalam Shark Tank nanti.
Selepas projek kami meneruskan aktiviti Explorace mengikut tugasan yang diberikan pada kumpulan. Kumpulan kami kena ‘menari zapin’,’menyanyi negaraku’,’mencari batu dan daun’ serta menyolek mekap menggunakan tangan kiri. Secara jujurnya tak seganas Explorace tahun lepas yang memerlukan kami masuk lumpur, membawa rakan melalui arus air sungai, bertarung mengeluarkan bola pingpong dari paip. Tahun ini agak santai atas permintaan bahagian pengurusan.
Petang tu ada aktiviti outdoor pula di depan dewan tu. Aktiviti meniup bola pingpong ke depan, keretapi belon memang menarik cuma aku agak terkilan bila ia tidak disusun dengan baik oleh pihak konsultant. Rasanya pihak konsultant tidak cukup bersiap sedia dengan aktiviti sebegini. Mungkin mereka pada mulanya ingin buat aktiviti yang lebih lasak seperti jungle tracking dan flying fox. Nampak tak bersedia sangat sampaikan baldi pun kami kena ambil sendiri dari bilik. Ada ke camtu?
Habis je aktiviti aku mengikut kawan mandi manda di Pusat Rekreasi Sungai Congkak yang bersebelahan Kem tersebut. Bayaran RM1 dikenakan untuk masuk ke sana. Pergh!! Dapat jumpa lokasi menarik dan apa lagi . Gunakan segala yang ada untuk berendam. Alhamdulillah teringat dulu pernah masuk ke Sungai Congkak. Dalam 20 tahun yang lalu ketika aku belajar di UiTM Shah Alam. Air dia memang sejuk bangat tapi masih mampu untuk diterjah. Lebih kurang setengah jam kami mandi dan pulang untuk persediaan pula persembahan sketsa drama.
Malam tu kira-kira pukul 9.00 acara dimulakan dimana kumpulan kami bermula paling awal. Cerita kumpulan aku adalah berkisar tentang seorang anak dara yang terperangkap akibat dari pergaduhan ibubapa. Dalam cerita ni aku membawa watak antagonis seorang lelaki yang membawa anak dara itu ke kelab malam. Tapi ini lakonan semata-mata. Aku tak pernah jejak pun kat kelab malam ye. Oo ye, boss juga terlibat dalam lakonan ni. Jadi seorang DJ dan tok imam. Hahahah. Agak lawak juga disitu.
Lepas habis persembahan kami, ada ramai lagi kumpulan yang beraksi. Memang happy dan ketawa terbahak-bahak juga dalam persembahan ni.
Habis je acara ada pula sesi karaoke. Ramai HOD yang terlibat sama. Aku tak join sebab mengantuk da…
Esoknya lepas bersenam dan bersarapan aku sempat melayan lagi air sungai . Layan sambil cuba menggunakan jam tangan Olike Neo. Cuba berenang dan menyaksikan apa data yang diambil oleh Olike Neo. Nampak masih kurang faham dengan maklumat yang diberikan. Cuma kagum sebab Olike Neo tau jenis renangan yang aku lakukan. Apalagi, renang kuak dada le yang aku reti pun. Korang kalau nak belajar berenang aku sarankan kaedah kuak dada sebab ia agak mudah. Nak belajar boleh je cuba ebook Teknik Berenang ni. Inshallah anda boleh mahir dalam tempoh singkat jika anda mengamalkannya.
Pagi tu kami masuk semula ke dewan dan terus mendapat sijil serta bergambar. Kami selesai seawal jam 11.00 pagi dan makan tengahari dalam pukul 11.30 pagi.
Secara jujurnya aku merasakan #TeamBuilding kali ini agak mengecewakan. Ini kerana aku merasakan ianya terlalu santai tanpa banyak aktiviti outdoor sedangkan ada lokasi yang berdekatan. Rasanya kalau acara senaman di lakukan di Pusat Rekreasi Sungai Congkak itu lebih menarik. Boleh juga aktiviti Explorace dilakukan disana berbanding di Kem yang agak terhad dan banyak sangat tangganya.
Apapun ia terletak kepada pihak pengurusan. Ada juga peserta yang berpuas hati dengan kaedah ini yang lebih santai. Aku hanya ikut pendapat aku sahaja.
Bagaimana dengan korang semua? Mesti organisasi korang pernah buat Team Building kan? Ceritalah sekali..
p/s : Kasut pun nampaknya dah nazak. Mungkin kena ganti yang baru. Korang kalau kesian kat aku bantulah dengan sedekah sikit like artikel ni atau kongsikan di media sosial anda.