Assalamualaikum dan salam sejahtera

Agak lama tak menulis kat blog sendiri ni. Akibat dari pelbagai isu yang menyebabkan juga aku juga terbengkalai dalam menyiapkan bukuku, Bukan mudah nak menjadi seorang yang displin dan istiqamah dalam kerja namun aku tetap juga berusaha untuk mengejar impian.
Berbalik kepada tajuk diatas. Secara jujurnya aku dah tak tahu berapa kali ke Langkawi. Kali terakhir aku pergi bersama keluarga pada tahun lepas. Kali ini aku ke Langkawi atas dasar kerja. Atas lawatan kerja bagi Ahli Jawatankuasa Majlis Bersama Jabatan. Apa itu Majlis Bersama Jabatan?
Ia adalah organisasi yang ditubuhkan oleh pihak pekerja untuk menyuarakan isu-isu kerja. Memang biasanya pergi ke Langkawi naik Jeti Kuala Perlis tapi kali ini agak berbeza. Aku merasai pengalaman naik kapalterbang terus ke Langkawi. Tapi bukan dari Melaka, sebab flight dari Lapangan Terbang Batu Berendam hanya membuka operasi ke Langkawi pda bulan Mac.


Jadi kami kenalah pergi ke KLIA. Pergi pada hari Jumaat pagi, kami bergerak dari opis ke KLIA seawal jam 3.00 pagi. Sampai ke KLIA, menunggu untuk penerbangan Malindo bagi menuju ke destinasi. Ingatkan nak jumpa kawan yang kerja di MAHB tapi tak sempat bila kapal terbang ‘sharp’ gerak dari landasan. Sampai ke Langkawi kira-kira jam 9.15 pagi. Ambil masa dalam 1 jam untuk tiba ke Langkawi..


Ini kali pertama naik kapalterbang Malindo Air tapi secara amnya agak selesa lah juga. Tak dapat duduk di bahagian tepi tapi takpelah kan. Duduk sebaris dengan rakan sepejabat juga. Kali ini aku bersedia dengan beg sandang. Teringat kali pertama naik kapalterbang, hampir tercicir wallet kat kapal terbang. Jadi kali ini aku lebih berhati-hati. Pengalaman lalu mengingatkan agar aku kena bersedia seperti membuka tali pinggang serta peralatan-peralatan seperti power bank yang tak boleh diletakkan di luggage.

Sampai ke Langkawi agak awal dan kami singgah ke Padang Mat Sirat. Dekat sini teringat kisah tahun lepas yang aku dan keluarga singgah disini tengok rumah yang terjadinya beras terbakar. Di lokasi ini juga kami beli makanan pasar malam tu. Tapi pada kali ini tiada pasar malam sebab datang pagi. Kami bersarapan pagi di warung berhampiran. Agak sedap juga roti dan kuah yang dihidangkan. Kawan-=kawan memang memuji roti canai disitu. Yang aku kagum, dia siapkan roti telurku dalam tempoh kurang 5 minit. Takde lah menunggu lama macam sesetengah warung.
Lepas je selesai membeli sedikit cenderahati di gerai Padang Mat Sirat tu kami terus ke kedai makan tengahari. Aku tak ingat nama kedainya tapi memang marvelous juga rasanya. Aku hentam ikan bawal yang besar untuk jadikan santapan. Memang menarik tu.


Dah selesai makan, kami singgah untuk menunaikan solat Jumaat. Solat Jumaat di Masjid Al Hana Pekan Kuah, aku teringat dulu pernah pergi Langkawi dan solat Jumaat. Tapi tak pasti samada di masjid sama ataupun tidak. Teringat masa tu siap makan tengahari dengan seorang abang Kelantan tu. Dah lama tak jumpa dia..
Lepas solat Jumaat, kami terus check in di Hotel Langkasuka. Menurut kawanku, ini merupakan antara hotel yang paling lama di Langkawi. Aku tak pasti samada fakta beliau tepat atau tidak tapi rasa selesa je hotel ni.
Hotel ni agak selesa cuma mungkin sukar untuk bas kerana terletak berhadapan jalan besar. Menariknya sebelah Hotel Langkasuka ni ada shopping complex, jadi kalau nak beli barang boleh je jengok sebelah tu.


Memandangkan agak penat maka aku hanya bersiap di hotel sahaja. Petangnya aku melayan kolam renang di hotel tersebut. Kolam di hotel tu agak kecil tapi cukuplah untuk melepaskan gian. Dapat lah juga buat beberapa kali kuak dada.

Kolam renang di Hotel Langkasuka

Malam tu pula terpaksa berhadapan sesi mesyuarat pengurusan dengan ketua unit dan boss.. Kelakarnya sebab kena duduk kira-kira 10 meter dari boss sebab komputernya jauh dari meja. Hahahaha. Nak buat camne. Dah camtu arragement dia. Boss pun komplen juga tapi dah itu tempatnya.
Habis je meeting aku terus tidur di atas. Bilik di tingkat 8 tu terdapat pemandangan laut. Tapi tak berapa cantik viewnya.

Esoknya adalah hari yang memenatkan. Kali ini aktiviti menaiki bot. Ini juga kali pertama aku naik bot dari belah pekan Kuah (bersebelahan Pekan Rabu). Naik je bot tersebut melalui ejen Mahsuri Tour and Travel Sdn Bhd memang terasa seronok.

Sebelum menaiki bot untuk Island Hoping

Memang laju betul bot menuju ke lokasi. Kalau sebelum ni biasanya tengok pelantar ikan tapi kali ini terus pergi ke Pulau Beras Basah. Memang ramai betul orang, berbeza dengan perjalanan tahun lepas di Pulau yang tiada orang lain.

Gambar di Pulau Beras Basah. Gambar snap kandid ni


ambil gambar satu kumpulan sebelum berlepas ke lokasi lain


Ini memang ramai sehingga terpaksa cari port lain untuk bersiram. Layan berengang sambil menggunakan Olike Neo. Dapatlah catat serba sedikit masaku berenang.
Melihat keindahan alam, terasa betapa kerdilnya diri ini. Macam biasa ada juga tengok Helang.

Gambar helang paling dekat.

Dan kali ini pengalaman baharu yang aku rasai. Pergi ke Tasik Dayang Bunting di Pulau Dayang Bunting. Tasik yang mempunyai mitos kerana bentuk gunung yang meliputi tasik ini seperti orang mengandung ini agak menarik. Satu-satunya kawasan air tawar di pulau. Jadi lepas berenang di laut boleh bilas terus di sini,.
Kalau pergi ke sini, kenalah merasai suasana tasik ni. Dibelanja sewa jaket, maka aku pun cuba merasai pengalaman baharu. Pergh!!! Melompat sahaja dari pelantar tu aku terus masuk ke dalam.
Dengan life jacket tu dalam tempoh 5 saat aku timbul semula. Memang cukup dalam dan kaki tak jejak tanah. Ada sedikit kegusaran pada diri ini. Apatah lagi tetiba terasa kakiku ternaik ke atas.
Ilmu berenang dan bernafas dalam air tak dapat ku gunakan. Aku meminta rakanku menarik semula ke atas.
Bukan apa, aku terasa lain benar berbanding berenang di kolam atau di laut. Lagipun aku ada pengalaman lemas di kolam yang dalam maka ada sedikit trauma. Ditambah pula kakiku terasa naik ke atas dan seperti air menarik ke sebelah lain.
Nak jadi ngeri baru je terperasan budak sebelah yang hampir lemas. Jadi jiwa terasa sikit dengan situasi tu.
Tapi aku cuba juga untuk kali kedua selepas itu. Masih ada kegusaran di hati tapi ada sedikit keyakinan. Cuma masih belum mampu untuk menggunakan skill kuak dada. Takpelah, mungkin lepas ini kalau aku ke sini atau di tempat serupa aku akan lebih yakin lagi.
Pada aku ini adalah pengalaman baharu untukku ingat. Aku rasa lepas ni nak ajar cepat-cepat anakku berenang. Harap dia boleh faham cara terapung berbanding ayahnya yang belum mempunyai keyakinan dengan air.

Selesai je perjalanan di laut kami melantak pula makanan ala-ala Siam. Lepas makan tengahari kami terus ke Hotel untuk bersiap pada sesi membeli belah pada petang. Aku singgah di kedai sebelah hotel. Aku beli apa yang patut dulu. Nampak coklat Peppero yang dipesan oleh adikku maka aku pergi beli dulu.
Ada yang kata mahal tapi beli sikit tak kisah sangat. Petang tu kami meneruskan aktiviti ke kompleks Billion dan seterusnya Hj Ismail Group. Kopaklah sikit duit untuk dibelikan. OOo aku sempat membeli baju ada hood ala-ala rappers untuk dijadikan kenangan.
Sebelum balik hotel kami singgah di Restoran Bamboo untuk menjamu selera. Makanan tomyam macam sama je dekat Melaka. Hahahahaha.

Melangkah ke Restoran Bamboo selepas berpenat lelah membeli barang-barang

Esoknya hari terakhir kami di Langkawi. Pergi ke LADA untuk lawatan rasmi. Apa itu LADA ? LADA merupakan organisasi badan berkanun kerajaan yang memberi tumpuan terhadap pembangunan terutama pelancongan di Langkawi.
Dalam lawatan tersebut banyak yang kami pelajari. Selain dari isu Majlis Bersama Jabatan, kami juga mengetahui serba sedikit tentang skop kerja LADA. Memang besar tanggungjawab LADA atau Lembaga Pembangunan Langkawi itu.
Ada kira-kira 300 lebih pekerja yang berada dalam organisasi yang berada di bawah kerajaan Persekutuan itu. Memang satu ilmu yang berguna untuk kami bawa ke Melaka.
Menuju ke Lapangan Terbang Langkawi untuk menaiki penerbangan jam 1.15 tengahari. Alhamdulillah kami tiba di KLIA kira-kira jam 3.00 dan aku tiba ke rumah dalam jam 6.00 petang.

Sebelum naik kapal terbang melantak Burger King yang dibelanja oleh boss..
Panas terik. Melangkah masuk ke kapal terbang Malindo


Itulah serba sedikit pengalaman aku ke Langkawi pad aminggu lepas. Mungkin lepas ni boleh ke Langkawi naik kapalterbang direct dari Melaka lepas ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.