santai

Tahniah Tun Mohd Ali bin Mohd Rustam

Nampaknya sah sudah bahawa Tun Datuk Seri (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ke 7. Ianya satu lembaran baharu bagi mantan Ketua Menteri Melaka yang menduduki kerusi Pentadbiran Melaka itu bermula dari tahun 1999-2013. Sebagai seorang penjawat awam aku pernah merasai berhadapan dengan figura hebat ini.

Apatah lagi aku pernah bertugas lebih dekat iaitu di kawasan rumahnya sekitar tahun 2004 dahulu. Ada kenangan selama 7 bulan yang sedikit sebanyak boleh ku jadikan cerita pada masa hadapan.

Pandangan aku, beliau memang layak untuk menduduki kerusi Yang di-Pertua Negeri Melaka selepas khidmatnya yang cukup lama di Negeri Melaka itu sendiri. Pelbagai projek pembangunan dilaksanakan dan banyak perubahan dapat dilakukan ketika berada dalam tampuk pimpinan.

Bukan senang nak diiktiraf sebagai negeri terbersih di Malaysia namun itu yang berjaya dijadikan sebagai penanda aras oleh Tun ketika itu.

Semoga beliau akan meneruskan usaha membangunkan negeri Melaka supaya lebih maju . Tahniah Tun..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.