Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Aku masih lagi dalam keadaan kepenatan selepas bercuti dari Jumaat hingga Selasa ni. Kali ini aku bercuti jauh ke utara bersama adik beradikku.
Destinasi kali ini memang cukup jauh bagiku. Rumah bapa saudara ku di Kuala Nerang. Memang cukup jauh dan perlu persediaan dari segi mental dan fizikal.
Memandangkan aku tak tau jalan dan lokasi terlalu jauh memang tak beranilah aku nak bawa kereta MyVi SilverRay tu. Bukan dekat tu. Kalau ikutkan Google Maps, perjalanan adalah sejauh 618 kilometer tu.
Memang jarak yang cukup jauh apatah lagi aku memang bukanlah seorang yang rajin memandu. Aku meminjam kereta Vios Putih adikku untuk menuju ke destinasi. Perancangan keluar dari rumah pada jam 7.00 pagi dianjakkan sikit ke 7.30 pagi.
Memang satu cabaran yang agak berat bagiku. Nak membawa ke lokasi yang tak pernah ku pandu (pernah pergi tapi naik bas) dan perlu mengejar abangku yang memandu kereta Nissan Almera. Mula-mula berhenti di RnR Seremban untuk melepaskan lelah sambil minum pagi.
Selepas itu singgah ke RnR Tapah untuk makan tengahari sikit. Oo ye, aku gerak pada hari Jumaat pagi. Sampai di RnR Sungai Perak, kami bersolat Jamak Takdim (Zohor dan Asar).
Gerak meneruskan perjalanan yang cukup panjang itu dan kami tiba di Stesen Minyak Shell Kuala Nerang sebelum dijemput oleh bapa saudara. Sesampai di rumah bapa saudara kami dijamu dengan raja buah ‘Durian’. Walaupun aku sedikit takut tapi ku tabahkan juga untuk makan durian dalam 3-4 ulas.
Tak berani nak makan banyak-banyak. Ye lah, dah jauh perjalanan hentamlah juga kan. Sambil tu ada juga buah manggis yang dipetik dari dusun bapa saudaraku itu.
Oo ye, perjalanan ke Kedah ni memang nampak banyak sawah padi. Mengingatkan kembali ketika zaman kecilku yang juga bermain dengan lintah di sawah padi di kampung. Kini tinggal kenangan sebab dah takde lagi sawah padi kat kampungku.
Lepak kat rumah bapa saudara memang kagum dengan keluasan rumah yang mempunyai 5 bilik. Kiranya kami sekeluarga ada bilik masing-masing. Kami disambut dengan baik oleh bapa saudara. Tapi aku tak larat, pukul 9.30 dah padam (tidur) sedangkan pada malam tu ada game Uruguay lawan Perancis.
Nak buat camne, dah ngantuk sangat. Tidur je la kan. OO ye, pakcikku menyediakan makanan kampung yang memang menyelerakan. Kira masuk lah juga dengan selera ni.
Esok paginya nak kena bersiap sedia untuk pergi ke Pulau Langkawi. Pulau yang menjadi kebanggaan rakyat Kedah dan juga lokasi Parlimen bagi Perdana Menteri kita sekarang. Pagi lebih kurang jam 8.30 kami bergerak dari Kuala Nerang menuju ke Kuala Perlis. Aku pun pelik kenapa Kuala Perlis tak ke Kuala Kedah.
Sepanjang aku ke Langkawi sebelum-sebelum ni pun semua bermula di Kuala Perlis. Tapi ikutkan je la. Parking di sebelah Masjid Terapung dan kami pun menaiki feri jam 11.00 pagi. Sampai di jeti Langkawi kira-kira jam 12.15 tengahari. Masa kat situ, dak Fatih buat hal melalak dalam feri. Sebab lapar sangat tak makan masa nak ke jeti Kuala Perlis tu.
Sampai sahaja ke sana, kami mengambil kenderaan sewa iaitu Toyota Innova. Ok, ini juga merupakan pengalaman pertama bagi diriku membawa kereta SUV Innova ni. Agak kekok masa mula-mula tapi dapat dibiasakan diri. Memandangkan check in adalah pada jam 6,00 petang maka kami makan dulu. Makan di restoran Kak Yan Ulu Melaka. Memang terbaek dan ramai pengunjung pada ketika itu.
Harganya memang berbaloi sebab macam murah je. Kenyang dan kami meneruskan perjalanan ke lokasi yang dirancang iaitu di Taman Buaya. Boleh tahan juga Taman Buaya di sini. Rasanya lebih besar berbanding taman buaya di Melaka. Cuma waktu kami sampai tu hujan jadi tak dapat nak tengok beberapa perkara seperti memberi buaya makan dan persembahan.
Tapi takpelah. Yang penting budak kecil bersuka ria di kawasan terbabit. Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati Facebook di Crocodile Adventure Land Langkawi.Nak beli souvenier tapi kewangangan tak mengizinkan pada ketika itu. Jadi pandang je la. Tapi memang aku rekemen korang pergi sini kalau ke Langkawi. Nak lagi bagus pergi waktu ada persembahan. Boleh try mancing buaya dan tengok persembahan secara live tu.
Lepas tu pergi cari Homestay yang berdekatan dengan Pantai Chenang. Ops. Tak dekat pun tapi bolehlah. Malam tu kami makan berdekatan kawasan homestay. Dah lupa nama kedai makan tu tapi kira berbaloi lah juga.
Hari Ahad kami terus untuk menaiki bot ke melawat kawasan pulau di Kilim Geopark. Naik bot jam 10.00 pagi. Antara bot terawal yang gerak dari situ. Pergi melawat kelong yang dipasang berhampiran dengan penerangan tentang ikan-ikan yang dibela. Ikan pari yang jinak, belangkas dan banyak lagi.
Yang menarik sebab tak ramai boleh lah duduk lama sikit. Lepas tu pengemudi bot membawa kami melawat helang-helang serta melalui gua buaya. Memandangkan kami tak melalui Gua Kelawar (sebab ada budak kecil) maka pengemudi memberikan kami ruang untuk mandi manda di pantai. Walaupun takde tempat persalinan namun kami layan kan juga. Aku macam biasalah layan renang. Berlatih skill renang kuak dada untuk menguatkan stamina. Lagipun nak keluarkan lemak lepas menghentam durian pada hari semalam tu.
Memang bagus berenang terutama di kawasan yang tidak tercemar ni. Dalam setengah jam juga kami melayan renang tu. Lepas tu terus pulang kembali ke bot. Ketika nak berjalan pulang ada pula jamuan ringan di depan pintu tu. Mula-mula adik beradikku agak segan tapi aku buat muka tak malu je.
Kenyang lah juga kami makan jamuan tu. Aku 3 kali makan, makan bihun, nasi himpit dan juga spagheti. Itu tak masuk ambil maruku 3-4 kali tu.
Habis je lokasi tu pergi ke Langkawi Wildlife Park. Kebanyakan binatang adalah binantang yang jinak dan bukan binatangn liar. Sempatlah bergambar dengan helang dan budak-budak bermain dengan arnab. Ada juga rusa, burung ostrich dan sebagainya.
Lepas tu singgah ke Ayer Hangat. Agak kurang menarik sebab takde banyak kolam. Agak kerugian di situ tapi takpelah.
Lepas tu pergi ke Padang Mat Sirat ke lokasi beras terbakar. Bukan nak tengok beras terbakar tapi nak beli belah sikit. Banyak juga adikku beli barang. Aku pun beli coklat kat situ je. Malas nak pergi ke Kuah. Sambil tu pergi juga ke pasar malam untuk beli makanan malam nanti.
Nak balik berlaku sedikit kesesatan sehingga sampai homestay agak lewat sikit. Memandangkan duit tak berapa cukup dan keychain untuk kawan-kawan opis tak beli maka malam tu aku ajak adik perempuanku ke Chenang Mall. Pergi sana sambil cari keychain. Kebetulan pula blackout di belah belakang. Nasib baik di depan tak blackout dan aku beli keychain di tepi jalan.Takdelah murah sangat tapi bolehlah dengan bajet yang ada ni.
Esoknya iaitu hari Isnin merupakan hari terakhir kami berada di Pulau Langkawi. Gerak awal dalam jam 8.00 pagi. Singgah sebentar makan di Jeti Pelancongan. Tak berapa best tapi layankan je. Dan terus ke Jeti untuk kembali ke Jeti Kuala Perlis. Sempat ambil gambar di lokasi wajib iaitu di Dataran Langkawi.
Park kereta Innova tu sambil merasa rindu sebab bukan selalu dapat pandu kereta tu. Kami menaiki feri jam 11.00 pagi. Berbeza dari ketika pergi, feri kali ini agak kosong. Aku boleh berpindah tempat duduk pada kali ini. Sesampai di jeti Kuala Perlis kira-kira jam 12.45 tengahari. Terus gerak menuju ke destinasi.
Kali ini berhenti di RnR Gurun, Henterian Sebelah Ladang Bikam, Restoran Jejantas Sungai Buloh. Perjalanan balik lebih mencabar sebab malam. Agak cuak juga tapi adik perempuanku jadi passenger dan dia bawa kejap. Jadi dapat lah mengurangkan kerisauan. Alhamdulilalh sampai rumah kira-kira jam 12.40 malam. Balik rumah mandi dan terus pengsan.
Itu serba sedikit pengalamanku bercuti. Mungkin artikel ni tak terlalu menarik sebab aku pun tak berapa nak dapat mood ni. Tapi takpelah. Janji boleh jadikan kenangan. Sekian.
Tengah nak cari mood nak masuk kerja ni. Adoi..
bagi saya kat pulau langkawi ni palibanyak tempat untuk di lawati. Dah lama saya tak ke sana
K. Nerang banyak tempat nama rare. Nako Nambua yang paling saya ingat.
langkawi satu tempat yang mendamaikan.. selamat bercuti encik admin.