santai

Ujian Kencing Manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mungkin korang pernah dengar tentang penyakit kencing manis.Aku pun banyak cerita dekat blog ni (boleh tengok tag Kencing Manis atau diabetes).
Kalau sebelum ni aku banyak mengelak dari makan ubat kencing manis dengan diet tapi pada bulan lepas aku telah diisytiharkan perlu makan ubat. Jadi kenalah ikut saranan doktor.
Pada Isnin lalu aku pergi temujanji dengan doktor setelah mengambil ujian darah, ujian air kencing serta XRay seminggu sebelum tu. Pada hari kejadian pula aku perlu menjalani ECG bagi menyemak kadar jantung.
Selain itu aku juga perlu menjalani ujian bagi melihat tindakbalas saraf kaki dan juga ujian mata. Alhamdulillah dari segi tu nampak masih ok.

Dari segi buah pinggang pun keputusan keratin masih di paras bawah border. Walaubagaimanapun ia bukan bermakna selamat. Aku kena lebih berjaga-jaga dalam makanan serta sentiasa bersenam.
Sambil tu korang boleh tengok video aku ni.. Mungkin boleh memberi manfaat.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.