Minggu lepas aku bertemu rakan sekursus ketika di itm Jengka pada tahun 96-99 dulu. Beliau datang ke Merlimau kerana menziarahi kematian bapa seorang rakan. Jadi di kesempatan itu, beliau singgah ke rumahku.
Mula-mula aku rancang nak jumpa dia di tempat luar samada kedai makan tapi memandangkan aku menjaga anak maka aku jemput dia ke rumah bapaku yang terletak sekitar 3 kilometer sahaja. Yelah, rumah bapaku luas berbanding rumah sendiri.
Jadi aku pun menunggu dan alhamdulillah walaupun sedikit tersesat namun dengan TEKNOLOGI GPS terkini maka lokasi rumah bapaku dapat ditemui juga. Berborak-borak, cerita serba sedikit mengenai keadaan sekarang.
Kalau ikutkan aku dah BERBELAS tahun tak jumpa dia. Tak silap, pernah jumpa masa belajar kat UiTM Shah Alam dalam tahun 2000 dulu. Jadi memang dah teramat LAMAlah tak bertemu. Memang ada sedikit perubahan pada diri tapi dari segi fizikal nampak ‘MAINTAIN’ lagi.
Dia sekarang ni menguruskan ‘KATERING’. Yup, memang berubah 100% dari course yang diambil denganku ketika di itm dulu. Baguslah tu, perniagaan adalah 9/10 sumber rezeki dan ia pasti sesuatu yang sesuai untuk beliau.
Dalam cerita tu dia menguruskan ‘KATERING’ bapa mertua beliau dan seterusnya mengambil keputusan untuk terus ‘FULL TIME ‘ sejak 5 tahun yang lalu. Mungkin syarikat KATERING itu telah cukup kukuh untuk dijadikan SUMBER PENDAPATAN beliau sekeluarga.
Dalam borak-borak tu beliau juga memberitahu yang sebelum ini mengambil tender di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) namun kontrak dibatalkan. Aku tak tau sebabnya tapi katanya ada politik dalaman. Okay, tak kisahlah tu. Rezeki ada dimana-mana. Selain itu dia juga bagi aku 2 botol Acar Buah yang dijual pada kedai-kedai.
Aku dah try dan rasanya boleh TAHAN juga..Aku juga ada PLAN untuk membantu beliau dengan mencadangkan agar buat website dan promo secara online syarikat KATERING dia. Harap-harap boleh sama-sama membantu USAHAWAN Bumiputera ni. Korang kalau berminat boleh menghubungi beliau di Bidadarindu Enterprise (013-3910203).
Dia juga ada bercerita tentang pengalaman berada di Melaka dimana kawasan Melaka sering jam pada hari minggu. Yup , memang itu yang berlaku dan sebab itu kebiasaannya orang Melaka jarang keluar berjalan-jalan di bandar Melaka pada hujung minggu. Memang sesak yang amat.
Sememangnya satu pertemuan yang singkat namun mengembalikan memori dimana pernah sama-sama makan di dalam bilik pada masa puasa. Berborak-borak kosong dan sebagainya. Best juga bila isteri dia cerita yang anak-anak tak pernah ada pengasuh sebab mereka jaga sendiri. Terasa nak juga menjaga anak sendiri sepenuh masa namun buat masa ni belum mampu lagi.
Mungkin sedikit masa kalau keberanian dan kemampuan menghasilkan projek-projek berdaya saing maka bolehlah menjaga dan melihat anak membesar di depan mata. Yelah, kalau hantar pengasuh je dan kerja siang malam mungkin pemerhatian kat anak sedikit sebanyak berkurangan.
Okay cukuplah cerita pasal pertemuan dengan rakan sekursus. Layankan gambar ni…
Petang ni aku juga mula meninjau-ninjau rumah di kawasan berhampiran di Jasin. Ada satu kawasan dimana separuh dari rumah tidak diduduki iaitu di Jasin Height. Aku tertanya-tanya juga kenapa rumah itu tidak diduduki. Adakah kerana tak habis jual? Agak pelik kerana lokasi kawasan itu agak berdekatan dengan bandar Jasin. Untuk sewa masih boleh laku. Atau mungkinkah ada ANASIR luaran yang menganggu.
Itu aku tak tau dan mungkin boleh buat kajian sendiri. Mana tau kalau harga rumah tu boleh jadi TERLALU murah seperti yang pernah berlaku dalam kes rumah Bukit Beruntung yang pernah diceritakan Abang Ensem dalam Seminar Hartanah di Melaka tempohari. Selain itu aku juga menjengok beberapa lokasi rumah kos rendah di kawasan Taman Kelubi Damai. Tengok-tengok mana tau ada rumah yang di lelong atau pemilik nak jual.
Inshaallah, aku merancang untuk membeli sebuah rumah untuk pelaburan si Fatih. Jangkaan pada tahun depan dapat membeli sebuah rumah apatah lagi pada tahun depan juga dijangka hutang keretaku mampu dilangsaikan. AMIN..
Okay cukuplah setakat itu untuk cerita pada minggu ini. Kalau bosan, jengok-jengoklah entri lain ye. Inshallah, lepas ni aku nak buat entri pasal pencapai tahun 2016. Tunggu.
memang seronok dapat jumpa kawan lama… banyak cerita lama keluar… moga ikatan silaturrahim tetap kekal utuh.
inshallah . harap begitulah
Maintain hensem ye member kau tu… Aku la tu….he he he…
memang hensem..cam norman hakim
tak sangka selepas berbelas tahun boleh jumpa lagi dan hubungan tersebut tetap diteruskan..
salah satu sebab dia menten kerana dia gembira dan bahagia…best
yup.. guna media sosial dan dapat berjumpa
seronok jumpa kawan2 lama kan, saya pun baru reunion mini minggu lepas
memang best kalau dapat jumpa kawan lama
Rumah jarang turun harga, kecuali kalau betul-betul dah tak laku…
ada kot.. kena pandai carik
Area Melaka mungkin harga rumah tak terlalu mahal luar biasa seperti di bandar KL ni kan
KL memang mahal sangat