Perintah Kawalan Pergerakan : Apa yang boleh kita pelajari

  • by

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Salam Duduk Rumah, jangan nak pergi mana-mana kecuali perlu sahaja..

Saat yang cukup memeritkan bagi umat manusia di seluruh dunia apabila pandemik virus yang dinamakan COVID-19 menyebabkan pergerakan manusia terbatas.
Ini juga melibatkan diriku yang juga perlu beroperasi dari rumah bersama anak lelaki tercintaku ini. Almaklumlah, isteri berada di Jabatan yang agak kritikal jadi kami je la berdua di rumah.
Nasib baik isteri kerja ‘office hour’ takdelah merana sangat. Huhuhu.. Memang cabaran duduk rumah ni bukanlah sesuatu yang mengembirakan apatah lagi kena melayan karenah anakku yang agak nakal dan banyak karenah.
Almaklumlah takde kawan, memang manja sangat sampai aku jadi kawan ditumbuknya. Huhuhuhu. Kadang-kadang berangin juga tapi kenalah tabahkan diri kan.. Bukan senang nak ada anak, kena sayang sehabis mungkin.

Berbalik kepada tajuk diatas tentang perintah kawalan pergerakan. Rasanya kebanyakan dari kita tak pernah menghadapi situasi sebegini termasuklah aku. Mungkin zaman mak/atuk korang pernah hadapi ketika perintah darurat 1969 dulu tapi selepas itu tiada.
Mungkin kali ini tidak seteruk perintah darurat tu tapi kali ini ada keperitannya. Apatah lagi kemungkinan ianya mungkin akan berlanjutan dari 14 hari ke angka yang mungkin boleh menjadi 1 atau 2 bulan.
Pasti banyak perkara akan terbengkalai dan KPI kita tak mampu dicapai sepenuhnya untuk tahun ini. Tapi tak mengapa, ianya telahpun tertulis dan kita mesti menghadapinya hatta memang tidak mahu pun.

Berbalik kepada tajuk diatas, aku nak kongsi serba sedikit apa yang kita boleh ambil dari pengalaman Perintah Kawalan Pergerakan ini. Antaranya ialah :-

1) Masih ramai rakyat Malaysia yang degil dengan arahan kerajaan. Kenapa diorang degil? Adakah sebab bukan kerajaan yang diorang pilih sebelum ini? Perintah ini bukan hanya dilaksanakan di Malaysia, ianya telah pun berjaya di China. Bezanya, di China pelaksanaannya lebih keras lagi.
Di Malaysia kita masih lagi berlembut. Adakah orang yang tidak berpelajaran melanggar perintah itu? Korang sendiri boleh nilai sendiri berdasarkan berita mahupun video-video yang viral. Pendapat aku, tindakan tegas perlu dilakukan. Di kawasan tempat aku pun nampaknya belum nampak roadblock lagi.
Mungkin sebab kawasan kurang berisiko kot…

2) Persediaan. Aku rasa kita masih kurang bersedia menghadapi bencana besar sebegini. Dari yang atas sampai ke rakyat marhaen. Tapi takpe, mungkin dengan pengalaman ini boleh mengajar kita untuk bersedia pada masa akan datang. Kita sedia maklum, akhir zaman ini macam-macam musibah akan menimpa kita.
Selain pandemik ini, aku percaya banyak lagi bencana yang akan melanda seluruh dunia. Bencana alam sedikit demi sedikit mula melanda negara kita. Zaman sekolah dulu aku belajar Geografi mengatakan Malaysia tidak terkena dengan gempa bumi tapi berbeza sekarang. Kita sama-sama berdoa supaya kita dapat menjalani hidup dengan taat kepadaNya,,
AMIN.. Dan kita kena bersedia hendaknya.

3) Banyak manusia yang suka menyebarkan benda yang bukan bidangnya. Dan ianya mungkin salah. Aku bila baca Whatsapp tengok banyak cadangan kononnya nak elak dari virus pandemik. Ada tu minum air suam banyak-banyak pun dah cukup. Adoi… Kalau setakat minum air suam je jawapan, dah tentu kat China hari tu dah setel awal.
Tapi diorang ambil masa yang panjang juga nak setelkan ni. Dengarnya dah selesai tapi aku belum yakin lagi.. Sebab mungkin ada kes terpencil yang belum di jumpai.

4) Displin. Bila kita dalam perintah kawalan pergerakan ini, kita boleh menjadi orang yang lebih berdisplin. Kita hanya keluar bila perlu dan melakukan kerja-kerja di rumah sahaja. Displin amat penting terutama yang melaksanakan kerja di rumah . Pasti bukan mudah dengan gangguan anak, ASTRO, Netflix dan sebagainya.
Aku respek yang berjaya melaksanakan kerja kat rumah ni.. Hatta aku pun tak mampu. Tapi kena cuba berusaha sebab ada cita-cita dalam beberapa tahun nak buat kerja dari rumah lepas ni. AMIN..

5) Berjimat. Sebenarnya waktu ni kita kena belajar berjimat. Memang jimat sebab tak bergerak ke mana tapi mulut asik rasa lapar je. Nak menguyah je tapi kena tahu bahawa tak boleh selalu keluar rumah dan kedai makan kebanyakan tak buka.
Kenalah rajin-rajin menjadikan dapur tu berasap (boleh tengok video Cekodok Goreng Oat ). Ia juga mengajar kita berjimat dari perkara tak tentu hala. Yelah, kedai-kedai pun banyak tutup. Cuma kedai online lah masih beroperasi. Tapi aku tak layan sebab dengo banyak isu lambat atau tak sampai.

6) Bersama keluarga. Bila hari biasa kita sibuk dengan kerja tapi bila kena kawalan pergerakan tu memang habis kat keluarga je la. Mungkin ramai juga yang berjaya menambah keluarga pada hari-hari perintah kawalan pergerakan ni. Aku pun harap begitulah. Doakan ye.. Hehehehe

7) Pasaran Saham merudum. Aku dah beberapa minggu tak tengok saham ni. Almaklumlah dah tinggal sikit je modal. Kena berada dalam tempoh bertenang ni. Tengok ada perkembangan menaik beberapa hari ni tapi tetap kena berhati-hati. Jangan terlalu ghairah sangat nanti terpelanting lagi..

[ Melabur Saham : 5 Perkara Perlu Anda Tahu ]

Okay cukuplah setakat ini tentang pendapat aku mengenai perintah kawalan pergerakan. Ada beberapa hari lagi yang perlu ditempoh namun aku tidak yakin ianya akan tamat pada 31 Mac 2020 ini. Ini apabila kita lihat bertambahnya angka kematian akibat dari virus ini.
Semoga kita sama-sama berdoa suapaya COVID-19 ini dapat dibendung dengan segera. Sekiranya kita ikut dengan perintah ini, kerajaan dapat melakukan tindakan terbaik supaya ianya tidak merebak dan mampu dikawal.
AMIN..

Untuk maklumat mengenai Perintah Kawalan Pergerakan boleh rujuk laman web PMO


Untuk maklumat mengenai COVID-19 boleh rujuk laman web KKM

http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.