Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Dah lama aku tak menggerakkan tangan untuk menaip di blog ini. Bagi pembaca setia mungkin tahu yang aku agak busy dengan channel Youtube . Apapun aku cuba untuk menulis tentang isu ini yang sukar nak digambarkan dengan visual.
Aku yakin mungkin ramai dari kalangan korang semua yang pernah mengetahui tentang isu makanan mahal di Pasar Ramadan sehingga menjadi viral. Aku tak salahkan peniaga yang menjual dengan harga tersebut. Ia ada kaitan dengan pelbagai sebabnya. Cumanya yang menjadi persoalan kenapa dalam keadaan harga yang dikatakan mahal namun masih sanggup beratur panjang hinga sanggup menunggu berjam-jam.
Mungkin ibu mengandung sebab mengidam nak makan tu. Tapi kalau bujang kenapa pula sanggup pula? Siap ada tu yang bergaduh-gaduh sebab tak dapat membeli makanan yang bukan harga RM10 tu.
Aku terfikir , adakah bulan Ramadan ini untuk bulan merasa MAKANAN dan bukan untuk mengawal nafsu makan kita? Entahlah aku bukan ustaz untuk mengupas dari sudut agama tapi macam dah lari dari matlamat asal je kan?
Apa taknya, kalau dah sanggup berpanas dari 11.00 pagi dan sanggup beratur hingga 3-4 jam semata-mata untuk sejenis makanan. Bukankah hilang masa untuk bersolat Zohor atau tergesa-gesa untuk menunaikan fardhu yang lebih wajib ni?
Apa pula pendapat korang semua? Mungkin ada antara korang semua yang menjadi salah seorang yang berpengalaman menunggu makanan sehingga berjam-jam tu. Boleh komen sikit…