Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu depan nak mula bulan Ramadhan dan mungkin lepas tu lagi mencabar kalau nak keluar.

Jadi aku bawa anak dan isteri berjalan ke Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka.Ikutkan tahun 2019 lalu merupakan kali terakhir ke sini (ada artikel kat sini ) . Nak pergi Zoo Melaka tak larat. Apatah lagi baru je selesai dari positif COVID, jadi memang tak le ke sana.

Kebiasannya Taman Rama-rama dan Reptilia ni kurang pengunjung berbanding Zoo Melaka dan keluasannya tidak seperti disana. Agak mencabar kalau nak berjalan lebih dari 1 kilometer apatah lagi isteriku telah…………….

Dari rumah ke Taman Rama-rama tidak jauh sangat jaraknya. Lebih kurang 16 minit sahaja. Dengan terbukanya gerbang UTeM mempercepatkan lagi sampainya ke sana. Sampai dalam pukul 10.45. Harga nak masuk ke Taman Rama-rama ni bukan murah. Dua dewasa dan seorang kanak-kanak dalam RM7+ (dah lupa angkanya). Tapi takpelah bukan selalu. 2 tahun sekali kan?

Sampai sana ke kawasan kura-kura untuk beri makan. Anak bujangku masih lagi takut-takut. Terpaksalah aku dan isteri yang beri makan kepada kura-kura legend tu. Dalam perjalanan terasa penat dan mengah meskipun baru berapa minit je berjalan. Memang berbeza berbanding ketika 2 tahun yang lalu. Ini yang orang katakan kesan COVID dan kesan penuaan.

Sebenarnya tak nampak berbeza sangat berbanding 2 tahun lalu cuma mungkin banyak serangga atau ular yang sudah tiada. Nampak beberapa tempat pameran yang kosong. Tapi aku faham sebab Taman Rama-rama ni terpaksa struggle ketika PKP tempohari.

Berita berkaitan :

Taman Rama-rama lupus 3000 beluncas

Walaubagaimanapun masih ada serangga dan juga reptilia serta burung-burung yang boleh menjadi daya tarikan kita. Tambahan juga dengan kedai coklat yang menambahkan pengeluaran duit dari poketku. Hahahaaha.. Apa nak kata.

Secara keseluruhannya, masih ok untuk membawa kanak-kanak berjalan di Taman Rama-rama ini. Lebih santai dan kurang pengunjung berbanding Zoo Melaka. Cuma tak boleh expected yang ia lebih baik dari sebelum ini. Mungkin mereka dalam fasa untuk bangkit kembali bagi memperbanyakkan lagi spesis rama-rama dan serangga lain untuk dilihat terutama oleh generasi baharu ini. Aku harap mereka dapat mempelbagaikan lagi persembahan dan mengukuhkan promosi terutama dalam media sosial supaya dapat maju lagi.

Semoga Taman Rama-Rama dapat maju lebih lagi. Teringat juga dulu pernah ke Taman Rama-rama Entopia di Pulau Pinang yang lebih maju berbanding disini.

Layan video ke Taman Rama-rama Melaka

2 Replies to “Layan Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.