Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Tinggal beberapa hari sahaja sebelum Ramadhan akan meninggalkan kita dan Hari Raya Aidilfitri 1437 H akan menjelang tiba. Memang ada kenangan yang cukup hebat dalam bulan Ramadhan kali ini.
Secara keseluruhannya, Ramadhan kali ini meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri ini. Pencapaian terawih aku pada tahun ini merosot. Selain dari keadaan kesihatan (batuk dan selsema yang mengugat kemampuan), KELASAKAN si Fatih juga menyukarkan untukku berterawih.
Mungkin ianya alasan tapi apakan daya, aku hanya insan yang lemah. Harapnya pada tahun depan, Fatih sudah boleh berdikari dan aku mampu berterawih. Er.. tapi kalau tahun depan ada tambah lagi seorang camne ye. AMIN.. Hehhehehe..

| Apa yang perlu diteruskan selepas Ramadhan |

Nak hias-hias rumah pun tak terlarat tahun ni. Cuma dah kemaskan sikit sebanyak bilik pejabat keduaku dan juga telah ubah posisi bagi menjadikan ianya lebih ‘FRESH’. Nak beli barang-barang baru tak larat sebab nanti dak Fatih tolong KEMASkan nanti. Heheheh. Bagi korang yang nak cari idea tu boleh tengok artikel hiasan rumah yang sering dilakukan ni.

Pada tahun ini aku tidak membeli baju raya. Aku hanya menggunakan baju raya FREE yang ku dapat dari opis ketika sambutan Maulidul Rasul tahun ini. Ye lah, rasa tak berbaloi nak beli dan menambahkan koleksi banyak-banyak baju Melayu. Baju melayu si Fatih pula ada dibeli tahun lepas yang tak muat dan ada juga yang diberi oleh abangku.
Isteriku pula tidak berminat membeli baju rayanya tapi ada beli selai rasanya. Raya pertama tahun ini aku akan pulang ke kampung isteri di Kuala Linggi selepas solat Hari Raya. Memang dah tetapkan sebab raya kedua ada perjumpaan besar-besaran keluarga belah bapaku. Kenalah join .

Pada Ramadhan kali ini juga, berat badanku menyusut. Jika pada tahun 2015, berat badanku sekitar 72 kilogram tapi 2 hari sebelum raya, beratku kini telah mencapai 60.7 kilogram. Hanya lagi 2 kilogram untuk mencapai angka BMI ideal.
Kalau nak ikutkan, takdelah diet ataupun exercise di bulan puasa ni tapi memang makan hanya selepas berbuka dan sahur sahaja. Itupun nasi dalam kuantiti yang kecil. Selain itu, ketidaksihatan serta kesibukan menjaga si Fatih sedikit sebanyak menyumbang kesusutan badanku.
Mungkin sedara mara akan terkejut sedikit sebanyak dengan saizku ini. Diharap juga dengan saiz terkini aku mampu untuk memperbaiki catatan larianku nanti. Inshallah lepas 1 minggu lepas raya boleh memulakan kembali aktiviti larian dan mencari pertandingan yang boleh disertai untuk menambahkan lagi koleksi medal.

Tatkala artikel ini ditaip, aku masih bekerja Isnin (4 Julai 2016) dan suasana di pejabat memang sunyi. Almaklumlah, orang semua dah mood nak berhari raya. Aku pun tak berapa nak ada mood nak tulis pasal cerita minggu lepas tapi aku kongsikan sikit gambar-gambar.

Hamper ni dikongsi-kongsi oleh Unit IT
Hamper ni dikongsi-kongsi oleh Unit IT
Gambar ala-ala drama oleh ketua unit Lembaga Perumahan Melaka
Gambar ala-ala drama oleh ketua unit Lembaga Perumahan Melaka

Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan ‘SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN‘ di sepanjang korang mengenali aku samada secara LANGSUNG ataupun tidak. Semoga persahabatan kita akan KEKAL. Inshallalah.

2-kad-raya

p/s : – Kepada yang nak buat ketupat tu, boleh tengok video Youtube yang aku hasilkan pada tahun 2009 ni.

  1. Video Cara-cara menganyam ketupat
  2. Video cara-cara masukkan beras ke dalam ketupat
  3. Video cara-cara merebus ketupat

4 thoughts on “Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *