Uncategorized

Terima kad Debit Public Bank , Buat Video Anak buat Pizza , Kini Berkepala Botak

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Dah lama aku tak menaip di blog ni. Baru-baru ni aku singgah di rumah mak dan dapat satu surat. Rupa-rupanya surat dari Public Bank. Memang biasa terima surat penyata Public Bank tapi kali ni lain cerita.

Rupa-rupanya Public Bank renew automatik kad debit ku. Memang aku pakai kad debit Public Bank terutama untuk renew domain melalui Go Daddy. Sekarang ni nak kena aktifkan kad tu di ATM. Memandangkan tiada Public Bank di Alor Gajah kenalah aku pergi ke Ayer Keroh untuk aktifkan..

Kalau ikutkan rasa nak tukar ke akaun bank lain tapi memandangkan malas dan nak asingkan maka ku biarkan mengguna Public Bank ni. Diharap mampu membantuku untuk menguruskan perbelanjaan terutama untuk pembelian online secara kad visa.

BUAT VIDEO ANAK

Hari ni juga aku terpaksa jadi ala-ala videographer untuk projek anak ku. Sekolah menyuruh buat video menyediakan Pizza. Memang agak mencabar la juga. Tapi menariknya anak aku dah boleh beraksi dengan kamera handphone dengan bersahaja. Almaklumlah asyik tengok ayah dia buat rakaman je. Dia pun dah selesa.. Layankan video ni..

BERKEPALA BOTAK

Sekarang ni susah nak gunting rambut. Nak pergi kedai pun tak buka. Bila ada kelonggaran pun masih was-was jadi aku telah beli satu mesin gunting rambut. Mula-mula aku cuba gunting rambut sendiri tapi rasa kena gelak maka aku suruh isteriku. Sekali gondol la kepala. Tapi takpe, rasa selesa sikit.. Korang boleh tengok video bawah ni..

Okay cukuplah sedikit tulisan ni. Kena mula semula untuk aktif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.