Bengkel Sasaran Kerja Tahunan 2016 di Thistle Hotel, Port Dickson

Aku masih terasa kepenatan lagi ni. Apataknya minggu lepas kena menghadiri bengkel sasaran kerja tahunan 2016 dimana perlu membincangkan sasaran tahunan 2015 dan juga pelan untuk sasaran kerja tahunan 2016.
Memang blog-blog pun berehat seketika akibat kesibukan di bengkel tersebut. Aku tak mau cerita hal bengkel tu sebab malas nak berkongsi perihal kerja pada korang semua. Biarlah segala positif dan negatif di tempat kerja itu habis disana.
Tak perlulah nak mengadu di blog ini. Cuma untuk artikel kali ini aku sikit sebanyak kongsi tentang penginapan ketika bengkel itu.

Aku bergerak dari pejabat di MITC kira-kira jam 2.30 petang menuju ke Hotel Thistle, Port Dickson. Perjalanan melalui jalan kampung dimana menempuh di Pengkalan Balak. Aku menaiki van seramai 8 orang dan aku menjadi co-driver kononnya. Singgah di Pengkalan Balak singgah layan rojak sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi.
Perjalanan tak jauh mana, sekitar 1 1/2 jam je dari pejabat ke Hotel Thistle tu. Sesampainya di Hotel, berehat seketika. Memang agak mewah juga bilik hotel ni. Cuma yang tak best bila kat bilik air, air keluar dari landasan. Mungkin senibina yang tidak betul. Sepatutnya air berdekatan tandas tu ada laluan untuk dikeluarkan.
Tapi aku malas nak komplen, layankan je. Pukul 5.30 pergi melayan kolam mandi. Memang besar kolam mandi di hotel ini. Cuma ianya agak dalam bagi seorang yang rendah dan kureng pandai berenang sepertiku. Yang paling rendah pun kedalamannya 1.5 meter. Bayangkan aku yang hanya 1.54 meter ni. Air dah memang lepas leher. Walaupun bolehlah sikit-sikit berenang (hasil ilmu dari ebook Belajar Berenang ) namun tidak cukup berani untuk ke kolam yang lebih dalam dari itu.
Memang seronok juga melayan berendam sampai kejang-kejang juga kaki. Tapi memang besar malahan ada juga kolam berdekatan laut. Tapi aku tak sempat pergilah untuk berenang di sana.

Malamnya, makan di tingkat 1. Makanannya agak sedap juga cuma aku kena ‘Rush’ untuk persediaan projektor dan laptop di bilik bengkel. Aku ada tanya urusetia kenapa tak sediakan projektor. Urusetia memaklumkan untuk menempah projektor dikenakan bayaran RM6++ sehari. Memang mahal dan aku terpaksa mengendung projektor ketika program ini. Nak buat camne, nile nasib Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.
Habiskan cerita kerja, esok paginya selepas solat Subuh aku turun ke tempat makan. Memang terlalu awal aku turun sebab tiada orang yang sedang bersarapan ketika itu. Makanan ok je, cuma takde pula bihun atau mee goreng disediakan. Aku melayan je yogurt, roti sikit untuk alas perut. Tak berani nak layan banyak-banyak nanti meragam pula perut ketika bengkel nanti.

Petang selepas selesai bengkel sesi petang, aku ke Gym dengan kawan yang ingin pergi. Aku melayan ‘treadmill‘ dan berjaya berlari 23 minit untuk 2 kilometer. Bukan satu catatan yang baik. Memang feel treadmill dan berlari di kawasan lapang amatlah berbeza. Aku lebih suka berlari di kawasan lapang berbanding di treadmill. Tapi kalau ada treadmill boleh je layan.
Lepas habis bersenam, terus turun ke kolam renang lagi. Memang seronok sesekali layan kolam renang ni. Cuma aku masih belum bijak mengapungkan badan lagi. Malahan hampir terlemas sebab termasuk kawasan yang tinggi kedalamannya. Tapi tak mengapa, itukan pengalaman.

Pada malamnya, makanan lebih syok lagi. Ada steamboat, sate,kebab yang cukup sedap. Cuma mungkin masa agak mencemburui, dan terpaksa berkejar untuk bengkel maka tak dapat menikmati makanan dengan tenang.
Habis bengkel pada hari Sabtu jam 12.00. Secara peribadi aku merasakan, hotel ini cukup sesuai untuk merehatkan minda. Laut terbentang luas pun cantik, cuma aku kekurangan waktu untuk menikmatinya.
Cuma harganya mungkin agak MAHAL untuk golongan sederhana seperti aku. Apapun kalau aku cukup bajet, mungkin akan singgah ke sini bersama keluarga.

Sedikit gambar kenangan diambil di bengkel tersebut. Korang carile mana aku menyempil tu.

Selepas melayan kolam renang di Thistle Hotel
Selepas melayan kolam renang di Thistle Hotel
Gambar sebelum bengkel berlangsung
Gambar sebelum bengkel berlangsung

Inilah sikit artikel ku pada minggu ini. Jumaat-Ahad ni ada Kursus ‘Team Building’ plak. Senyap lagilah blog-blog ku minggu ni.

7 thoughts on “Bengkel Sasaran Kerja Tahunan 2016 di Thistle Hotel, Port Dickson

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *