Pejam celik dah sampai pun tahun baru 2017. Sekejap je masa berlalu dan kalau ikutkan perkiraan anggaranku, mungkin telah lebih 10 tahun aku menjadi blogger ‘part time’. Bagi sesiapa yang pernah melayan aku menulis dari ligakampung.com mungkin dapat mengenali sedikit sebanyak perubahan dan gaya penulisanku. Dari ligakampung.com yang kujadikan blog caca marba sehingga akhirnya aku mengambil keputusan kira-kira 1 ½ tahun lalu untuk menempatkan entri peribadi ke dalam blog berdomain namaku sendiri.
Bagi sesiapa yang tertanya-tanya bagaimana nama ini terhasil, aku pun tak tau. Mengikut sejarah, bapaku dapat nama dari jiranku. Tak pasti le macammana boleh terfikir nama ni. Tapi memang unik sebab belum pernah jumpa kot nama ni.
Okay, berbalik kepada masuknya tahun baru memang banyak yang nak diperbaharui. Aku tak nak cerita pasal Azam, sebab aku dah buat entri tu awal-awal dulu (yang nak tengok azamku, boleh klik sini ). Oo ye, kalau sesiapa yang rajin memfollow blog ini juga mungkin pernah terbaca impianku untuk menukar laptop. Memang agak lama juga aku berimpian untuk membeli laptop bagi menggantikan laptop yang telah usang. Nampaknya dalam minggu ini laptop yang telah ku gunakan hamper 3 tahun terpaksa juga diganti. Si Fatih telah menyebabkan LCD laptop itu tidak berfungsi. Untuk membetulkan memerlukan kira-kira RM300 memandangkan model telah lama. Berfikir dan membuat kira-kira akhirnya aku mengambil keputusan membeli laptop 2nd dengan kedai komputer Jaticom di Batu Berendam, Melaka. Aku masih membeli laptop 2nd memandangkan bajetku yang agak terhad. Mula-mula ingat nak beli yang baru pada pertengahan tahun ni tapi memandangkan sebagai blogger tegar, amat sukar untuk tiada laptop. Jadi ku ambil keputusan pantas juga.
Laptop yang ku beli ni agak berusia juga. Kalau ikutkan ianya adalah DELL keluaran 2009. Walaupun hamper 10 tahun tapi aku yakin dengan kualiti sebab ada satu laptop ofis yang berusia sama dan masih kukuh lagi. Harga? Tak perlu aku bagitau sebab tak pasti samada harga yang ditawarkan itu murah atau tidak. Takpelah, aku pun malas nak tawar menawar sangat. Lagipun, dapat mouse , pendrive percuma. Kira oklah tu. Campur dua tu kira-kira RM6+ lebih juga dapat barang.
Alhamdulillah, walaupun ada masalah pada touchpadnya namun aku berjaya juga menemui penyelesaiannya. Touchpad bergerak sendiri akibat touchpad yang mungkin telah mengalami masalah. Nasib baik aku jumpa DELL Touchpad ni. Terusku offkan dan gunakan mouse Logitech wireless ni.
Dapatlah juga aku gunakan untuk install beberapa software untuk kegunaan masa depan dan dapatlah aku meneruskan karier sebagai blogger. Harap-harap laptop ini memberikan KEJAYAAN dan KEGEMILANGAN padaku. Bukan hanya dalam arena blogger, mungkin juga sebagai pembangun sistem yang ku inginkan. Oo mungkin ada yang tercari-cari TIPS untuk membeli laptop second hand . Kalau anda tanya orang-orang IT mungkin mereka akan membantu tapi kebanyakan lebih bersifat teknikal. Kalau ikutkan aku, carilah :-
- Ikut Bajet. Korang janganlah berhutang bila beli komputer/laptop ni. Bila beli yang second hand lagilah jangan berhutang sebab nilai dia confirm jatuh lepas ni. Laptop sekarang yang agak baik sekitar RM2,000 ke atas. Jadi kalau nak cari 2nd hand janganlah melebihi RM1,000.
- Tempoh jaminan. Walaupun tiada tempoh jaminan dari pengilang tapi dapatlah jaminan dari pekedai sekurang-kurangnya 1-3 bulan. Takdelah nanti baru pakai dah tak boleh guna.
- Seeloknya CPU Dual Core yang terendah i3. Yang ke bawah dari tu takut nanti susah nak install Windows. Lainlah kalau korang expert nak pakai Linux . Mungkin mencukupi tu.
- Dapatkan bantuan pakar. Kenalah tanya mereka yang berada dalam bidang ini. Nanti tak berbaloi pula beli dengan harganya.
- Terus je beli. Jangan pandang belakang bila dah beli. Jangan menyesal tentang harga dan spesifikasi. Bersedia juga dengan sebarang kemungkinan ye.
Itu serba sedikit tips yang aku boleh berikan berkenaan beli laptop 2nd hand ni.
Bermula tahun 2017 nampaknya aktiviti larian menjadi permulaan hari pertama. Aku memulakan larian di kawasan berhampiran di rumahku. Sasaranku pada tahun 2017 adalah untuk berlari sejauh 600kilometer setahun. Permulaan larianku adalah sejauh 7.29 kilometer dengan masa 59.51 minit dan anggaran pace adalah 8.13min/km. Bukanlah angka yang baik tapi ia tetap satu pencapaian bagi permulaan. Masih banyak yang perlu kuperbaiki dari segi larian kalau nak mencapai sasaran 600 kilometer tu. Untuk hari pertama juga aku menjadi ‘babysitter’ lagi. Kali ini aku menjaga Fatih berseorangan di rumah. Memang mencabar apatah lagi Fatih kadangkala merengek. Tapi dengan berbekalkan kecekalan, aku berjaya juga menyediakan mee goreng sebagai makan tengahari dan mee rebus sebagai makan malam bersama isteri.
Korang nak resipi ? Sorilah aku pun tak berani nak bagi sebab tak sesedap mana pun. Tapi cukuplah untuk makan sekeluarga dengan modal RM20.00 (termasuk ayam setengah yang masih berbaki, kicap yang baru 1% digunakan, bawang besar yang masih berbaki 2 biji). Kalau ikutkan harga mee goreng pun dah RM3.00 sepinggan. Kalau mee rebus dengan rencah ayam pun mau dekat RM4.00 seorang makan. Jadi dapatlah sedikit sebanyak aku jimat untuk hari ini.
Okay cukuplah cerita kosong untuk minggu ini. Semoga ada kisah menarik yang mampu aku kongsikan pada minggu hadapan. Terima kasih juga kat korang yang sudi membaca ye.
Disamping itu aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan ‘SELAMAT TAHUN BARU 2017. SEMOGA TAHUN INI KITA AKAN TERUS BERJAYA DALAM APA JUA BIDANG YANG DICEBURI’
akhirnya tercapai jgk hasrat utk beli laptop..xpe beli 2ndhand dulu..mana tahu lebat income dari blog boleh beli baru..insyaAllah..
selamat tahun baru 2017..semoga semakin dimurahkan rezeki..
harap begitulah hendaknya
aku angkat pc 2nd hand je. rm500.
ok la spec dia.
leh wat keje kat rumah.
laptop kalau nak wat keje kat luaq je.
Dell tu brand hard core.Selalu office guna sebab tahan lasak.Saya pun ada seller jual RM 900 je sebab baru 3 bulan pakai. Siap bagi waranti 1 tahun .Rasa macam nk ambik je sebab laptop saya pun problem kat mouse dia tu. Sakit hati gerak sendiri.
oo memang gerak sendiri ek..
sebab touchpad problem tu
selalu co saya pun guna dell. tahan lasak sikit dan support pun bagus
ingat nak beli laptop jugakla.. tapi sekarang handphone sekarang lagi mahal dari laptop pun ada.. huhu
tu le. bagus beli laptop utk keje2.handphone beli asas je..
Saya buat perancangan untuk beli laptop tahun ni sebab laptop dah lama rosak dan sekarang pun main pinjam dengan kakak sahaja huhu..