Selamat Tinggal 2015 : Apa yang ku bawa di tahun 2016

Tahun 2015 telahpun meninggalkan kita. Aku pun dah menulis Azam tahun 2015 dan azam tahun 2016. Tapi ada juga beberapa benda yang aku terpaksa bawa hingga ke 2016.
Perkara-perkara yang belum berjaya ku selesaikan pada tahun 2015 dan dibawa ke hadapan untuk ku cuba selesaikan (sekiranya mampu). Antaranya ialah :-

1) Hutang
– Aku pun macam sesetengah dari korang semua. Hidup dikelilingi hutang. Nak buat camne, tak cukup KAYA nak hidup dibebaskan hutang. Tapi hutang takdelah banyak sangat. Aku ada 3 hutang utama iaitu :-

a) Hutang PTPTN – Berdasarkan rekod terkini hutang pinjaman pelajaran aku yang dibuat pada tahun 1999-2002 hanya berbaki RM927.00. Nak lumpsumkan semua sekali tak termampu sekarang ni. Aku tunggu bonus masuk dan buat kira-kira berapa boleh kubayar. Insyallah, tahun ini aku mampu untuk melangsaikan hutang PTPTN setelah 14 tahun berlalu.
Nasihat aku pada adik-adik di luar sana, korang buat perancangan AWAL, kalau boleh sebelum dapat kerja tetap lagi korang dah boleh bayar. Kalau yang lagi pandai tu, duit lebihan PTPTN (kalau ada) boleh laburkan di tempat yang sesuai. Nanti dah matang boleh bayar banyak sekali. Sambil tu ikutlah saranan Menteri, cari #2Kerja untuk menampung kehidupan dan kehutangan.
Jangan nanti tetiba duit gaji korang tinggal RM19 je sebab PTPTN potong kaedah paksa. Menangis nak makan apa RM19 tu..

b) Hutang kereta – Aku pakai kereta buatan tempatan je, MyVI 1.3 je. Apa nak buat, itu je termampu. Bayar bulanan RM471.00 tapi biasa aku bayar lebih. Kalau ikutkan tahun ini adalah tahun ke-7 dan aku ada lagi 2 tahun untuk menyelesaikannya. Nasihat aku pada adik-adik yang membeli kereta, janganlah nak gah beli kereta mahal-mahal kalau gaji tak seberapa. Ikut kemampuan dan takpayah nak makeup macam gila kereta tu.

Avoid-Debt

Yang penting boleh bawa berjalan tempat kerja dan tempat kalau rasa-rasa nak bercuti atau emergency. Kalau mampu, bayar dalam jangkamasa yang lebih awal. 9 tahun adalah angka maksimum dan korang akan terasa lambat je nak habis. Macam aku, 40 tahun baru nak habis. Penat juga nak tunggu. Anak aku pun akan masuk 3 tahun dan nak kena buat anak lagi lepas tu. Lagilah belanja tinggi.

c) Hutang rumah – Pinjaman perumahan memang biasanya lama dan aku ambil yang Maksimum dulu. Aku guna Bank Muamalat untuk membayar rumah teres setingkat berharga RM85,+++ ini. Bayaran bulanan aku dalam anggaran RM55+.++ (akan menaik dan berkurangan tengok BLR). Kalau diikutkan aku baru je sampai 9 tahun dan ada lagi 21 tahun nak selesai tu. Kalau ikut umur sampai pencen pun tak habis bayar lagi. Tapi aku rasa nanti aku nak buat ‘refinance’ semula lepas setel bayar kereta ni.
Rasanya aku perlu selesaikan sebelum usia 50. Nampak cam susah tapi tak mustahil kalau cari penyelesaiannya.

d) Lain-lain hutang – Hutang lain mungkin bil-bil utiliti yang mana aku terlepas pandang. AKu rasa macam dah selesai semua tahun 2015 tapi kena tunggu lah juga. Mana tau ada tetiba sampai.

2) Kesihatan

– Kesihatan akan dibawa sampai ke Mati. Aku ingin memperbaiki kesihatanku yang kadangkala ku rasakan teruk. Selain meneruskan aktiviti jogging, aku juga perlu menjaga pemakanan yang sihat. Aku juga perlu berusaha untuk mendapatkan BMI yang sesuai dengan ketinggianku ini. Berat berlebihan akan menjadi ideal pada tahun 2016 ini. Berat yang aku sasarkan adalah dibawah 60 kilogram sesuai dengan ketinggian ku yang hanya 155cm ni.

fitnes-goal
Sasaran mengurangkan berat badan sehingga 7 kilogram menjelang 31 Disember 2016

3) Insurans Anak
– Aku juga menangguhkan insurans untuk anakku. Aku harap selepas dapat bonus nanti akan ku gunakan untuk selesaikan bayar premium insurans anak untuk 10 bulan. Inshallah.
Selain insurans anak, aku juga nak cuba trik mengeluarkan duit dari insurans untuk bayar premium sekali setahun. Tapi kena tengok juga berapa banyak duit kat situ.

4)Pelaburan
– Tahun 2015 langsung tiada apa bisnes ku buat. Aku ada melabur sikit kat CWA dan mungkin kena tambah pelaburan kat situ. AKu juga berharap agar syarikatku ada berbuat sesuatu pada tahun 2016. Perancangan untuk buat ‘STARTUP’ yang boleh menambahkan kantung duit syarikat tu. Tapi kena cari alternatif lain juga. Kalau berharap pada itu, nanti tak jadi juga.

5)Menyiapkan kerja-kerja belum selesai di opis
– Memang banyak kerja-kerja 2015 yang tidak selesai. Kalau ikutkan catatan ada tak kurang 9 lagi kerja-kerja yang belum selesai tu. Apatah lagi bila pembantu tadbir bersalin, memang kelam kabutlah sikit. Memang ada bakal kena marah dengan boss ni..

6)Membeli Handphone Isteri
– Isteriku memakai Handphone Sony Ericsson K750i yang telah tiada lagi dijual. Kena juga beli tapi bajet 2015 tak mengizinkan. Kalau dalam bajet, aku target handphone yang berharga bawah RM500. Mungkin cari yang kamera baik tapi yang lain tak berapa gempak pun takpe.  Harap-harap bajet 2016 mengizinkan.

7)Mengukuhkan blog ligakampung
– Sekarang ni aku dah mula mengalihkan blog ligakampung.com kepada cerita sukan tempatan. Namun masih ada artikel lama yang kusayang. Mungkin dalam tahun 2016 perubahan besar akan dilakukan di blog itu. Aku mensasarkan ia mampu bersaing dengan blog sukan lain. Kalau ada yang nak bersama aku dengan menjadi penulis artikel sukan, amat dialu-alukan.

8) Melawat abang dan kakak isteri

– Awal tahun 2015 aku ada melawat kakak dan abang isteri tapi semenjak kelahiran anak sulung tidak berkesempatan untuk menziarahi abang dan kakak isteri. Aku kena melawat pada tahun 2016 ini apatah lagi, abang dan kakak isteri agak berusia. Umur abang bongsu pun dah sama umur bapakku, 72 tahun. Jadi kena juga melawat apatah lagi beliau jadi wali ketika majlis perkahwinanku. Tak seronok kalau tak pergi.

Okay cukuplah serba sedikit perkara 2015 yang perlu ku bawa ke 2016 Semoga tahun 2016 akan memberi sinar yang lebih kepada diriku dan keluarga. AMIN.

Kepada korang yang membaca entri ini aku ucapkan ‘SELAMAT TAHUN BARU 2016′. Semoga tahun ini akan lebih GEMILANG, CEMERLANG ,TERBILANG (walaupun ayat ni dah ketinggalan zaman tapi aku tetap rasa ianya relevan untuk kita).

9 thoughts on “Selamat Tinggal 2015 : Apa yang ku bawa di tahun 2016

  1. menarik cerita bro..terutama bab pengurusan wang..

    kereta kami dah habis bayar dan rumah guna pinjaman kerajaan..

    wang perbelanjaan bulanan pun masih tak cukup waima menanggung hutang rumah sahaja..

    selepas ini nak jemput rezeki dengan cara yang hebat pulak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *