DIY

Youtuber Viral : Sugu Pavithra dan Dimas Pratama

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebenarnya aku nak buat konten ni untuk channel Youtube aku ( https://www.youtube.com/channel/UC4LiUwnUdnqo_rr1VUct2VQ ) dan aku buat skrip untuk persediaan video tu. Tapi secara tiba-tiba aku terfikir kembali.. Eh, kenapa aku tak buat juga dalam blog . Kira serampang dua mata . Sambil aku dapat traffik dari video , blog pun boleh gak tumpang-tumpang populariti diorang ni. Jadi terhasillah artikel ini. Walaubagaimanapun aku kena adjust agar ia lebih sesuai dengan gaya penulisan.


Minggu ni ramai dari kita terperasan mengenai dua Youtuber yang secara tiba-tiba viral. Meletup-letup cam mercun pop bilamana media-media mula mengambil kesempatan populariti mereka untuk membuat berita.

Berbalik kepada tajuk, rasanya semua orang tau siapa Youtuber yang aku maksudkan iaitu Mrs Sugu Pavithra dan Dimas Pratama.. Dua figura yang berbeza sebenarnya tapi kedua-duanya dah berjaya dapat SIlver Youtube Button dalam Youtube. Untuk makluman korang, Silver Youtube Button tu hanya diperolehi oleh Youtuber yang berjaya mengumpul 100K subscriber sahaja. Jadi korang pun apa lagi singgahlah channel aku ye. Mengidam juga tu..

Mrs Sugu Pavithra adalah Youtuber berbangsa India tetapi menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam video manakala Dimas Pratama adalah Youtuber Indonesia yang menjadikan pekerjaan mengangkat sawit sebagai bahan utama. Sudah pasti masing-masing ada kelebihan tersendiri namun poinnya hampir sama.



Mula-mula mesti ramai tertanya apa hebatnya sangat Youtuber dua orang ni? Jujurnya, video pun tak de cantik mana pun. Pakai handphone murah je. Editing memang so-so je. Kiranya memang tak de teknikal sangat pun. ..Tapi video mereka terus meningkat jauh meninggalkan pesaing terdekat.


Okay, berdasarkan pengamatan aku lah ada beberapa perkara yang menarik perhatian penonton untuk subscribe dan follow channel ni. Antaranya ialah :

1) Jujur – Korang tengoklah video mereka. Mereka buat ikut cara sendiri. Kalau tengok Mrs Sugu tu kita boleh nampak dia bukan seorang yang petah bercakap-cakap depan kamera. Jauh kalau nak bandingkan dengan Chef-chef tapi gaya tu yang mejadi tarikan.
Gaya percakapannya memang terus tanpa dialog atau skrip. Begitu juga dengan Dimas yang mudah sahaja menuturkan kata-kata menjadikan ianya menarik untuk ditonton.

2) Unik – walaupun niche diorang takde lah unik mana. Pasal masakan ramai je yang buat tapi gaya lembut tu cukup memukau. Bukan semata-mata masak tapi jiwa. Macam Dimas lah, meskipun video hanya ada angkat sawit ke dalam lori tapi tengok dan lagu yang dimasukkan cukup kena.
Orang lain memang tak mampu nak ikut style tersebut. Macam Sugu ni dia guna bahasa Melayu memang cepat mendapat penonton dan subscriber yang ramaiā€¦ Dimas pula ada isu sendiri apabila dibuang kerja dan merantau ke Malaysia pasti ia menimbulkan emosi mendalam kepada pnontonnya.

3) Lokasi – lokasi diorang ni mungkin tak ramai pernah tengok. iaitu di kawasan ladang sawit. Mungkin ramai pernah tengok kelapa sawit tapi tak ramai yang dapat merasai suasana di sana. Itu yang dapat kita lihat bagi kedua-dua Youtuber ni.. Selain itu penggunaan lokasi juga mungkin mengimbau kenangan lama sesetengah penonton yang mungkin pernah berada di sana.

4) Emosi – Macam Dimas ni kita boleh terasa betapa kepayahannya angkat kelapa sawit yang berat. Sebagai salah seorang anak tukang sawit saya akui nak angkat buah sawit bukan mudah. Mengengkek nak cucuk kat buah dan tarik. Begitu juga tentang Sugu yang buat video dengan keadaan yang kita nampak susahnya. Malahan bila diceritakan bahawa handphone tersebut adalah dari peminjaman ianya lebih memberi kesan kepada hati penonton. Ye, penonton mudah tersentuh dengan sesuatu yang sentimental ataupun menyedihkan.

5) Bantuan viral – Memang mereka dah banyak pengikut tapi bilamana viral dengan sokongan media yang dah kukuh lagilah bertambah kukuh channel mereka. Tak mustahil mampu cecah 1 Juta pada tahun ni..

Contoh Media Yang Menulis Berkenaan Mereka

OhBulan

MStar


Nampak ada sinar kejayaan buat mereka tapi selepas ini pasti cabaran mereka lebih besar. Bila ko dah berjaya adalah nanti yang akan menumpang. Sebelum ni tak pernah ambil kisah. Akan datang ramai mengaku saudara la, kawan masa sekolah lah, jiran tetangga la. Aku tak tau macam mana cara diorang nak handle situasi ini. Semoga mereka dapat menguasainya.

Selain itu konsistensi untuk menghasilkan video yang lebih baik selepas ini supaya tak kehilangan penonton. Pendapat aku, ia memang satu cabaran yang teramat berat. Bayangkan nak mengekalkan video berkenaan resipi untuk tahun-tahun mendatang. Berapa banyak resipi nak buat tu. Macam Dimas pula , aku yakin dalam beberapa tahun lagi orang sudah mulai bosan dengan niche sawit. Jadi dia kena mencari cara lain untuk memastikan penontonnya kekal melanggan channelnya.

Semoga mereka terus berjaya dalam Youtuber dan dalam kehidupan..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.