Kursus SKT , Kursus Kreatif dan Inovasi , Perancangan Menulis Buku , Menggunakan Band Olike Now2

Alhamdulillah minggu lepas memang amat memenatkan. Agak banyak aktiviti yang dilakukan sehingga sukar untuk menumpukan pada penulisan di blog ini.
Pada hari Jumaat yang lalu aku mengikuti kursus Sasaran Kerja Tahunan 2018 yang dilakukan oleh Jabatan. Kursus tersebut diadakan di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur.
Nampak macam bersuka ria tapi kena berhadapan dengan boss. Apatah lagi bila tahun lepas bajet yang dirancangkan banyak yang terlaksana. Memang kena bantai dengan boss bila buat presentation.
Memang kena hadap je la dan cuba menjawab beberapa persoalan. Nasib le kan. Itulah pentingnya ada SKT bagi setiap jabatan. Kena buat perancangan awal tahun dan ikut segala perancangan yang ditetapkan.

Muka Khusyuk sebab nak kena bantai..

Rasa mana-mana organisasi pun kena ada SKT ni kan.. Tapi mungkin term lain-lain la.
Ooo ye, masa ke KL tu sempat juga lah aku singgah ke Plaza Low Yat. Macam biasa windows shopping je cuma ada lah kawan yang beli External Hard Disk Seagate dengan harga RM2++. Memang banyak barang tapi aku tak terbeli pula.
Bukan takde duit tapi tak tau nak beli apa. HUhuhuhu

Balik je dari Kursus SKT tu, kena mengadap lagi kursus. Kali ini Kursus Kreatif dan Inovasi. Kursus ini disampaikan oleh antara orang kuat syarikat penerbitan PTS, Tuan Zamri Mohamad. Nama dia macam nama abang aku tapi berbezalah karektornya.

Kursus ini memang menarik perhatian aku sebab penceramahnya memang berilmiah. Banyak info-info yang aku tak pernah tahu sebelum ini macam teknik Kawakita Jiro , 6 Topi Warna. Bukan itu sahaja , beliau yang telah menghasilkan 26 buku penulisan juga mengalakkan peserta untuk menulis buku.
Pastinya orang yang paling tertarik dengan kenyataan tersebut adalah AKU sendiri. Memang salah satu impian aku nak menengok masterpiece aku terhidang kat kedai-kedai buku. Hehehehe. Buat masa ni aku cuba untuk membina hubungan dulu dengan tuan Zamri Mohamad.

Masa ni Tuan Zamri beri assignment bagi whatsapp kepada orang-orang dikenali

Inshallah, harap-harap tahun ini aku dapat keluarkan sekurang-kurangnya sebuah buku. Korang pun kalau rasa nak buat buku bolehlah hubungi tuan Zamri Mohamad tu. Mana tau boleh tengok buku kat MPH Bookstore nanti. AMIN.

Ooo ye, selain tu aku juga telah menggunakan ‘band’ Olike Now 2. Aku beli dekat Lazada je. Harga hanya RM15+.++ tapi ambil masa lebih seminggu untuk sampai. Mula-mula aku risau juga sebab dapat je jam (aku tak tau nak sebut apa) Olike Now2 keluar bahasa Cina. Walaupun pernah belajar Mandarin masa belajar kat UiTM dulu tapi tu belajar main-main je.
Jadi memang tak faham. Bila aku install app kat Handphone Oppo , berjaya secara auto tukar ke mode English. Alhamdulillah. Setakat ini aku dah pakai jam tu kira-kira hampir 2 minggu dan baru hari ni caj semula baterinya.


Nampak memang ok guna band ni sebab banyak yang dipaparkan. Antaranya seperti statistik ‘tidur’,’jalan’,’pergerakan’ dan ada juga mode ‘lari’. Cuma agak sedih sebab tak dapat sync dengan app RUnkeeper. Tapi tetap ok sebab app Olike ada juga info mengenai larian.
Ooo ye, band ni takde GPS dalaman jadi kalau nak berlari kena bawa handphone sekali. Takpe lah, untuk band harga bawah RM2++ kira berbaloila. Kalau nak yang siap GPS boleh beli Olike Hey Now. Mahal sikitlah dalam RM4++. Tak berani nak beli benda semahal tu kat Lazada.
Apapun diharap dengan adanya statistik band ini akan membantu aku mengawal badan dan menjaga kesihatan dengan lebih baik. AMIN

One thought on “Kursus SKT , Kursus Kreatif dan Inovasi , Perancangan Menulis Buku , Menggunakan Band Olike Now2

  1. antara yang ada dalam rak buku saya ialah buku tulisan tuan zamri mohamad..cari duit cara mudah sebagai penulis bebas.

    tercari-cari jugak panduan untuk menulis novel kalau ada 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *