Selamat Hari Raya Aidiladha 1440H

Assalamualaikum dan salam Hari Raya Aidiladha 1440H.

Hari Raya Aidiladha 1440H kali ini merupakan hari raya pertama ku di kariah Ayer Pasir , Machap. Sebelum ni aku teringin nak sertai qurban di sini tetapi kadar kewangan tidak mengizinkan maka aku hanya berqurban di EZQurban sahaja. Mungkin sekarang ni dah boleh menyimpan untuk qurban pada Hari Raya Aidiladha 1441H pada tahun depan seandainya diizinkan olehNya.

Tahun ni tiada apa yang menarik dimana pagi-pagi selepas solat sunat AIdiladha di Masjid Khalid Al Walid aku terus sahaja pulang ke kampung. Bertemu ibu tercinta yang telah siap sedia nasi himpit dan rendang ayam. Dah gerentilah diet makan ku laut. Ku hentam sepinggan rendang ayam tu sorang je. Takpelah, minggu depan kena mulakan diet yang patut. Tapi jangan ikut diet mengarut para selebriti pula macam ni (klik sini). Itu diorang ada trainer.  Kalau kita yang tak berduit dan tak konsisten janganlah cuba-cuba ye. Nanti lain pula jadinya.

Lepas makan rendang mak terus ajak ke kebun. Kebun di belakang rumah peninggalan arwah bapaku. Semak sikit tapi masih mampu untuk kami berjalan. Hari Raya sepatutnya makan-makan tapi pergi kebun ambil duku pula. Hehehehe. Ada pokok duku yang cukup ranum buahnya. OO ye, kalau dulu nak ke kebun belakang ni kena pusing tapi dah ada jambatan. Jambatan yang dibuat oleh kontraktor asal boleh ni berjaya disiapkan. Memang nampak struktur tak kukuh tapi sebab tahu kualiti pembuatnya, terima je la. Aku tengok kebun ni dan mungkin akan buat beberapa perkara pada masa akan datang. Mungkin akan cuba juga tanam nanas dan juga tengok kalau ada kawasan lapang boleh cuba-cuba tanam durian. Tak payah durian Musang King atau duri hitam. Cukup durian kampung je. Sebab kebun getah ni mungkin nilai komersialnya tak tinggi. Tapi akan cuba diusahakan juga dalam beberapa tahun nanti.  Doakan aku berjaya jadi penoreh getah berjaya dalam tempoh 5 tahun lagi ye.

Lepas je ambil duku tu aku membawa makku ke majlis bacaan Yaasin dan Tahlil arwah tok Majid. Tok Majid ni merupakan adik kepada arwah atukku. Kiranya belah atukku , adik beradiknya dah tiada lagi. Cuma ada anak dan cucu sahaja.

Habis je majlis tahlil ketika ingin pulang ke rumah aku ,isteri dan Fatih singgah ke Masjid Lama Kampung Machap. Ada sejarah tersendiri di masjid ini. Menurut yang tertulis, masjid ini antara yang tertua di Melaka dan mungkin juga di Malaysia. Ia didirikan sekitar tahun 15** selepas penjajahan Portugis ke Melaka dimana pengasasnya yang merupakan antara pembesar di Melaka terpaksa berpindah ke sini. Dan nama pembesar tersebut dijadikan sebagai nama penempatan ini. Kalau korang minat dengan senibina masjid lama bolehlah melawat ke sini dan kalau yang gemar memancing boleh juga datang ke sini walaupun ada arahan tak boleh memancing. Kawasan ini terletak di kawasan Empangan Durian Tunggal iaitu kawasan tadahan air untuk kegunaan penduduk negeri Melaka. Kalau aku lihat kawasan ni nampak tak begitu banyak airnya. Takut pula krisis air zaman 90-an berulang kembali. Tapi beberapa hari ni ada tumpahan hujan di kawasan ini. Semoga ia dapat membantu menambahkan kapasiti air di empangan ini.

OO ye, kawasan kariah ada buat qurban dan juga pengagihan kepada kariah tapi aku tak masukkan nama sebab rasanya tak layak untuk terima dan kena kurangkan makan daging. Kalau dibagi nanti ada aku masak daging kicap pula. Memang jahanam le diet nanti.

Esoknya pula mak Ngah pula buat kenduri yaasin dan tahlil sekali di rumah di Pondok Kempas. Rumah ni pusaka arwah atuk belah mak ku. Banyak cerita mengenainya. Antara isu seperti  pemilikan yang masih belum selesai. Kesian pula dengan waris Mak Ngah sebab nama masih banyak lagi. Kalau ikutkan kami, nak potong je nama mak dan bagikan kepada Mak Ngah. Sebab kami rasa tak perlu untuk menuntuk rumah ni. Harap-harap dapat diselesaikan segera.

Makanan dihidangkan oleh sedara mara. Memang sedap juga masakan seperti ayam goreng, kari daging, sayur campur dan beberapa lauk pauk lagi. Sedara mara tak berapa ramai. Mungkin sebab masing-masing ada ketentuan lain. Kalau ikutkan perancangan adik nak buat aqiqah time ni tapi nasib baik tak jadi. Kalau tak, susah bertembung pula.

Tahun ni ada beberapa saudaraku yang menunaikan haji. Mok Teh (belah bapa), Mok Teh (belah mak), Mak Itam(ipar Mak). Ada juga kenalanku iaitu Saiful (kawan seUiTM) yang menunaikan haji pada tahun ini. Tahniah kepada mereka semua. Aku belum sampai waktunya. Mungkin kena kumpulkan duit untuk guna pakej kot. Wallahualam. Apapun diharap aku dapat menunaikan haji pada usia terdekat ni sebab takut kalau waktu pencen mungkin tenagaku sudah kurang.

Okay cukuplah cerita di hari raya qurban. Sedikit gambar untuk kenanganku dan kamu pembaca setia. Oo ye, tak bawa Fatih ke masjid kali ni sebab kaki dia luka jatuh sehari sebelum.

Masjid Lama Machap didaftarkan sebagai Warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005
Beduk. Antara warisan yang sudah tidak digunakan lagi
Di depan masjid lama Machap
Sejarah Machap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.