Layan Larian Fun Ride & Run Hari Pembantu Perubatan 2019 Melaka

Dah lama aku tak sertai acara larian. Kali terakhir rupa-rupanya hampir setahun lalu iaitu ketika menyertai acara Fun Education RUn & RIde di Dataran Tanjung Emas , Muar. Lepas tu aku dah takde daftar apa-apa acara larian lagi. Tahun ni aku ternampak iklan acara larian Fun Ride & Run 2019 sempena Hari Pembantu Perubatan 2019 di Facebook.


Tengok je iklan aku terfikir nak join acara ni. Apatah lagi ianya jarak yang aku mampu iaitu Fun Run 5 kilometer. Ditambah pula lokasinya di kawasan MITC maka lebih mudah bagiku untuk datang ke sana. Yuran pendaftaran pun RM40 jadi aku pun meneruskan cita-citaku.
Selepas mendaftar aku mengikuti serba sedikit tentang penganjur dan tengok sedikit laluannya. Mula-mula aku nak ‘training’ dekat Taman Botanikal tapi aku tak berjaya melakukannya sebab sibuk dengan hal Majlis Jamuan Persatuan Taman. Apatah lagi ada isu besar (akan diceritakan pada artikel akan datang) yang menyukarkan untuk aku melakukan training di taman botanikal.
Jadi dengan tiada training aku terus juga menghadapi acara larian 5 kilometer pada Sabtu , 20 April 2019 yang lalu.
Memandangkan jadualnya bermula larian pada pukul 8.30 pagi maka aku bertolak dari rumah pukul 7.30 pagi. Berbeza dari kebiasaan dimana aku akan tiba seawal jam 7.00 pagi di lokasi.
Sesampai kira-kira jam 7.50 pagi dah ada senamrobik dan penganjur juga mengumumkan acara akan dimulakan sebentar lagi.
Kira-kira jam 8.15 pagi kami dilepaskan dimana peserta berbasikal memulakan acara sebelum kami bermula.

Memandangkan jam Olike Neo telah dihantar ke kedai, maka aku terpaksa menggunakan handphone(aplikasi RUnkeeper ) untuk mencatatkan pace dan jarak sebenar larian.
OOO ye, acara dilepaskan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Tuan Adly Zahari. Untuk permulaan aku memulakan dengan jalan-jalan santai je dulu. Mengikut pengumuman penganjur seramai 1,000 peserta terlibat dimana 600 darinya adalah peserta berbasikal.


Aku tak mau terlalu mendesak pada awal sebab aku tahu ramai pelari-pelari akan mula menghenjut pada awal. Jadi tak mahu bersesak dan tunggu apabila mula kurang orang. Laluan dari Wisma Persekutuan ke roundabout agak santai dan ketika itu aku mula melakukan larian. Larian awal ini untuk mengenalpasti pace yang tidak terlalu menekan.
Ye lah, jarak 5 kilometer bukanlah dekat bagiku. Aku kena cuba untuk konsisten dalam 5 kilometer itu. Sedikit demi sedikit ku cuba potong peserta dan begitu juga, terdapat juga peserta yang memotong ku. Aku tidak mempedulikan situasi itu sebaliknya meneruskan larian dengan pace yang mampu dilakukan. Alhamdulillah rasanya aku tidak mengah sepanjang larian itu.
Cuma ketika jarak 4-5 kilometer sudah terasa sedikit ketegangan pada kaki namun masih mampu berlari non-stop.

Macam biasa, kalau masuk acara larian ni kalau dapat tangkap peserta untuk diikutkan pace adalah sesuatu yang baik. Mula-mula ada seorang mamat ni. Aku tegur dia masa di Taman Botanikal. Aku saja je tegur tanya tinggal dimana dan kerja dimana. Tetapi masa proses pendakian di Taman Botanikal tu, mamat tu dah mula memberhentikan larian.
Aku tak mahu berhenti sebab kalau berhenti sudah pasti akan lebih penat dan akan menangkap kaki. Jadi perlahan-lahan aku tetap meneruskan dan meninggalkan mamat ni. Depan sikit tetiba ada pula seorang awek menegurku. Nampak dia keseorang dan macam nak cari pacer je. Tapi gaya dia banyak berhenti dan larian laju. Memang kelakar awek tu.
Siap berseloroh lagi dan nak ajak aku pecut ketika 1 kilometer akhir. Tapi aku tetap dengarkan pace sendiri. Jangan dilayan sangat, dia muda lagi dan kurus. Walaupun aku lelaki tetapi usiaku sudah 41 tahun. Jadi aku meneruskan dengan rentak. Cuma di akhir 5 kilometer ada sedikit berjalan. Nak lepaskan lelah tapi ok sebab 5km berjaya non-stop.

Selepas sampai, dapatlah medal penamat sambil melayan air-air manis yang disediakan (memang naik semula la kadar gula ..). Untuk julung kalinya aku sanggup pula menunggu untuk proses cabutan bertuah. Walaupun bukan lah seorang yang bertuah tapi tetap cuba menunggu sehingga akhir majlis.


Seperti biasa, tiada tuah untuk mendapatkan basikal-basikal yang disediakan oleh penganjur.. Walaubagaimanapun aku tetap berpuas hati dengan penganjuran oleh Persatuan Pembantu Perubatan Negeri Melaka.
Agak lancar dari segi penganjuran dan tiada perkara besar untuk dikomplenkan.

Lepas ni nak cari lagi acara 5kilometer sebelum cuba cari acara 10 kilometer ke atas pula ni.. Semoga berjaya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.