Review : OLike Neo , Berbaloi atau Tidak ?

Sesekali aku tulis pasal gajet pula dalam blog ni. Aku sebenarnya bukanlah peminat gajet. Apatah lagi dengan keadaan bajet yang terhad disamping keadaan ekonomi yang tidak tentu maka aku kena berhati-hati dalam berbelanja. Lainlah kalau blog Ligakampung.com , Melakacool.com capai tahap 1,000 pengunjung sehari, bolehlah aku selesa nak beli gajet.

Kembali semula ke tajuk asal review tentang Olike Neo iaitu satu gajet berbentuk jam atau lebih dikenali sebagai fitness tracker. Korang mungkin biasa Nampak orang pakai jam berbentuk gelang getah dan aku salah seorang yang memakainya.

Sebelum ini aku pernah memakai Olike Heyloop Neo yang ku beli dari Lazada.com berharga kira-kira RM150 tapi pada tahun ini aku menggunakan sedikit duit lebihan pendapatan untuk upgrade kepada Olike Heyloop Neo. Aku membeli Olike Heyloop Neo ini memandangkan ianya mempunyai beberapa kelebihan antaranya ialah :-

  1. Mempunyai GPS dalaman. Sebelum ini band Olike Now tiada GPS dalaman. Untuk aku track jarak, pace larian perlu membawa sekali handphone yang diaktifkan GPSnya. Masalah yang kuhadapi adalah ianya sering terputus. Menggunakan Olike Neo aku tidak risau tentang GPS. Aku tidak perlu membawa handphone pun kalau nak berlari. Hanya menyarungkan jam Olike Neo di tangan dan ikut setting mudah.
  2. Boleh digunakan dalam air. Ada juga track untuk aktiviti renang. Walaupun aku bukanlah pandai berenang tapi aku minat juga berenang . Menggunakan Olike Neo, app boleh mengesan aktiviti renang antaranya gaya yang digunakan serta kelajuan renangan. Ia juga boleh mengesan gaya renangan kita. Macam biasa, gaya renangan aku adalah gaya kuak dada. Almaklumlah, aku belajar melalui ebook Belajar Berenang jadi itu je yang pandai. Aku pernah berguru tapi tak khatam.
  3. Harga paling rendah untuk jam (band) setara dengannya. Ada jenama lain yang menjual harga murah tetapi kebanyakan tiada GPS dalaman serta pengesanan aktiviti renang. Ini antara sebab aku memilih Olike Neo. Harga ketika aku beli pada bulan Januari adalah RM399. Aku tengok sekarang kat Lazada harga dah turun. Ternampak juga ada  yang bernilai RM2++… Tapi aku beli ni kat kedai sebab tak konfiden kalau beli Lazada harga tinggi camni.
  4. Tak perlu ada charger sendiri. Olike Neo mudah untuk di’charge’. Hanya buka penyambung gelangnya dimana ada tempat untuk disambung ke charger. Boleh terus charger kat USB komputer pun boleh.

Itu antara kelebihannya. Memandangkan aku telah menggunakan Olike Neo sekitar 3 bulan lebih, elok aku kongsikan beberapa kelemahan Olike Neo yang aku hadapi.

  1. Susah nak charge. Walaupun ada tempat terus untuk sambung ke USB tapi aku menghadapi masalah untuk charge. Pada awal dulu, aku pergi ke kedai dan terus tukar yang baharu. Tapi dalam minggu lepas ia berulang kembali. Aku letak kat charger tapi ia tetap tak charging. Selepas berkali-kali akhirnya ia berjaya discharging pada minggu lepas. Tapi Nampak macam nak kembali semula masalah tersebut. Ketika aku menaip ni pun, aku cuba charging tapi macam tak bergerak je level bateri tu.
  2. Tidak merekod jarak dekat. Walaupun mempunyai GPS dalaman tapi aktiviti larian berjarak dekat tidak dapat direkodkan. Aku cuba untuk rekodkan larian jarak 200 meter tapi Olike Neo tidak merekodkan ia sebagai aktiviti di app. Ia satu kerugian. Mungkin Olike Neo perlu mengambil kira aktiviti larian dekat supaya pelari boleh melihat catatan jarak dekat.
  3. Catatan pergerakan (steps) agak pelik. Adakala kita bergerak tapi kiraan tak bergerak tapi kadangkala naik kenderaan bergoyang-goyang akan dicatat sebagai gerakan. Mungkin Olike Neo perlu ada pengesanan yang lebih berkesan.
  4. Gelang ni ada kesan sedikit kat pergelangan tangan. Kadangakala aku tengok ada kesan kat tangan sehingga melecet. Tapi setakat ni masih terkawal juga. Aku rasa orang yang ada alahan tak boleh pakai Olike Neo ni.
  5. Tidak boleh sync dengan app larian macam Runkeeper, Strava dan sebagainya. Hanya boleh gunakan app sendiri je. Kalau guna Garmin, Fitbit boleh sync dengan app tu. App larian tu lebih detail berbanding App yang disediakan oleh Olike yang simple.

Itu serba sedikit kelebihan dan kelemahan Olike Neo ni. Adakah Olike Neo ini berbaloi untuk korang dapatkan?

Aku tak berani memberikan jawapan tepat tetapi sekiranya bajet korang hanya sekitar RM400 ke bawah mungkin ya. Tetapi kalau ada duit lebih aku cadangkan supaya cari yang lain. Aku agak kecewa dengan masalah charging ni kerana ianya isu yang besar. Walaupun ada service centre di Melaka tetapi jarak antara rumah aku bukan dekat dan ianya terletak di Dataran Pahlawan dimana kawasan agak jem disitu.

2 thoughts on “Review : OLike Neo , Berbaloi atau Tidak ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.