Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari Khamis lalu aku meneruskan aksi bermain bola sepak atas nama Jabatan. Memang aktif betul budak-budak Jabatan aku mengadakan perlawanan persahabatan dengan pihak luar.
Kali ini pihak Agensi Antidadah Kebangsaan cawangan Melaka menjadi rakan sepermainan. Untuk perlawanan kali ini kami bermain di Padang Universiti Teknikal Melaka (UTeM).
Mula-mula aku ingatkan main dekat padang Stadium tapi rupa-rupanya padang A iaitu berhadapan padang Stadium. Tak pelah kurang-kurang merasa juga main di padang UTeM.
Kalau sebelum-sebelum ni aku main starting eleven tapi kali ni aku berikan kasut Lotto ku kepada rakan lain dulu. Nak ikutkan memang dia lebih berskill dan muda dari ku jadi elok dia yang main dulu.

Dalam perlawanan ni aku bermain 2nd half. Tak pasti berapa minit aku main tapi kali ni aku memberanikan diri naik ke atas. Lagipun team aku mengawal perlawanan pada hari tersebut dimana kami menang 6-0 menentang pasukan lawan.


Jangan tanya aku ada gol ke tak sebab memang tak juga. Tapi takpelah kurang-kurang aku dah mencuba untuk pergi ke atas walaupun tak dapat bola sangat. Aku rasa aku sentuh 3 kali je bola dalam padang dan melakukan tackle sekali kepada pihak lawan.
Minggu ni ada lagi game nak dilayan pula ni. Kalau korang rajin, tunggu lah entry akan datang ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.