Sertai Larian Melaka Balloon Run 2017

Pada hari Ahad lalu, aku menyertai acara larian Melaka Balloon Run 2017 yang diadakan bertempat di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, Melaka. Ini merupakan acara sukan larian pertama ku sertai pada tahun ini. Larian sejauh 5.28 kilometer ini bermula dari  A Famosa melalui Jambatan Syed Abdul Aziz dan melakukan pusingan semula.

Aku datang pada hari Sabtu untuk mengambil ‘racekit’ di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan bersama anak sulung dan adik bongsu (isteriku kerja walaupun hari cuti). Kejap je datang ambil ‘racekit’ tu. Takde orang lain masa tu. Mula-mula singgah ke A Famosa tapi agak panas. Apataknya sampai ke lokasi pada jam 10.30 pagi. Memang agak teriklah ketika tu. Lepas tu nak mengangkat si Fatih lagilah tak terlarat rasanya. Habis je jalan-jalan sikit kami pun beredar nak cari makan. Mula-mula nak layan Warung Pak Enal tapi adik bongsu malas pula nak makan nasi. Jadi cuba cari lokasi yang sesuai. Okay, pergi ke Restoran Haji Bakrin atau lebih terkenal dengan nama Restoran Haji  Bilal. Restoran ni menyediakan makan pagi dan makan tengahari ( nasi campur). Tapi sebab ia terkenal dengan Mee Bandung maka kenalah order Mee Bandung Bilal ni.

Memang mee bandung Bilal ni berbeza dengan mee bandung Muar mahupun Mee Bandung kat Bandung, Indonesia tu. Ada keunikan tersendiri bila merasanya. Bagi mereka yang nak pergi, boleh tengok landmark Masjid Bukit Katil. Ia bertentang dengan masjid tu. Tak pun sampai Bukit Katil korang tanya je orang kat sana. Mesti ramai kenal. Restoran ni agak popular terutama di kalangan kakitangan pejabat. Kalau kena ambush memang ramai kena tu.

Fatih-makan-mee-bandung

Seronok Dak Fatih Makan Mee Bandung

Dak Fatih agak lasak juga di Restoran ni. Nasib baik dia suka juga makan mee tu yang tak berapa pedas. Kira sesuai juga untuk kanak-kanak seusianya. Harganya pun kira mampu untuk dibayar. Terus je balik dan membuat perancangan untuk esok. Ooo ye, tengah-tengah ambil gambar Melaka Alive terberkenan satu baju t-shirt dan lepaskan RM25 untuk baju Dak Fatih ni. Cantik juga baju dia.

Esoknya bermulalah program larian pertamaku tahun ni. Larian acara terakhirku adalah Ayer Molek Color Run 2016 pada bulan Disember lepas. Memang nak kejar fitness tu agak lemah juga. Tapi kena gagahkan juga pada game ni. Datang pagi lepas solat Subuh dan tiba ke lokasi kejadian kira-kira jam 7.00 pagi. Sampai-sampai dah ramai juga peserta dekat lokasi tu. Tengah buat warming up dengan aerobik bagai. Tapi macam biasa aku cuma buat sikit warming up untuk mengelakkan dari cramp nanti. Dalam event tu nampak juga ‘Drone’ yang mengambil gambar-gambar peserta.

Kira-kira jam 7.20 para peserta dilepaskan dari tapak pelepasan. Permulaan langkahku, aku cuba maintain untuk berlari secara perlahan. Memang agak mencabar larian berbanding latihan. Untuk kali ini aku ternampak seorang awek di hadapan. Aku jadikan beliau sebagai cabaranku atau Benchmark. Bukan ada niat lain tetapi sebagai penCABAR untuk aku menguatkan larianku. Dalam 1 kilometer tu aku masih mampu mengekori beliau dan ketika menaiki Jambatan Syed Abdul Aziz aku masih gagah lagi. Ketika sampai ke jalan lurus, awek tu memperlahankan langkah. Aku terpaksalah memotong sebab kalau tak potong nanti ada pandangan lain pula. Jadi aku meneruskan langkahku tanpa ada petunjuk namun masih mampu menaikkan pace pada ketika itu. Apabila memasuki Jambatan Syed Abdul Aziz untuk kali kedua, awek tersebut telah memotongku. Kali ini aku tidak mampu mengejar lagi. Langkahku sedikit longgar apatah lagi pagi tu hanya 2 cawan air kosong je mengisi perutku. Gerak sehingga pusingan U ke Mahkota Parade sedikit kendur tapi semangat kembali selepas booth air di kilometer 4-5. Agak menyegarkan sikit melayan 2 cawan air kosong dan mengendung air kelapa Cowa di tangan. Alhamdulillah aku berjaya menamatkan larian 5.28 kilometer dalam masa 37.47 minit dimana pace aku adalah 7.10 min/kilometer. Ia merupakan pencapaian terbaikku bagi jaran 5 kilometer dan sedikit gembira dalam penat. Memang ada sedikit dengus dari hidungku. Sampai ketika kilometer 4 aku mendengus kuat sehingga menterkejutkan seorang awek yang memotong. Hahahhaa.

Alhamdulilah sampai dan menerima medal serta sijil penyertaan dalam acara ini. Sampai je terus layan air isotonik M5 dan sedikit makanan ringan. Terasa juga kepenatan dalam badan ni. Sambil-sambil tu tunggu upacara penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh YB Datuk Wira Ghazalee Muhammad, Timbalan EXCO Pelancongan Melaka. Hebat-hebat juga para peserta ni. Cuma terkejut tengok ada peserta dari Kenya yang menyertai acara ni walaupun hadiahnya tak sampai ribu-ribu pun.

melaka-balloon-run

Mengambil makanan ringan yang disediakan pihak penganjur.
– Kredit Instagram Melaka Balloon Run 2017

Untuk program kali ini aku tak balik awal sebab ada perancangan dengan adik beradik untuk melawat ke Muzium DMDI. Untuk melihat pameran fosil dinosaur dalam ‘Pameran Dunia Yang Hilang’ yang berlangsung dari Januari hingga 26 Februari 2017 ini.

zool-fatih-melaka-balloon-run

Bergambar lepas orang dah takde

Masuk ke dalam muzium tersebut dengan harga RM15 seorang. Secara peribadi, mungkin bagi mereka yang berminat dengan artifak pasti menyukai tapi kami ni kurang berminat. Apatah lagi ada bawa budak kecil maka memang tak dapat lah nak memberikan tumpuan. Memang terdapat beberapa fosil dan meteor yang dipamerkan. Ia dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 7 malam (hari biasa) dan 9 pagi hingga 9 malam pada Sabtu dan Ahad. Selain itu, kami juga naik ke atas melawat Muzium DMDI yang banyak memaparkan tentang kisah-kisah sejarah Melayu. Memang menarik untuk dikaji bersama. Kita boleh belajar tentang sejarah Melayu dan penerimaan Islam di negara kita. Selain itu ada juga dipamerkan replika serta peralatan yang biasa digunakan pada zaman dahulu.

muzium-dmdi

Ahli Gendang Semalaya

A Famosa

Bergambar di A Famosa. Eh ni candid je ni

Habis je, sempatlah bergambar di A Famosa dengan budak-budak kecil sekalian. Penatlah juga melayan karenah bebudak kecil berempat tu. Penat berlari pun tak sempat nak habis lagi tu. Dah penat kenalah makan tengahari dulu. Lokasi kali ini di Restoran Kari Kepala Ikan Hj Isenin di Semabok, Melaka. Layan kari Kepala Ikan beramai-ramai cukup seronok. Ye lah layan juga makan campur lauk asam pedas tetel, ulam-ulaman dan pelbagai lagi. Alhamdulillah Dak Fatih makan juga sedikit sebanyak walaupun tumpuan lebih kepada nak turun dari kerusi kanak-kanak dan main air kat sinki. Memang penat woo.. Cuma terkilan, isteri tak dapat join sebab dia kerja lagi. Huhuhuhu. 2 hari kena jadi babysitter. Penat betul..

restoran-kari-kepala-ikan

Layan Adik Beradik Restoran Kari Kepala Ikan Hj Isnin

Okaylah cukuplah cerita minggu ini. Tak tahu lagi bila nak masuk event larian lagi. Tapi yang pasti aka nada cerita kat sini.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

13 thoughts on “Sertai Larian Melaka Balloon Run 2017

    1. zool Post author

      jom try bro..sekarnag ni banyak je acara larian..
      memang sedap makan beramai2 dengan adik beradik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Email
Print