Alhamdulillah,

Berjaya juga kita bertemu dengan Hari Raya Eidulfitri 1437 H. Hari Raya yang memberikan erti kemenangan selepas kita menempuh Bulan Ramadhan yang mulia ini. Raya Eidulfitri 1437 H yang disambut bermula pada 1 Syawal 1437 H bersamaan 13 Julai 2016 yang jatuh pada Hari Rabu . Aku mula ambil cuti pada hari Selasa 12 Julai 2016. Alhamdulillah, pengumuman dari JPA disambut baik oleh Kerajaan Negeri Melaka dimana hari Jumaat 15 Julai 2016 diisytiharkan sebagai cuti peristiwa. Maka tak rugilah cuti sehari aku tu. Tapi aku meneruskan cuti hingga ke Isnin (11 Julai 2016) dan aku harapkan cuti aku tidak diganggu (ketika artikel ini ditulis aku belum cuti lagi).

 

Hari Raya tahun ini aku tidak membeli baju Melayu baru. Anakku juga tidak ku belikan yang baru sebaliknya aku pakaikan baju Melayu yang dibeli pada tahun lepas. Walaupun beli tahun lepas tapi masih tak muat lagi untuk anakku. Besar benar baju yang ku beli rupanya.

 

Sebelum raya tempohari berat badanku telah menurun ke 60.7 kg tapi aku merasakan dalam seminggu beratku telah meningkat dalam 2-3 kilogram. Tapi tak mengapa sebab aku akan bermula kembali diet dan larianku dalam minggu ini. Aku mengharapkan ada sedikit penurunan dan sasaran bawah 60 kilogram mampu dicapai.

Okay, cukup mukadimah tu. Kita mulakan dengan kisah Hari Rayaku. Harap-harap korang sudi membacanya.

Hari Raya Pertama

Hari Raya pertama aku mulakan dengan solat sunat Eidulfitri di masjid Al-Barakah, Kesang Luar, Jasin , Melaka. Kalau 2 tahun sebelumnya aku solat di Masjid An Nur, Taman Maju tapi kali ini aku ambil keputusan untuk solat di kampung aku membesar. Bukan jauh sangat pun. Tak banyak perubahan pada masjid dan aku pun takde jumpa kenalan untuk ditegurkan. Cuma Nampak ada beberapa warga asing yang solat sunat Eidulfitri di situ. Sebelum solat Eidulfitri pun ada beberapa orang yang mengambil kesempatan membayar zakat fitrah. Biasalah tu kan. Last minute punya kes le ni.

Lepas sahaja solat aku dan keluarga mengambil gambar. Memang ini tradisi setiap tahun. Pada hari raya pertama kami akan berkumpul dan mengambil gambar selepas bersalaman. Tak ingat bila kali pertama memulakan tapi rasanya sebelum masing-masing berkeluarga rasanya. Mungkin 5-6 tahun yang lepas. Rasanya ramai je yang buat tradisi camni tapi memandangkan kami bukanlah kaki ambil gambar dan kamera pun tak termampu beli time tu takde lah buat.

Gambar Hari Raya yang menjadi acara wajib setiap tahun
Gambar Hari Raya yang menjadi acara wajib setiap tahun

Untuk tahun ini, kurang seorang iaitu adik perempuanku dengan keluarganya. Biasalah bila dah kahwin kena ikut turn, jadi time tahun ini turn rumah suaminya. Kenalah ikutkan? Tapi ada cerita tak best bila anak buahku terjatuh 2 hari sebelum raya dan digam kepalanya. Alhamdulillah tiada kecederaan yang serius tapi kena hati-hati lah jugakan.

Lepas je habis ambil gambar, aku, isteri dan anakku terus bergerak menuju ke Kampung Kuala Linggi. Destinasi kampung isteriku adalah yang pertama. Walaupun tiada ibu dan bapa untuk diziarahi tapi aku memutuskan untuk pulang seawal pada hari raya pertama kerana ada gathering keluarga pada hari raya kedua. Lagipun kena hormat juga pada sedara mara belah isteri.  Kami pergi balik hari dan dapatlah melawat sedara dan jiran-jiran terdekat.

Masa balik aku lalulah di sekitar jalan di Pengkalan Balak, ada juga keluarga-keluarga yang mengambil kesempatan untuk bersantai di pantai yang agak popular di Melaka ni. Aku tak singgah sebab nak balik cepat ke rumah. Malam tu sempat singgah di rumah-rumah jiran terdekat. Yelah, rumah jiran lagi utama sepatutnya dari rumah saudara yang jauh. Tapi tak semua yang dapat pergilah. Yang mana rapat dan ada je lah..

 

Hari Raya Kedua

Hari raya kedua memang agak sibuk. Tahun ini anak bujangku merengek sebab gigi geraham baru nak tumbuh. Nak makan pun tak boleh dan asyik menangis-nangis sahaja. Ia dah bermula pada hari raya pertama lagi. Sebab tu tak dapat nak beraya sangat. Tapi aktiviti MESTI pada hari raya kedua perlu diikuti. Aktivit perkumpulan keluarga belah BAPA ku perlu dihadiri. Memang ramai ahli-ahli keluarga yang hadir termasuk Naib Canselor Unimy yang merangkap bapa saudaraku.

Bergambar bersama keluarga besar
Bergambar bersama keluarga besar

Tapi disebabkan anak kesayanganku buat hal, memang tak berapa nak jadi kerjalah. Makan pun tak dapat menikmati. Tapi aku join juga ambil gambar kenang-kenangan. Kira oklah berbanding tahun lepas yang mana aku tak dapat nak menyelit sebab datang lambat. Heheheh. Korang mesti ada buat juga perjumpaan keluarga besar camni kan? Memang banyak peel dan keletah memasingkan. Team keluarga aku adalah jenis yang tak banyak cakap dan tak buat havoc. Kami perhatikan je masing-masing yang bikin havoc tu.

Pada belah petang aku standby rumah mak bilamana sedara mara datang ke rumah untuk beraya.

 

Hari Raya Ketiga

Hari Raya Ketiga aku tidak berjalan ke mana-mana. Aku fokus kepada anakku yang merengek je . Alhamdulillah pada raya ketiga ni dia mula dapat mengunyah. Antara kaedah yang aku buat adalah :-

  1. Berdoa dan bertawakkal kepada Allah
  2. Beri dia makan aiskrim vanilla
  3. Letak Bonjela pada gigi yang sakit.
  4. Letak ais pada pipi sebelum dia nak menyusu

Raya ketiga juga jatuh pada hari Jumaat maka masa singkat. Lagipun aku ada janji dengan kawan-kawan untuk mereka datang beraya di rumah pada malam. Alhamdulillah datang juga 2 rakan sekolahku. Ingat juga mereka padaku. Walaupun agak singkat namun dapat juga kami menyediakan makanan untuk mereka. Alhamdulillah.

Hari Raya Keempat

Hari Raya keempat kami memulakan ekspedisi berhari raya luar dari Melaka. Pada hari ini aku dan adik beradikku pergi ke Seremban- Tampin- Palong 3. Walaupun pada mulanya nak ke Gemenceh namun dibatalkan sebab kekangan masa. Hari ini aku menjadi driver dengan membawa kereta Toyota Vios adikku. Memang sedikit tertekan sebab membawa kereta yang sedikit besar berbanding keretaku yang kecil iaitu Myvi dan Viva. Tapi bila dah pegang stereng ia jadi mudah.

Selfie ketika di Seremban
Selfie ketika di Seremban

Lebih 100 kilometer juga perjalanan kami bermula dengan rumah makcik di Taman Mergosa, Seremban. Anak buahku agak aktif manakala si Fatih hanya memandang sahaja. Almaklumlah, baru dapat kaki. Lesen P kata orang berbanding sepupunya yang sudah cekap berlari. Tak perlu cerita pasal makanan sebab bukan matlamat nak kira sangat pasal makan sebaliknya ikatan silaturrahim yang diutamakan. Kalau ikutkan bapa dan ibuku pun nak join tapi ada masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan maka kami je yang pergi.

Walaupun jalan agak sibuk namun tidaklah sampai tak boleh jalan macam sesetengah tempat tu. Kira lancer juga perjalanan kami pada hari raya keempat tu.

Hari Raya Kelima

Hari raya kelima yakni jatuh pada hari Ahad. Perjalanan lebih jauh pada hari ini iaitu menuju ke Kuala Lumpur. Lokasi pertama ialah di Wangsa Maju di rumah kakak iparku. Sampai awal juga tapi terpaksa balik awal sebab anak buahku terjatuh dan lukanya terbuka semula. Nasib baik ada beberapa orang yang agak tenang dan berpengalaman. Lukanya dapat ditutup semula dengan menekap tisu secara perlahan-lahan. Risau juga sebab kalau tidak mungkin kami terpaksa bermastautin di Hospital Sungai Buluh kalau luka tak berhenti tu.

Habis je kes tu kami menuju ke Sungai Buaya, Rawang rumah makcikku. Sesampai di sana kami dihidangkan dengan Nasi Tomato. Oo, disini anak buahku telah menunjukkan keaktifan mereka namun anakku masih malu-malu. Tengok-tengok ada bayi beberapa minggu disana. Bertambahlah lagi keturunan belah mak ni.

Selesai kami pun menuju ke Bangi dimana ada 2 lokasi. Aku gunakan Touch N Go ku sebagai pengganti bayaran tol tapi rupa-rupanya tak cukup beberapa ringgit untuk balik. Terpaksa tol Kajang ke Ayer Keroh menggunakan Touch N Go abangku. OOo ye, untuk program kali ini aku tak jadi driver tapi kena kawal anakku. Penat juga le.

Sampai ke Bangi dalam pukul 3 lebih dan Pak Longku pun menyambut kami secara tiba-tiba. Kami memang suka datang mengejut dan tak maklumkan pada mereka. Heheheheh. Dekat sini anakku dah mula sikit menunjukkan belang dan berjalan berpusing-pusing.  Pukul 5 kami pergi ke destinasi terakhir di Bangi juga. Sini anak-anak buahku membuat bising dan anakku dah mula cuba nak join. Biasalah kan bila ada budak kecil ni.

Alhamdulillah perjalanan kami selesai dan tiba di rumah makku kira-kira jam 7.30 malam. Selesai perjalanan seminggu hari raya. Mungkin minggu depan ada sedikit lagi perjalanan yang akan dilakukan. Memang penatkan bila hari raya ni tapi inilah yang perlu dilakukan untuk mengeratkan tali persaudaraan sesame kita.

OO ye, lepas ni nak kena kemas balik rumah dan mula kembali berlari. Rendang , lontong dalam perut perlu dibakar secepat mungkin ni. Tak gitu?

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kawan-kawan semua.

Belanja gambar sup daging yang dimakan ketika hari Mantai. bestkan?
Belanja gambar sup daging yang dimakan ketika hari Mantai. bestkan?

Tahun ni tak tau lagi nak buat rumah terbuka ke tidak.

5 Replies to “Seminggu Berhari Raya”

  1. untungnya tuan ..ada keluarga besar untuk beraya…saya tak tahu nak cerita apa musim raya..macam biasa sahaja tiap tahun kecuali dah tambah cawangan baru ( just kidding as a man)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.