Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Kalau ikutkan tajuk ni aku nak buat kat dalam video Youtube tapi aku rasa lebih senang nak tulis berbanding cakap pasal topik ni.
Jadi elok aku kongsikan serba sedikit pengalaman aku yang telah berkecimpung dalam bidang saham ni kira-kira 2 tahun lebih.
Mungkin aku bukanlah pakar tapi sebagai seorang yang pernah melalui liku-liku sebagai newbie dalam saham , pahit maung jadi elok kalau aku kongsikan.
Lagipun aku taknak orang lain jadi cam aku. Melabur-labur tapi asyik rugi je. Untungnya tak seberapa, jadi korang patut tahu perkara-perkara ni :-
1) Modal Tak Cukup RM10 je. Korang mungkin pernah dengar iklan, modal serendah RM10. Minta maaf le kalau ada tak setuju tapi modal RM10 tu tak cukup dong. Itu cuma nak buka akaun CDS je.
Kalau korang modal dalam ratus-ratus je, elok korang cari tempat lain dulu. Pendapat akulah, kurang-kurang kena ada RM2,000 baru boleh nampak sikit perjalanan. Itu pun aku rasa susah nak survive.
Pada aku, modal yang tinggi lebih bagus sebab korang akan dapat tahu cepat bila nak buat keputusan. Kalau modal rendah, biasa akan lambat buat keputusan. Kenapa? Sebab rugi sikit , begitu juga untung pun sedikit. Malahan kalau untung belum tentu lepas broker fee.
Jadi kena ada modal minimum seperti yang aku nyatakan tu..
2) Senang je buat duit dengan saham ni. Hahahahaa. Tak senang bro. Lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi tak menentu ni. Benda saham ni tak boleh ikut orang je. Kena ada strategi dan pelan masing-masing. Kena tahu berapa kadar keuntungan yang kita mahu dan yang paling penting berapa kerugian yang korang sanggup.
Ini tak boleh dapat kalau setakat datang belajar kursus 2-3 hari je. Kena lalui banyak pengalaman bro. Kena belajar teknik yang sesuai untuk korang. Yang paling sukar nak kena kawal emosi. Silap haribulan boleh jadi gila sebab asyik rugi je. Kita dah jual time rugi kena hari esoknya melambung naik pula tu.
Memang ramai yang give up atau membuang banyak duit dengan saham ni. Sebab tu kalau ada orang kata senang, aku tak setuju sebab memang susah. Apa jua teknik takkan betul 100 peratus.
3) Guna handphone je saham ni. Ada betul dan ada tak. Kalau nak transaksi jual beli memang mudah guna handphone tapi kalau korang nak analisa saham tu samada dari segi teknikal atau fundamental perlukan sumber lain. Komputer atau laptop perlu ada untuk buat tu semua. Sebab tu kalau korang pergi kursus saham yang mahal, korang kena bawa laptop untuk analisa tu.
Tak cukup kalau pakai handphone je.
4) Syarikat untung, saham naik. Ini antara perkara yang menipu aku masa mula-mula join. Cari je syarikat yang untung besar tapi ada kalanya tak bergerak-gerak harga saham tu. Jangan korang terpengaruh kalau ada kata camni ‘ minggu depan hari Raya, saham consumer mesti naik. Orang akan beli emas dari Poh Kong, beli beg tangan dari Bonia dan sebagainya’. Aku dah cuba teknik tu.
Tak jadi juga. Benda ni tak boleh jangka sebab yang membuat keputusan iaitu jerung yang akan menaikkan harga saham tu. Ikan bilis ni boleh naik tapi tak jauh sangatlah. Tapi bila jerung beli dalam kuantiti banyak (diorang tak boleh beli sekali harung) ia akan meningkatkan harga saham tu. Yang ini kena belajar pasal ‘trend’ tu. Nak cari kat mana jerung tu beli.
Ooo ye, ada juga yang bagitau supaya kita baca ‘news’ mengenai syarikat tu. Ok, membaca tu bagus sebagai ilmu tapi biasanya kalau anda dapat news tu di suratkhabar ia dah terlambat. Biasanya jerung atau insider akan beli awal dan jual selepas berita. Jadi harga saham itu akan turun dan ramai bilis tersungkur. Aku banyak kali kena tu. Jadi sekarang ni aku tak peduli sangat pasal news kecuali news berkenaan komoditi.
Kenapa? Kalau rajin aku ceritalah nanti…
5) Otai beri cadangan saham dan boleh ikut. Macam aku cakap. Dalam saham ni, tiada apa yang pasti. Otai pun akan rugi juga. Jadi korang kena bersedia dengan semua ini. Buycall boleh kita jadikan panduan sebab nak screen saham sesuai memang ambil masa yang lama. Boleh dengar pendapat tapi korang kena cari formula tersendiri. AKu dah ada formula tapi belum cukup kuat untuk aku kongsikan.
Okay, itu 5 perkara yang aku nak nasihat kalau korang nak masuk dalam pasaran saham ni. Tolong jangan terpengaruh untuk labur selagi mana korang belum bersedia untuk rugi ribuan ringgit. Jangan pandang yang untung sahaja sebab yang rugi pasti menanti.
Photo by Austin Distel on Unsplash
One Reply to “Melabur Saham : 5 Perkara orang baharu perlu tahu”